Bab 38

389 10 0
                                    

"I was saying that I'm sorry and you choose to be a whore in a bookstore. What a pathetic human being you are. I thought you really love me."

Bait-bait kata yang telah diluahkan dari mulut John Durke bermain-main diminda Iskandar tanpa henti. Dia tidak berhenti menanyakan soalan yang sama kepada dirinya sendiri.

"I thought you really love me."

Dia tidak peduli akan John Durke yang menggelar Aisyah pelacur sewenang-wenangnya. Dia peduli akan kata-kata terakhir yang diluahkan oleh lelaki tersebut. Mengapa agaknya? Siapa yang benar-benar dicintai oleh Aisyah? Atau memang benar kiranya John Durke seorang suami yang kuat cemburu?

Iskandar menggosok-gosok janggut sejemputnya perlahan.

"Jauh menung Is?"

Iskandar menoleh kearah belakang.

"Mak Jah,"

"Yalah, siapa lagi? Takkan Hanum? Suaranya muda. Ini suara tua,"

"Mak Jah ni.. Kesitu pulak. Mak Jah nak pergi mana ni?"

"Nak jemput Nisa, tapi terserempak dengan papa kamu. Alih-alih dia yang nak menjemput."

Iskandar hanya membalas 'Oh' tanpa mengeluarkan apa-apa bunyi dari mulutnya.

"Mak Jah tengok kamu ni runsing aje. Ada masalah apa?" tanya Mak Jah dengan nada risau.

"Tak ada apalah Mak Jah. Saya masuk dalam dulu, ya?" kata Iskandar dengan penuh rasa hormat. Dia masuk ke dalam rumah selepas Mak Jah menganggukkan kepala beberapa kali.

Iskandar mendaki tangga untuk menuju kebiliknya dengan langkah malas. Langkahnya terhenti seketika apabila dia terpandangkan pintu bilik bacaan rumah. Senyumannya terukir tanpa sedar.

"Kenapa Uncle Is? Marah kakak ke?"

"Tak lah, uncle nak jumpa papa Nisa. Nak mintak panadol. Uncle tak sihat lah," tipu Iskandar.

"Uncle pening tak?"

"Pening sikit,"

"Dekat sikit dengan Nisa,"

"Muah! Hilang tak sakit uncle?"

"Amboi! Siapa ajar Nisa ni? Hilang sikit dah. Tapi ada lagi sikitlah pening uncle ni, Nisa. Kiss lagi, boleh?"

Hanisah menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kalau Kak Aisyah kiss kan, nanti lagi cepat elok."

Iskandar mengeluh panjang. Matanya ditutup sekejap sebelum dibuka kembali. Dia rindukan Aisyah. Memang benar kata Aisyah dahulu, bila dia sudah tiada, dirinya pasti akan merindui Aisyah. Dia sekarang rasa terseksa dek rindu tersebut. Namun apakan daya, bunga impian sudah berada dalam taman larangan milik orang lain.

"Is?"

Iskandar memandang kearah depan.

"Kenapa ma?"

"Mama tengok Is termenung pandang pintu bilik tu, kenapa?" tanya Datin Sarbiah.

"Tak ada apa-apa. Is masuk bilik dulu ya, mama?"

"Is.."

Iskandar menghentikan langkahnya.

"Mama tak pasti siapa yang Is rindu. Danial atau Aisyah. Mama.."

"Benda dah lepas ma. Dua-dua bukan milik Is, bukan hak Is. Is hanya boleh redha dengan ketentuan hidup Is. Mungkin akan ada sinar yang bakal muncul buat Is. Is percaya ma, Allah tak kejam. Dia-lah sebaik-baik perancang. Dia bagi Is, bagi mama, bagi papa dengan adik-adik Is dugaan macam ni bersebab. Dia maha mengetahui." balas Iskandar dengan nada yang sedikit sedih. Suaranya perlahan.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now