Ashraf mengenakan baju kemeja bewarna biru muda berserta seluar jeans . Selesai dia memakai pakaian dia turun ke dapur.
"Dah bangun pun putera kita ni?" sindir Amin yang duduk di atas sofa.
"Ish! Kau ni bila la nak balik?" Ashraf mengambil gelas kosong dari kabinet lalu dia menuangkan air susu ke dalam gelasnya.
"Kau tahulah mak aku tu! Nak suruh aku khawin dengan anak kawan dia! Dahlah aku tak kenal langsung sape pompuan tuh! So aku nak stay sini sampai mak aku tak paksa khawin dengan anak kawan dia." Amin memeluk tubuhnya.
"Lantak kau lah! Yang penting kau bayar sewa kat aku!" Ashraf meneguk susu di dalam gelas itu sehingga habis.
"Kau ni kaya! Tapi kedekut." Amin memuncungkan bibirnya
"Yang kaya tu mak bapak aku,bukan aku!" Dia mencapai beg galasnya.
Ashraf tertawa melihat karenah kawan baiknya, kalau ikutkan hati hendak saja dia beritahu Puan Sri Rahimah ibu kepada Amin, di mana dia berada sekarang. Ashraf memecut kereta Bmw 3 series miliknya ke kampus.
Dia segera memakir kenderaannya dan berjalan ke kelas dengan pantas.
****
Kasih dalam keadaan torgopoh-gopoh membetulkan fail yang berada di tangannya supaya tidak jatuh, sebaik sahaja dia mendaftarkan diri di kampus ini dia segera mencari Amanda.Bukk..
Kasih jatuh dilantai bersama failnya, orang yang dilanggarnya bangun dan berdiri di hadapan dia
"Sorry...sorry.. Saya tak sengaja" Kasih mengutip fail yang bertaburan di atas lantai tanpa memandang wajah orang yang dilanggarnya itu
"Tak sengaja kau kate? Kau tengok buku aku habis jatuh! Kau kutip sekarang!" Suara orang yang dilanggarnya sudah pasti lelaki kerana suaranya garau
Kasih mengutip buku itu dan menyerahkan kepadanya.
"Saya betul-betul mintak maaf! Kalau takde apa-apa lagi, bye!" Kasih mengangkat kaki untuk meninggalkan lelaki itu.
Lelaki itu pantas memegang tangan Kasih. Kasih segera menoleh ke arah muka lelaki itu. Lelaki tadi memberikan senyuman kepada Kasih.
"Saya yang patutnya mintak maaf! Saya langgar awak! Awak ok kan?" kata lelaki tadi, matanya tidak beralih dari tadi memandang Kasih
"Sa..saya ok!" Kasih mencuba lepaskan tangannya dari lelaki tadi
"Oh sorry! Firdaus! Awak?" Firdaus melepaskan tangan Kasih
"Kasih! Saya kena pergi dulu!" Kasih mengundur diri
"Wait!" suara Firdaus separuh menjerit
Dengan lambat-lambat kasih menolehkan kepalanya. Keningnya diangkat sebelah.
"Saya nak belanja awak minum?" Firdaus mendekatkan dirinya dengan Kasih
"Urmm!" Kasih mengigit bibir bawahnya.
Akhirnya dia mengangguk dan bersetuju dengan tawaran Firdaus.
****
"Mana Kasih nih!" riak wajah Amanda bertukar menjadi resah apabila Kasih tidak muncul dari tadi
"Hai!" tegur seseorang dari belakang Amanda
Amanda memalingkan mukanya dan menjulingkan matanya keatas. Kelibat seorang lelaki muncul di hadapanya sambil tertawa.
"Marah ke?" Lelaki tadi tertawa lagi
"Taklah, happy sangat!" Ujar Amanda dengan geram
"Ok, sorry! What's wrong?" tanya lelaki tadi
Sebelum Amanda menceritakan kepada lelaki itu dia mengeluh panjang.
"Tak macam ni-" Dia menerangkan segalanya kepada lelaki tadi
"Urmm! So kau nak buat apa sekarang?" tanya lelaki itu lagi
"Buat apa! Tunggu dia sampai berjanggutlah" Amanda menyandarkan dirinya ke dinding
"Oh! Kita tak kenal lagi-" belum sempat lelaki tadi memperkenalkan dirinya Amanda segera memotong ayatnya.
"Syafiq Iqhwan" sampuk Amanda
"How did you know my name?" Dengan ragu-ragu dia memandang Amanda
"Everyone on campus knew you! By the way i'm Amanda" Amanda menghulurkan tangannya.
Syafiq segera menyambut tangan Amanda dengan tersenyum.
YOU ARE READING
Love You Encik Tengku
RomanceKasih seorang gadis berasal dari kampung, dia berhijrah ke kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajarannya, tetapi satu kejadian yang dia tidak boleh terima dimana dia hendaklah khawin dengan Tengku Ashraf Daniel kerana satu kejadian yang menimpa diriny...