<> 21 <>

152 19 100
                                    

[ Balik ]

" Tae. " aku memanggil

" Kejap eh Ji Hee. Ahh~ ye Buntat? "

" Jom balik sama-sama? Dah lama kita tak balik sama-sama kan? "

Taehyung terus berdiri. Kepalaku terpaksa didongakkan akibat ketinggiannya yang jauh berbeza daripada aku.

" Wey aku bukan taknak balik dengan kau tapi- " belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku menyampuk

" Kau ada kerja dengan Ji Hee ke? " tanyaku sambil mataku memandang ke arah Ji Hee

Kepala Taehyung yang tak gatal, digaru. " Eerr haah. Maaf ya? Esok aku akan balik dengan kau. Tapi tak janji la eh? "

Aku mengeluh perlahan " Okay "

" Jalan elok-elok ya Buntat? "

Aku memandang ke arahnya. Lalu mengangguk perlahan sambil tersenyum tipis. " Semoga kerja kau cepat habis "

" Gomawo "

● ● ●

A

ku memarkir motosikalku di tepi pagar utama kubur. Ya, aku dah janji dengan Baekhyun yang aku akan lawat dia harini.

Perlahan-lahan aku berjalan ke arah kuburnya. Mataku tidak memandang tempat lain, tetapi cuma kuburnya sahaja menjadi perhatian aku.

" Hai Baek. Aku datang ni "

" Baek.. Kau tau tak tadi kan.. Aku sakit gile. "

" Kenapa? Hmm sebab, semalam lah! Aku dapat mesej daripada nombor siapa entah. Dia bagi aku gambar yang tak sepatutnya aku tengok "

" Aipp kau ni!  Fikir lain pulak. Gambar tu, gambar Tae dengan budak baru tu. Diorang kiss kiss. Ish! Taknak lah aku ingat pasal tu! Jijik!! "

" Lepastu kan, aku kan ade lawat kau semalam, ha aku pergi la cafe yang kita biasa minum tu. Bangtan nak jumpa aku. Rupanya diorang nak suruh aku terima pemergian kau. "

" Ya, aku dah terima pemergian kau. Tapi walaupun kau dah pergi jauh daripada aku, dan kau takkan kembali lagi, aku nak kau tau, kau tetap takkan lupus daripada ingatan dan hati aku. "

" Ehh ape ni. Adoii mata berpeluh pulak. Ehehe maaf sebab nangis depan kau. Haih tak malu betul aku ni kan? Hiks. H-ha lepastu kan, waktu aku tengah sembang-ii dengan bangtan, jimin dengan jungkook macam nampak sesuatu tau dekat belakang aku. Aku nak tengok, diorang tak bagi. "

" Lepastu.. Bile aku dapat gambar yang tak sepatutnya tu, aku mulalah naik angin! Huh! Diorang tipu aku!! Tapi.. Bile diorang jelaskan semuanya dekat aku, ternyata, aku silap. Bodohkan aku ni? Suka sangat percaya ape yang stranger bagi. Haih "

" Aku rasa, kalau kau ade dekat sini lagi, mesti kau dah lepuk kepala aku kan? " aku tersengih

" Oh Baek! Aku ada bawa hadiah. Sekejap eh! " aku membuka zip beg aku untuk mengeluarkan bunga yang aku beli semalam.

" Eh mana pulak bunga aku ni? Err sekejap eh Baek. Aku tak jumpa pulak hadiah kau "

Setelah aku puas memeriksa beg aku, masih tak jumpa bunga itu. Jadi, aku mengambil keputusan untuk pergi ke motosikal. Ye la, mana tau aku tertinggal bunga ke dekat bakul motor tu. Siapa tau kan?

Macam Buntat ?! &lt;&gt; KTH &lt;&gt;Where stories live. Discover now