<> 22 <>

137 19 64
                                    

Perlahan-lahan aku bangun dari lantai dan mengesat semua air mataku. Aku menuju ke arah motosikalku dengan langkah lemah.

Aku dah tak ada tempat untuk mengadu. Mak ayahku di Amerika. Baek dah tak ada. Bangtan dah khianati aku. Ak-aku dah tiada sesiapa lagi dalam dunia ni!!

Aku menunggang motosikalku ke tanah perkuburan. Apa yang aku fikir sekarang adalah Baek. Ye, walaupun dia dah takde, tapi dia je la tempat untuk aku mengadu.

Sebelum aku sempat menuju ke kuburnya, aku tidak lupa untuk membawa bunganya.

" Baek " aku duduk di sisi kuburnya dengan memegang sejambak bunga plastik bewarna kuning.

" Harini kan Baek, aku dah dapat kebenaran. Satu kebenaran yang nyata. "

" Kawan kita kan Baek. Yang aku kawan selama 5 tahun, mereka dah pun khianati aku. Diorang jahat! Aku benci diorang hiks hiks " perlahan-lahan air mataku jatuh daripada kelopak mataku

" Kenapa mereka buat aku macam ni Baek? Aku terlalu gemuk ke sampai diorang tak lalu nak kawan dengan aku? T-tapi aku dah usaha. Aku dah usaha untuk kurus. Tapi ini pulak yang aku dapat? APA NI BAEK "

" Baek, aku dah tiada siapa lagi dalam dunia ni. Semua orang tinggalkan aku. Mak ayah aku, diorang oversea. Kawan kawan aku, diorang khianati aku. Dan kau- " bercakap seperti ini membuatkan aku sebak dan terus menangis sebanyak mungkin. Sebakku makin kuat, hidung, mata dan mukaku mula memerah. Hidung aku juga mula berair.

" Kau dah tinggalkan aku " aku menekup mukaku dengan kedua-dua tanganku dan tunduk ke bawah. Aku dapat rasakan seperti ada orang memeluk aku daripada tepi.

Jujur, aku sangat selesa.

Apabila aku memandang ke tepi, aku nampak Baekhyun sedang senyum ke arah aku. Dia-  dia sangat kacak. Mukanya tak ubah seperti dulu. Senyumannya. Semua.

" B-baek?! "

Dia tersenyum manis ke arah aku. " Hyun Ji, walaupun saya dah tak ada di dunia ini, tapi saya masih ada dekat dengan awak. Walau apa sekali pun, saya selalu dengan awak. Awak boleh mengadu apa saja awak nak dengan saya "

Aku seperti tidak percaya apa yang aku lihat sekarang. Betulkah dia Baekhyun? Byun baekhyun?

" Saya sebenarnya, saya tak suka tengok awak sedih macam ni. Dulu awak sedih sebab saya pergi, sekarang awak sedih sebab bende ni. Tak guna semua tu Hyun Ji, semua tu tak guna. Awak membazirkan air mata awak. Pernah tak awak dengar orang cakap, bila air mata perempuan jatuh, dia diibaratkan permata yang hilang. Kalau awak kira, berapa banyak permata awak dah hilang? "

Aku menggeleng. Tapi anak mataku tidak lepas daripada memandangnya. Betul ke apa yang aku nampak ni? Ke ini cuma imaginasi aku?

" Tak tau kan? Jadi saya nak awak berhenti jadi macam ni. Saya tak suka " daripada posisi cangkung, dia berdiri. Lalu , dia pergi. Dia pupus daripada pandanganku.

Mataku membulat. " Baek?! " aku memandang sekeliling. Dan semuanya kosong. Hanya kubur.

" BAEK?!  "

Namun hampa. Tiada sesiapa pun di sini selain aku.

Bulu romaku mula meremang. Air mata sempat aku seka dan aku terus bangun dan berlalu dari situ.

Dengan segera, aku memanaskan enjin motosikalku dan terus memecut laju ke rumah.

● ● ●

Aku mencampakkan beg galasku di sofa. Tanpa berfikir panjang, aku masuk ke dalam bilik aku dan bergegas ke bilik air kerana perutku sudah mula memulas.

Macam Buntat ?! &lt;&gt; KTH &lt;&gt;Where stories live. Discover now