Cinta.
Ada apa dengan cinta?
Mengapa cinta?Ish. Ish. Awal awal penulisan dah dimulakan dengan cinta. Angau eh? Yer, kalo saya angau apa pulak masalah anda? Nak kecam saya? Ahh. Okk. Jom! (*flyingkiss pada akhwat*).
Ini kisah cinta saya.
Dulu masa zaman sebelum dapat tarbiah saya selalu merajuk. (lepas dapat tarbiah pun masih tak sudah- sudah dengan perangai merajuk.) Merajuk dengan perkara sekeliling saya. Merajuk pada mak ayah sebab selalu kongkong saya. Lagi lagi bila sekolah ada anjurkan aktiviti perkhemahan kat luar. Memang tak akan pernah dapat keizinan.
Saya pernah merajuk dengan adik- adik. Mau seminggu mogok tak bercakap gara- gara disuruh menjaga mereka sedangkan saya sudah berjanji dengan kawan kawan ingin keluar bermain. Masa tu adik kecil lagi.
Saya pernah merajuk dengan kawan gara- gara lebihkan pakwe dia daripada saya. Sampai saya menjauh dari mereka yang kononnya bergelar kawan.
Dalam hidup ini, entah berapa banyak kali saya nak merajuk. Sampai ada seorang kawan tegur.
"Eh! Awak ni macam budak budak. Dari dulu sampai sekarang asyik merajuk. Tak sudah sudah dengan merajuk." Begitulah salah satu luahan hati kawan saya. Yes. Saya mengaku yang saya ini memang jenis yang kuat merajuk. Kalau tak mau bercakap, muka ketat means ada somethinglah yang membuatkan saya merajuk. Namun walaupun kuat merajuk, rajuk saya ditahap sekejap. Cepat merajuk, namun mudah dipujuk. Pujuk- pujuk sikit dah cair. Itulah saya.
Paling teruk saya merajuk dengan Allah. Merajuk dengan aturan Allah. Maka mulalah mempersoalkan Allah dah tak sayang saya ke?
Sehinggalah suatu malam, saya dalam perjalanan pulang dari sebuah tempat atas urusan tertentu. Kebetulan hari tersebut jatuh pada hari lahir saya.
Allah tak nak bagi hadiah ke kat saya?
Saya dah solat 5 waktu. Saya dah berubah. Saya bukan macam dulu lagi. Malah sekarang saya tengah dalam proses untuk menjadi murrabi yang ohsem untuk adik- adik. Kononnya macam macam saya dah buat untuk Allah.Untuk pengetahuan, saya ni ada satu perangai pelik. Saya suka bercakap sendiri. Kalau orang nampak mungkin macam.. em.. entahlah.. Alah, saya bercakap dengan Allah. Pelik ke? Walaupun saya tak dengar Allah balas percakapan saya, tapi saya tahu Allah dengar je apa yang saya cakap. Itulah ihsan. Hidup seolah- seolah kita nampak Allah. Lebih kurang begitu la.
Oh ya! Sambung balik cerita tadi. Masa dalam perjalanan pulang ke rumah tu la tetiba saya terpandang langit malam yang pekat.
Oh yeah! Ohsem! Bulan bulat terang. Dihiasi bintang yang bersinar. Langit pulak pekat hitamnya. Serius cantik sangat. Tak berkedip seketika sebentar tatkala melihat panorama indah itu. Tenang, damai itulah yang saya rasa saat itu.
Sampai rumah saya masih lagi tercegat dihadapan rumah. Memerhati ciptaan Allah. Seolah olah saya berada dalam dunia sendiri. Tiba tiba hati saya menjadi sebak. Airmata rasa macam nak jatuh tapi tak jatuh.
"Allah. Terima kasih."
Tahu kenapa saya ucap terima kasih kat Allah? Sebab baru ketika itu saya sedar yang Allah ni sangat romantik!
Sangat care pada saya!Selama ini, walaupun saya kaki rajuk saya baru sedar kenapa Allah buat begitu. Terimbas sedikit demi sedikit peristiwa yang membuatkan saya pernah merajuk. Rupanya ini adalah cara Allah untuk menjaga saya.
Mak ayah tak bagi keluar, gaduh dengan adik adik ada hikmah disebalik semua itu. Saya yang kononnya rasa dah takda orang yang sayang saya rupanya lupa ada yang tidak pernah melupakan saya. Betul la kata orang manusia mudah berubah. Namun Allah tidak.
Sejahat mana pun kita sebagai hamba, Allah tetap akan beri peluang yang kedua untuk hambaNya kembali kepada Dia. Allah boleh jadi sebaik baiknya dan boleh jugak jadi sejahat jahatnya. Well, Allah kan Tuhan. Berhak je untuk semua tu. Tapi, tahukah anda? Allah adalah seperti apa yang kita sangka. Kalau baik, maka baiklah Allah. Kalau jahat, boleh je Allah jadi semurka murkanya.
Pasal merajuk dengan kawan yang lebih pentingkan pakwe. Alhamdulillah. Syukur saya menjauhi mereka. Ini semua aturan Allah. Allah yang berkehendak. Mungkin ini terbaik bagi saya sebagaimana dalam surah Al Baqarah ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
See. Allah sangat sangat menjaga saya. Bayangkan kalau saya terus berkawan dengan kawan yang asyik mementingkan pakwe daripada benda lain. Kemungkinan besar pasti saya akan terpengaruh sekali untuk bercinta. Perghhh. Curangnya dengan Allah! Sedangkan ada perkara yang lebih penting selain misi mencari pakwe.
Ada hikmahlah jugak mak saya selalu berpesan,
"Pergi sekolah belajar betul betul. Jaga nama mak ayah. Jaga diri."
Saya anggap itu tanda cinta Allah pada diri ini. Mak cuma sebagai asbab. Untuk menjaga hati, untuk menjaga diri dan untuk menjaga dari segi pelbagai aspek. Alhamdulillah, saya berjaya melalui hidup dengan cara tidak bercouple. Masih sihat dan bahagia dengan nikmat Allah.
Malah permandangan yang cantik saya lihat pada malam hari lahir saya itu saya turut anggap sebagai hadiah daripada Allah. Omgee! So sweet. Jatuh pula pada malam Jumaat. Memang terbaik ahh Allah.
Bila difikir balik, ini menbuatkan saya tambah rindu, tambah cinta pada Allah. Rasa nak jumpa Dia! Tapi teringat, kalau nak jumpa Allah takkan dengan tangan kosong je! Oh heartshot! Masih banyak yang perlu saya perbaiki dari pelbagai sisi.
Sekian.
Eh itu aje ke yang saya nak sampaikan?(*gelaksopan*)
Sebenarnya tujuan saya menulis tentang ini adalah untuk membuatkan anda sedar yang Allah sentiasa ada untuk kita. Kita selalu rasa yang kita ini pendosa sampaikan rasa itu membutakan fakta yang Allah itu maha pengampun.
Cuba anda flashback diri anda sebelum ini. Fikirkan perkara yang anda tak suka. Kemudian tutup mata, dan ingat Allah. Secara tak langsung kita akan terfikir apa yang berlaku dalam hidup kita adalah tanda cinta Allah pada kita.
Yes! Allah sayang kita!
Jom. Muhasabah diri.
Semoga kita juga turut sayang Allah sebagaimana Allah sayang dan ingat pada kita.Alhamdulillah^•^
YOU ARE READING
CINTA
Short Storymelihat dengan CINTA, mendengar dengan CINTA melalui hidup ini dengan CINTA💕