[24-7 12:03] 💝PESONA writer W.A.S.W 🆗💘: KEHILANGAN
BY PESONA
Part 1
""mamy...mamy... Itut... "" lia menangis-nangis mau ikut mamy dia pigi kebun.
""lia tidak boleh ikut ar sayang..di kebun banyak nyamuk, baru ada ular lagi"". Kata aimah kpda anknya lia yang baru berusia dua tahun lapan bulan.
""taya mau itut mamy.. Taya tiak mau tinggan ddy mayah taya"" kata lia dengan perkataan yang palat.
"" liah.. Tinggal dengan ddy, adik pun ada sama ddy, kasianlah adik tiada kawan adik main"". Kata mami liah.
Liah pun ada seorang adik lelaki yang baru berumur anam bulan.
Aimah ini tinggal di kampung bersama dengan mentuanya, dia dikurniakan dua orang cahaya mata. Pendapatan keluarga hanyalah bergantung kepada hasil tanaman dan hasil buruan suaminya.
""mail ko tlong tengok ni anak-anak arh saya pigi cabut ubi kayu dulu, bikin buat sagu, tengok sagu kita pun mau habis sudah takkan kita mau harap saja itu beras"". Kata aimah kepada suaminya mail.
""bah "" dia bilang suaminya. Seambil kc bersih itu senapang,
sebab semalam dia dri memburu.. Tetapi nasib tidak baik mail pulang dengan tangan kosong.
Aimah tidak senang hati bila minggu itu mereka tiada pendapatan, memandangkan barang dapur sudah kekurangan, anak yang baru berumur anam bulan sudah pandai minum kopi, aimah sangat kesihan dengan anak-anaknya bila anak-anak iparnya cukup segala-galanya, itulah demi membantu suaminya kadang-kadang aimah masuk hutan mencari kayu api untuk di jual.
Apalah sangat harga kayu api di kampung, satu ikat hanya rm 1, lima ikat baru pun rm lima ringgit tetapi tenaga untuk memcari kayu api itu sudah memakan masa selama setangah hari.
Tidak cukup dengan itu aimah bercucuk tanam ubi kayu, kadang-kadang aimah dengan hasil ubi kayu itu aimah boleh buat sagu dan sagu itu terus di jual.
Tambahan lagi aimah tinggal dengan ibu mentua yang sangat cerewet tetapi tidak pernah menolong aimah biarpun tolong menjaga anak aimah. Tetapi ibu mentua aimah selalu saja mencari kesilapan aimah pantang sikit silap aimah sudah kena marah-marah. Namun pun begitu aimah sangat penyabar. Bagi aimah selagi diorang sekeluarga masih menumpang dengan mentuanya selagi itu dia harus bersabar.
Aimah ini sebenarnya anak orang yang senang, bapanya seorang pegawai kerajaan, aimah anak bongsu dalam tiga adik beradik. Aimah punya abang yang juga seorang pengusaha kontrektor, kakanya juga seorang pegawai kerajaan. Cuma aimah saja yang terkendas dalam diorang adik beradik.
Aimah terkhawin sama suaminya pun kerana saling suka menyukainya.. Walaupun dulu suaminya pernah bgitau aimah, yang hidup mereka sangat susah namun aimah tidak pernah memikirkan perkhwinan itu sebagai ukaran untuk bersama dengan suaminya.
Aimah pun sudah menyiapkan peralatan untuk dibawa di kebunnya.
"""mamy....mamy....itut.."" tangisan liah yang kuat..
Entah kenapa hari itu liah meronta-ronta mahu ikut dengan mamynya pergi ke kebun padahal selama itu liah tidak pernah pun berperangai sedemikian.
Liah menggengam tangan mamynya seperti tidak mahu di lepaskan, namun aimah cuba melaraikan pegangan tangan liah..
Semakin jauh aimah jalan semakin kecil kedengaran suara liah.Sampailah tengahari baru aimah pulang dari kebun.. Sampai saja aimah di rumah terus dia mengupas ubi kayu yang dia dapat.. Lebih kurang sampai jugalah satu karung itu ubi kayu yang si aimah dapat, selesai saja dia mengupas kulit ubi kayu itu lalu si aimah terus merandamnya.
YOU ARE READING
KEHILANGAN BY PESONA
Short StoryMengisahkan seorang ibu yang kehilangan anaknya yang hilang di hutan. adakah mereka dapat menjumpai anak itu?