Peperangan Ireland

10 1 1
                                    

Pengakhiran musim sejuk meniup perlahan sehelai daun pokok oak di hadapan rumah bernombor 15. Sepasang mata hazel terpantul di cermin. Kelihatan seorang budak perempuan berumur 12 tahun berpakaian jeans hitam dan berbaju merah jambu sedang merapikan rambutnya dengan pin yang cantik. Dia ialah Olivia Rumos.

"Olivia, turun ke dapur dan sarapan atau kamu akan terlambat ke sekolah," kata ibunya.
Olivia menggalas beg sekolahnya di sudut biliknya lalu turun ke dapur. Ayahnya, Rumos dan adiknya, Theo sedang bersarapan di dapur semasa Olivia turun ke bawah. Olivia duduk di sebelah adiknya, Theo yang berusia 10 tahun.

Tiba-tiba, kedengaran suara orang menjerit diluar rumah. Ibu segera ke dapur di mana keluarganya berada. Ibunya kelihatan cemas. En. Rumos ke luar rumah untuk melihat apa yang terjadi. Ayah memberitahu ibu untuk membawa aku dan adikku ke ruang bawah tanah. Ibu segera membawa kami ke sebuah bilik yang dipenuhi kotak

Di ruang bawah tanah, ibu membawa kami ke sebuah bilik yang dipenuhi kotak-kotak.

"Ibu harus pergi untuk menolong ayah. Kamu berdua tunggu di sini sehinggalah kami pulang. Janji dengan ibu, kamu berdua akan tunggu ibu dan ayah pulang. Jangan keluar dari sini," kata ibu sebelum meninggalkan ruang bawah tanah.

"Tetapi ibu... Kami takut..." balas Olivia.

Ibu meninggalkan ciuman di dahi mereka lalu pergi meninggalkan mereka.

Sudah berjam-jam mereka berada di bilik bawah tanah itu. Mereka terdengar pelbagai jeritan dan bunyi tembakan. Mereka bagai katak dibawah tempurung kerana masih tidak mengetahui apa yang berlaku. Mereka menangis ketakutan dan sentiasa berdoa akan keselamatan orang tua mereka dan berdoa supaya ibu bapa mereka segera pulang.

Seketika kemudian, mereka tidak lagi mendengar jeritan huru hara dan bunyi tembakan. Mereka bersetuju untuk keluar dri bilik itu. Mereka berjalan berjengket-jengket supaya orang lain tidak tahu kehadiran mereka. Olivia membuka pintu rumahnya dan terkejut apabila melihat rumah kejiranan mereka seperti dikerjakan oleh lembu asia tenggara. Mereka mencari ibu bapa mereka di seluruh bilik sampai lah terjumpa ibu bapanya yang terbaring di atas lantai dan berlumuran darah. Mereka menangis dari hati mereka kerana kehilangan orang yang mereka sangat mencintai.

Mereka mendekati ibu bapa mereka.

Tiba-tiba, sedas tembakan terkena tepat pada kepala Olivia....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OLIVIA & THEOWhere stories live. Discover now