Sepasang suami isteri iaitu Min Timun dan Song Jemah tinggal di negara yang aman dan sentosa iaitu Fab land.
Jangan tanya author kenapa nama diorang macam tu..
Tanya omma diorang iaitu...
Min Tipah, ibu kepada Timun.
Dan lagi satu Song Vidah , ibu kepada Jemah
Abaikan pasal ibu pasangan suami isteri ni..
Pasangan ini ialah raja dan permaisuri di negara Fab land ini.
Negara ini hanya penuh dengan orang yang fab seperti author saje.. (*¯︶¯*)
Nak dijadikan cerita pasangan suami isteri ini mendapat anak yang diberi nama Min Yoon Ji (Author tukar nama Yoongi... ╰( ̄▽ ̄)╭)
Seorang anak perempuan.
Disebabkan terlampau gembira, pasangan suami isteri ini menjemput seluruh warga negara Fab land ke istana mereka yang mewah serta besar untuk menyambut kelahiran anak ini.
Podah.. membazir je!<(`^´)>
Dahlah tak jemput author .
Kalau jemput author of course tak membazir..
Malah, mereka juga menjemput tiga orang pepari yang cantik lagi jelita ke majlis itu.
iaitu..
Jinnie
Lady bug Bwidan
Cute kookie
Cantik kan?
Majlis itu berlangsung dengan meriah dan happy.
Semasa majlis itu berlangsung, ramai penduduk Fab land memberikan hadiah kepada satu satunya puteri Fab land.
Puteri Yoonji or Princess Yoonnie.
Tidak lupa juga, 3 orang pepari yang cantik jelita itu untuk memberikan hadiah.
Jinnie memberikan princess Yoonnie itu paras rupa yang cantik mengalahkan nenek princess itu sendiri iaitu vidah.
Kemudian diikuti oleh Lady bug bwi dan memberikan kemahiran rap yang good job.
Akhir sekali, semasa cute kookie tengah kipas² diri dia sendiri guna kipas bulu dia yang fabelous..
Baru sahaja dia ingin memberi hadiah dia untuk princess itu..
Tetiba kilat menyambar nyambar dan guruh berdentum sehingga menyebabkan kucing kesayangan Jemah iaitu Gebus berlari lintang pukang ke mana mana arah je..
Tetiba muncul satu asap putih..
Dan muncullah pepari hope
Sebab apa nama dia cam tu? Sebab dia ni suka kata diri dia tu harapan-@( ̄- ̄)@
Gebus still berlari ke mana² dengan laju.
Tetiba muncul lak sepasang kaki yang cantik lagi fab halang larian maraton dia.
Menyibuk betul. Terus dicakar kaki itu berkali kali sehingga sang empunya kaki meraung kesakitan.
"Adeh adeh.. sakitlah.."
"Ha.. baru nak sampai ke? Ingat tak nak datang.." kata Timun dengan nada memerli.
"Ish! Macam mana nak datang? Kau pun satu tak bagi kad jemputan kat aku..." kata si sang pepari sambil memuncung dengan nada merajuk.
"Oh yeke? Sorrylah .. Posmen tu sesat agaknya.. °o°" kata Timun sambil tersengih.
"Jap, tu .. tu.. " kata sang pepari harapan dengan nada yang terkejut.
"Apa benda?" tanya cute kookie yang mula rasa cemas dengan nada pepari harapan.
"Itu coklat fab berbentuk kuda edisi terhad tu ke?!!" kata pepari hope dengan teruja.
Semua warga rakyat fab land membaling kasut diorang ke arah pepari hope serentak.
"BUAT ORANG CEMAS JE TAU TAK?!!"
Mana kala pepari hope dah ditenggelami kasut.
Hanya ibu jari tangan dia je kelihatan bergoyang goyang untuk melepaskan diri daripada semua kasut itu.
Fuih..
Lagi seksa bila ada kasut bau macam tong sampah.
Tak pernah basuhlah ni ˋ︿ˊ
YOU ARE READING
Puteri Beradu
Randomkisah dongeng pasal Jimin dengan Yoonji. +aku tak tipu. ni cite paling bangang aku pernah tulis (;-;)