"Da..Dadah" tergagap-gagap kakak Syaa berkata.
Aku menunduk.
Setitis air mataku mengalir dipipi."Papa rasa budak ni salah seorang dari budak sindiket" kata ayah Abang Syaz.
Aku mengangkat muka memandang pakcik itu.
"Tolong pakcik, saya merayu. Tolong saya keluar dari sini. Saya tak sanggup dah hidup macam ni pakcik. Saya nak jumpa mak ayah saya pakcik. Tolong pakcik, tolong saya pakcik" aku merayu dengan tangisan yang teresak-esak.
"Abang janji, abang akan tolong" tekad Abang Syaz.
"Syaz.." Ibunya terkedu.
Abag Syaz hanya memandang ibunya. Dia tersenyum sambil mengangguk.
"Adik umur berapa? Bagi tahu abang dimana 'sarang' tu"
"12 tahun. Jalan Bangkok, phi Nam..............."
Abang Syaz mengangguk kemudian tersenyum memandang aku.
Syaz Irwan POV.
Selepas mendapat tahu tempat itu. Aku terus keluar dari bilik itu. Papa juga turut keluar. Aku bersandar pada dinding hospital itu. aku mengeluarkan Iph 6s dari kocek seluarku.
Nombor seseorang didail."Kumpul team kita. Location, aku sent dekat whatsapp. Suruh Mat cari information tentang tempat tu" selepas selesai memberi arahan. Aku mematikan panggilan itu.
"Syaz, ayah percaya dengan kamu. Kamu buat yang terbaik" Ayah menepuk bahuku.
Aku hanya mengangguk kemudian senyum ke arah ayahku.
0300 A.M
Sekumpulan lelaki berhoodie hitam, kira-kira dalam 100 orang berkumpul di dalam hutan berdekatan dengan 'neraka' tersebut.
Seseorang mara kearah kami dengan membawa satu kotak yang berisi earpiece. Earpiece itu diagihkan kepada setiap seorang yang memakai hoodie hitam yang merupakan kalis peluru. Seluar mereka juga turut kalis peluru. Masing-masing memakai mask berwarna hitam.
"Mmir, team kau pergi ke sebelah kiri kawasan yang kita bincang semalam. Hati-hati". Aku mengarahnya. Team Mmir perlahan-lahan menyusuri hutan-hutan tersebut.
Kini giliran..
"Raff, kau pergi ke sebelah kanan. Hati-hati"
Mereka juga turut menyusuri hutan itu dengan berhati-hati."Syad, kau bawa team kau pergi bahagian belakang. Hati-hati"
Mereka berlalu ke arah laluan lain.
Tiba-tiba, Syad memusingkan badannya. Lalu menghampiri aku. Badanku didakapnya. Jelas, Aku terkejut.
"Aku sayang kau, ikut mana pon kau kawan terbaik dunia akhirat aku. Maafkan salah silap aku. Jumpa di'sana' nanti" katanya lembut. Dia merungkaikan pelukan lalu berlari kearah teamnya yang sedang menunggu dirinya.
Aku tergamam dengan kata-katanya.
"Irsyad...." Panggilku. Tetapi sayangnya, Irsyad terus berlalu pergi.
'Ya Allah, lindungilah kami semua. Sesungguhnya engkau maha pelindung. Aamiin'
Syaz berdoa didalam hati."Guys, ready" aku bercakap melalui earpiece.
"Ready" serentak mereka membalas.Aku bersama assistant aku bergerak ke arah pintu utama rumah kontena yang agak besar itu. Ya, kami berdua sahaja. Kami hanya menyerang menggunakan kayu dan juga besi. Kami tidak menggunakan sebarang senjata api. Tangan kami tidak akan jijik hanya kerana membunuh orang. Lagipun, kami baru berumur 15tahun. Agak gila cara kami beroperasi. Tapi tidak mustahil kami akan kalah. Kerana, yang bertempur itu semua memiliki keistimewaan masing-masing.
Aku Dan juga assistant ku yang dipanggil Mat bergerak ke arah pintu utama. Tetapi tiada orang langsung. Disebelah pintu utama kelihatan ada satu bilik. Kami membuka pintu bilik itu perlahan- lahan. Kelihatan lelaki itu tertidur di hadapan 4monitor. Oh bilik CCTV. Aku Dan mat melangkah masuk bilik itu.
KREKKKKK!
lelaki itu terjaga.shit!! Aku terpijak botol kosong yang berada di lantai. Lelaki itu menoleh kearah bunyi tersebut. Lebih tepat kearah aku. Jelas dia terkejut .
Mat mara ke arah lelaki yang memegang senapang itu. Baru diangkatnya senapang itu, tiba-tiba...
Aku mencampakkan bola kecil pada dinding berdekatan lelaki itu.
Serta-merta...
Wasap putih perlahan-lahan merebak menggelilingi ruang itu.
Bola itu dipanggil 'White bom'. ini hasil penciptaan Irsyad. Dia pakar dalam eksperimen Science.Lelaki itu jelas terkejut. Aku terus membuat side kick sehingga membuatnya jatuh tersungkur.
Mat mengeluarkan satu kain. Kemudian ditekupnya pada mulut lelaki itu.
Kain itu dipanggil 'fabric zug'. Kain ini mampu membuatkan orang pengsan selama 5minit sahaja. Tangannya pantas aku ikat dengan tali yang baru dikeluarkan dari hoodie ku. Kakinya pula mat ikat menggunakan gari besi Dan di lock dengan padlock. Mat menariknya kearah satu bilik kecil didalam bilik itu juga. Pintu ditutup.Aku menghampiri skrin monitor. Kelihatan di satu sudut mereka telah mengikat orang-orang Thailand tersebut. Selebihnya mereka telah mengeluarkan kanak-kanak dari rumah kontena ini.
Mataku tertarik pada satu sudut. Aku terlihat seseorang memasuki satu bilik. Ya, dia merupakan salah seorang anggotaku. Tanpa lelaki itu sedari. Ada seseorang dibelakangnya. Aku cemas.
Aku terus bergerak ke bilik itu dengan pantas.
Setibanya di pintu bilik itu. Aku menendang sekuat hati .Banggg!!!
Sekali tendangan sahaja pintu itu terus terbuka.
Kelihatan lelaki berhoodie itu sedang bergelut dengan lelaki itu.
Aku tidak pasti sama ada itu Raff, Mmir atau Syad.
Mataku tertancap pada kakinya.
Vans Merah.."IRSYAD!!" Aku mara ke arah mereka yang jauh dari pintu itu.
Lelaki itu menendang perut irsyad sehingga dia tersungkur ke lantai menyebabkan pelapik kepala hoodie yang dipakainya terselak sehingga menampakkan rambutnya yang tersemat kemas.
Aku berlari kearahnya..
POWWW!!!
satu das tembakan dilepaskan.
Darah berlumuran di atas lantai.Aku berlari dengan pantas kearah irsyad yang terbaring lesu di atas lantai.
Aku tidak menghiraukan 'bangsat' itu yang sudah berlari keluar melalui pintu tersebut.
Sesaat...
POWWW!!
Satu das tembakan lagi kedengaran. Aku tidak menghiraukannya. Yang pastinya diluar bilik kami.Saat ini, Aku hanya memikirkan Irsyad. Tanganku terketar-ketar membuka mask yang dipakainya. Aku beralaskan kepalanya diatas riba ku. Darah yang berlumuran itu lagi membuat aku takut.
"Syad.. Bangunn syaddd" aku merayu.
Air mataku mengalir.
Semakin lama..
Semakin lebat..."Kita jumpa di'sana' nanti" -Irsyad
Terngiang-ngiang kata-kata nya sebentar tadi.
"Ye, Syad. Kita jumpa di'sana' " kataku sayu.
Aku menarik jasad kaku itu kedalam pelukan.
Erat......
YOU ARE READING
Mr. Gangster Fall in Love 💕
RomansaHidup Eryn Idaya yang membawa diri ke Tokyo,Japan kerana phobia dengan percintaan. Dipaksa oleh Papanya untuk mengambil SPM di Malaysia. ""Eryn Idaya sayang, stop crying. Buruknya my princess ni nangis. Abang dah bagi tahu papa yang abang akan balik...