5 bulan kemudian,
Kafeteria dipenuhi dengan pelajar tingkat 5 dan 6 begitu juga dengan tempat-tempat yang boleh dijadikan tempat mengulang kaji matapelajaran. Perpustakaan adalah tempat yang paling ramai orang. Nasib baik sekolah ni ada dua perpustakaan.
"Qisha boleh belikan iced latte?" Tanyaku perlahan memandangkan semua orang sibuk membaca.
"Beli sendiri." Jawabnya ringkas. Aku mencebik.
"Kau susah jangan cari aku." Ugutku tersenyum lebar. Dia memberi pandangan maut. Pensil mekanikal yang dipegang, dia letak perlahan-lahan di atas meja.
"Qisha sedia membantu Puteri." Dia tersenyum senget. Aku menghulur satu keping duit berwarna merah. Disebabkan aku baik, aku suruh dia simpan baki.
"Kenapa addmath wujud?" Soalku sendirian. Aku yang dah terlampau serabut memikirkan jawapan soalan 4 terus mengambil buku latihan Qisha.
"Ha, meniru je tahu." Tegur seseorang dan membuatkan langkahku mengambil buku addmath Qisha terhenti. Aduh, mana aku nak letak muka ni? Malunya.
"Mana ada. Aku cuma nak tutupkan buku dia je. Pandai-pandai je kau ni." Dalihku. Aku terus tutup buku Qisha kemudian memberi pandangan menyampah kepada Faris.
"Tak payah nak berdalih la Reen. Kalau kau tak tahu nak jawab mana-mana soalan, kau boleh tanya aku sebab aku ni pandai." Kata Faris berbau riak.
"Sedangkan orang gila pun tak mengaku yang diri dia gila apa lagi orang pandai, it's means dia bodoh." Jawabku selamba. Faris hanya tersenyum senget ke arah aku.
"Uit, ni macam mana nak jawab?" Nak tak nak aku kena tanya dia juga sebab aku nak sambung jawab soalan seterusnya nanti.
"Minta tu biarlah elok sikit." Balasnya. Dia ambil tempat duduk disebelah aku.
Elak makan penampar dengan aku.
"Tak nak ajar, berambus." Ujarku perlahan. Orang yang berada berdekatan sudah memberi isyarat supaya senyap.
"Chill, nak ajarlah ni." Pensil mekanikal biru milik aku bertukar tangan. Dia mula menconteng kertas latihan aku. Aku berikan sepenuh perhatian kepada dia.
"Faham?" Faris menyoal selepas selesai memberi tunjuk ajar bagaimana mahu menyelesaikan masalah aku.
"Faham." Perkataan terima kasih aku hanya sebut didalam hati. Aku terkejut apabila Qisha sudah berada dihadapan aku. Air minuman aku juga nampaknya sudah lama dibiarkan.
"Berapa lama kau kat situ?" Soalan yang biasa orang tanya aku ajukkan.
"Separuh jalan kira soalan kau. Tahulah date, janganlah lupa aku." Qisha membuat loya buruk.
"Kalau Daniel dengar ni, aku sumbat mulut kau dengan cili padi." Ujarku tegas. Penyedut minuman aku masukkan ke dalam cawan. Aku mula mesisip air perlahan.
"Kalau dia dengar, kau akan gaduh dengan dia." Qisha menyilangkan tangan. Dia ni nak aku gaduh dengan Daniel ke macam mana?
"Aku akan putuskan hubungan kau dengan Ayyan lepastu." Aku tersengih. Dia mendiamkan diri.
"Okey, maaf." Aku bersiul perlahan.
"Perlahankan suara." Seorang pustakawan lelaki bersuara dari arah kaunter. Semua orang memandang ke arah kami.
"You not me." Qisha hanya menggerakkan bibirnya. Faris pula meminta diri untuk pulang memandangkan dah lewat petang.
"Pulangkan balik." Aku menghulurkan tangan kanan. Dia mengangkat sebelah keningnya.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...