Bab 9

282 2 0
                                    

Perlahan-lahan aku cuba membuka mataku. Perkara pertama yang aku lihat hanyalah Black yang sedang merenung wajahku. Pandangannya tajam dan serius.

" meow". Black menyapaku dengan perlahan dan masih memandang setiap pergerakan dan reaksiku.

" urgh.." erang ku perlahan. Aku cuba mengerakkan tubuhku. Sakit. Itu yang aku rasakan pada setiap pergerakanku. Aku rasa seperti baru sahaja dilenyek oleh batu besar.

Aku perhatikan sekelilingku. Aku berada didalam bilikku. Tenang dan senyap sekali. Seketika aku kebingungan. Aku cuba mengumpul ingatanku. Serta merta kepalaku berdengung dan sakit sekali seperti ada daya lain yang berusaha menghalang aku untuk cuba mengakses ingatanku. Aku kebinggungan.

Dengan susah payah aku cuba bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Aku perasan baju yang aku pakai sudah bertukar. Aku gugup dan panik. Pelbagai persoalan berlegar-legar di kepalaku. Perkara terakhir yang aku ingat adalah wajah seorang lelaki yang seperti pernah aku lihat, sebelum pandanganku menjadi gelap.

Aku dengan perlahan cuba berdiri sambil berpaut pada almari kecil yang ada di sisi katilku. Setelah tubuhku terasa stabil, aku melangkah dengan perlahan menuju ke kamar mandi.

Panik dan takut segera aku rasakan saat terpandang bekas titik-titik darah di atas lantai biliknya bermula dari luar pintu bilik menuju ke dalam kamar mandi.

Terketar- ketar jarinya membuka pintu bilik kamar mandi. Suis lampu di tekan. Terjerit Ashie apabila melihat pakaian yang di pakainya kemarin tergeletak di lantai bersimbah darah.

' aku sarankan kau cuci baju kau tue cepat sebelum bau darah tue semakin merebak. Aku tak boleh lama-lama jaga kau kat sini. Aku ada banyak hal aku kena uruskan'. Terjerit Ashie saat mendengar suara aneh seorang lelaki di dalam kepalanya. Pantas kepala Ashie menoleh ke kiri dan kanan mencari punca suara tersebut. Namun, yang ada di kamar mandi bersamanya saat itu hanyalah Black yang sedang duduk di atas sinki.

Tetapi yang membuat jantung Ashie berdegup tidak keruan dan takut adalah bayangan Black pada cermin besar di belakangnya bukanlah seekor kucing hitam, melainkan seorang lelaki yang membelakang. Yang terlihat hanya belakang dan kepalanya yang berbaju jaket kulit hitam.

Apabila Black menoleh kearah cermin di belakangnya, pada masa yang sama imej lelaki yang ada di dalam cermin itu turut menoleh ke arah cermin di belakangnya. Dari sisi imej wajah lelaki itu merupakan lelaki yang terakhir di lihat Ashie sebelum dia pingsan.

Ashie segera memegang palang besi penyangkut tuala yang tersangkut di dinding. Tubuhnya mengeletar hebat. Matanya tidak mempercayai apa yang baru saja dia lihat. Bagaimana seekor kucing mempunyai imej seorang lelaki di dalam cermin. 'it isn't real. It can't be'.

' i'm real Ashie. Lebih cepat kau terima kenyataan ni lagi bagus. Aku tak punya banyak masa. Kita dalam bahaya sekarang'. Suara itu bergema lagi di dalam kepala Ashie. Manakala, Black merenungnya tajam.

Ashie cuba mengawal emosinya. Dia cuba menerima situasi dan bertenang. Dipandangnya Black dan cuba bersuara.

" What are you Black?". Soal Ashie.

" First, nama aku bukan Black. Second, kau belum bersedia untuk tahu aku apa?. Third, kau cuma perlu tahu aku tak kan sakiti kau, infact aku cuba lindungi kau". Jawab Black. Namun, mulut kucing itu lansung tidak bergerak malainkan Ashie mandengar suara nya bergema di dalam kepalanya.

" Aku tak bermimpi kan Black. Apa sebenarnya yang dah jadi ni?". Ashie melihat dengan jelas Black memusingkan bebola matanya tanda protes saat Ashie masih memanggilnya Black.

" Kau tak bermimpi. Kau cuma berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Kau sepatutnya lari masa tu. Tapi rasa ingin tahu kau yang kuat tu dah letakkan kita dalam keadaan bahaya. Sekarang kau kena tanggung akibatnya". Suara itu bergema lagi di dalam kepala Ashie.

Dark Love StoryWhere stories live. Discover now