Aku memang jenis watak yang cukup sedih. Kadang kala diri sendiri tertanya-tanya ke mana hala tuju hidup aku yang sebenar. Serba-serbi yang aku lakukan semuanya tidak kena di mata kedua orang tuaku. Mereka hanya melihat sisi negatif dan langsung tidak ambil kisah sisi positif. Tidak pernah sekali seumur hidup mereka bertanyakan apa minat aku? Kenapa result exam aku macam tu? Aku menangis seorang diri kerana kecewa dengan diri sendiri, hidup aku terumbang-ambing kerana masih lagi tidah tahu hala tuju yang sebenar dan diri ini masih lagi mencari identiti. Pernah mereka ambil kisah? Abah hanya tahu komen itu ini apabila keputusan peperiksaan aku teruk. Pernah tanya kenapa teruk? Adakah sebab aku tidak minat? Pernah mereka bertanya?
Tidak pernah sekali mak dan abah bertanya apa minat aku. Apabila aku beritahu minat aku pada bidang penulisan, mereka bantah dengan mengatakan bidang ini tiada masa depan. 'Keluarga kita bukan ada syarikat pun. Lepas graduate nak kerja kat mana?' Semuanya pasal kerja...kerja...dan kerja. Kerja mana? Nanti lepas grad siapa nak ambil kerja jika berterusan dapat result macam ni? Kerja... kerja... kerja... Aku akui itulah mentaliti manusia zaman sekarang, belajar bukan untuk menuntut ilmu. Belajar untuk nak dapat kerja. Itulah realiti hidup sebenar.
Walaupun aku cuba untuk buat yang terbaik, berikan yang terbaik, dan berfikir yang baik-baik, tetapi pada pengakhirannya tidak kemana jua. Aku masih lagi gagal. GAGAL. Gagal untuk memenuhi keinginan kedua orang tuaku. Hidup aku penuh dengan kegagalan. Bagi aku walaupun sejauh mana aku pergi dan apa jua yang aku lakukan, jika masih tidak dapat memenuhi keinginan emak dan abah... hidup aku GAGAL.
Kadangkala aku terfikir untuk merakam setiap detik kehidupan yang aku jalani di atas muka bumi ini agar mereka dapat melihat betapa gigihnya aku selama ini untuk memenuhi kehendak mereka. Struggle aku untuk setiap peperiksaan, kuiz, dan projek. Tak tidur malam siapkan projek, study bagai nak gila sampai meroyan sorang-sorang dalam bilik, tak termasuk lagi dengan masalah-masalah lain seperti kerenah manusia-manusia yang hidup di kolej. Perangai ada yang menyerupai malaikat di hadapan tetapi di belakang bagai syaitan.
Aku kecewa. Kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa kerana harapan ibu dan abah tidak dapat aku tunaikan sehingga kini.
Anak tak guna.
Itulah ayat yang sesuai untuk aku. Dari dulu sehingga sekarang.
YOU ARE READING
KAD (Kenapa Aku Diuji)
General FictionMengisahkan kehidupan realiti seorang manusia yang mencari identiti diri.