Tok Tok !
"Maaf Madam, saya nak panggil pelajar yang mengikuti kem." Kata seorang pelajar perempuan tingkatan 6, macam mana aku tahu dia tingkatan 6? Tengok nametag dia.
"Kelas ni ada empat orang." Kata perempuan itu sambil menyemak senarai nama.
Walaupun cikgu kata hanya 50 orang yang boleh ikut mesti ada yang fotostat borang dengan kawan bila tak dapat sebab itulah setiap kali kem, borang yang di pulang lebih daripada yang diberi.
"Amirul, Faris, Qisha and Puteri Azreen."
Aku berhenti menulis apabila nama aku disebut secara spontan dari mulut perempuan itu. Angin marah aku tiba-tiba datang masuk ke dalam badan cuma tinggal keluarkan je. Memang tepat pada masanya, aku tengah badmood sebab Ayyan curi hotspot aku semalam.
"Sorry, but I didn't send a form to join this camp." Kataku menahan marah. Mesti ada yang baik hati untuk isikan borang kem untuk aku. Aku sangat berterima kasih kepada orang itu. Sebagai ganjaran, aku akan bagi dia makan penampar aku sekali.
"I don't know but your name is on this list." Katanya lembut.
"Who dare to enter my name in the camp form?" Tanyaku mendatar. Aku pandang seluruh wajah pelajar yang berada di dalam kelas. Madam Riana pun terdiam.
"Qisha?" Tanyaku sedikit kuat.
"Aku tak tahu Azreen, aku tak ada isi nama kau masatu. Aku ambil aku punya je." Jawab Qisha sedikit gugup. Aku cuba mengawal emosi. Setelah baik, aku terpaksa ikut dia pergi ke dewan dengan hati yang terluka.
Dewan,
"Assalamualaikum semua." Suara cikgu Hana mula bergemar di seluruh dewan bacaan ini. Semua perserta yang mengikuti kem sedang duduk di atas kerusi sambil memegang telefon bimbit.
"Waalaikumussalam." Jawab kami semua serentak.
"Saya nak kamu tulis apa yang saya akan cakap nanti. Tiada ulangan untuk ini." Pesan Cikgu Hana. Pelajar junior mula mengeluarkan buku dan sebatang pen daripada poket baju. Kami yang senior hanya duduk diam.
"Pelajar menengah atas, mana buku catatan kamu?" Tanya cikgu Hana mendatar. Semua pelajar menengah atas memandang ke arahnya kecuali aku.
"Ni ada." Mereka semua mengangkat telefon pintar masing-masing ke udara. Cikgu Hana hanya mampu menggelengkan kepala. Aku mengeluarkan telefon pintar dan membuka aplikasi PUBG.
***
-pakaian t-shirt sekolah [ hari terakhir ]
-seluar sukan 2
-baju sukan sekolah [ hari pertama ]
-baju rumah sukan [ hari kedua ]
-pakaian bebas [ malam hari 1&2 ]
-kasut sukan [ wajib ]
-selipar / sandal [ tumit dilarang ]
-beg hanya dibenarkan 2 sahaja [ beg roda dilarang ]
-peralatan mandi, ubatan, tidurp/s : telefon pintar akan disimpan oleh guru selepas tiba di tapak perkhemahan. Guru akan memulangkan telefon pintar anda pada hari terakhir kem
Aku pandang telefon Qisha lama. Selepas 2 minit, aku pulangkan semula. Disebabkan malas nak salin semula, aku screenshoot teks tersebut dan hantar ke nombor aku. Sekarang kami berada di Mid Valley untuk membeli barang persiapan. Aku kat sana pun terpaksa.
"Azreen, mana nak cari beg?" Tanya Qisha tercungap-cungap. Dia memanjangkan leher untuk mencari kedai beg dan sebelah tangannya memegang tangan aku erat.
"Pakai beg sekolah sudahlah." Jawabku malas.
"Ish kau ni. Beg sekolah, beg sekolah la. Ni beg nak pergi kem bukan pergi sekolah." Rungut Qisha.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...