Aku merenung tajam pada anak patung beruang coklat itu dengan perasaan yg pelik.Bukankah benda coklat itu sepatutnya berada di dalam bilik tidur kami?Nina sayang sangat dengan anak patung beruang yang dinamakan sebagai Moko.Nina merupakan adik bongsuku yg berumur 6 tahun.Sejak kemunculan Moko dua bulan lepas,aku mula merasa terpinggir.Dulu,kami sememangnya rapat dan saling bergantung antara satu sama lain sejak kematian ayah.Ibu la merupakan tempat dimana kami bermanja walaupun ibu jarang meluangkan masa bersama kami berdua kerana sibuk bekerja.Aku memahami keadaan ibu kerana ibu mahu yg terbaik untuk kami.
Anak patung beruang coklat itu seolah-olah sedang duduk di atas meja dapur yang diperbuat daripada kaca dan memerhati aku yg baru saja melangkah masuk ke dapur.Aku merengus ketika memandang patung beruang tersebut.Menyemakkan pandangan ku seraya memadam niatku untuk mengambil sedikit makanan ringan untuk dijadikan kudapan ketika menonton drama korea kegemaranku.Tanpa membuang masa aku melangkah keluar dari dapur dgn perasaan geram.Tambahan pula aku mula ingin membuang saja benda coklat itu. Walaupun aku tahu beruang itu tidak bernyawa dan bersalah,tapi dia telah merampas Nina dari aku dan membuatku berdendam.
“Arghhh!”Aku benci dengan patung beruang tersebut.Tanpa sedar, aku memikirkan rancangan untuk menghapuskan patung beruang tersebut.Pada malam itu,Aku mencium kedua dua pipi ibuku dan aku memulakan langkah masuk ke dalam bilik tidur untuk melaksanakan rancangan.Selepas menunggu selama dua jam,Aku lekas bangun dan memulas tombol dan menolak pintu bilik tidur untuk masuk ke dalam bilik tidur.Pisau ditanganku perlahan - lahan kearah patung tersebut lalu aku menikam dada patung tersebut.Peluhku memercik.
Namun, darah membuak -buak keluar daripada badan ku sendiri.Perlahan lahan aku bangun dengan nafas tercungap-cungap.Dadaku terasa amat2 sakit.Nina menikam aku dari belakang.Aku jatuh dihadapan Nina dan meminta tolong.
“Abang patut terima semua ini,”kata Nina dengan tersenyumnya.
“Nina sayang Moko.Nina akan buat apa2 saja demi Moko walaupun terpaksa membunuh orang”.
Moko diambil dan dipeluk dengan erat2 agar tidak terlepas. Aku dapat lihat bahawa patung itu tersenyum dengan jahatnya sebagai tanda suke dengan kenyataan Nina.
Ibu yang terkejut dengan
kejadian itu dan tidak percaya Nina sanggup membunuh abangnya sendiri.Ibu segera menelefon ambulans dan tidak lama kemudian aku dibawa ke hospital.Nina kemudian di bawa ke hospital rawatan mental kerana tidak sedar perbuatannya terhadap aku.Namun, patung beruang itu masih ada dirumah ku seolah olah menunggu aku.»Tamat «
YOU ARE READING
Sayang Moko
RandomNovel ini mengesahkan tentang seorang gadis bernama Nina yg sanggup melakukan apa2 saja demi patung beruang kegemarannya,Moko.