Aku telah tiba di hospital. Hyun Ji telah dimasukkan ke bilik kecemasan dan kini, aku di ruang menunggu.
Daripada posisi duduk, aku berdiri dan berjalan di tempat yang sama berulang kali. Aku juga menggosok tanganku tanda risau.
Aku kembali duduk dan menekup mukaku " Hyun Ji, tolonglah selamat. Tolong jangan tinggalkan Taehyung "
Beberapa minit kemudian, seorang doktor lelaki berkaca mata bulat keluar dan memandang ke arahku. Stetoskopnya ditanggalkan daripada telinga dan melilitkan di lehernya. " Awak ahli keluarga Hyun Ji ke? "
Belum sempat aku menjawab pertanyaannya, aku mengecam mukanya dan mataku membulat. " B-baekhyun "
Dia mengerutkan dahinya dan menggeleng. " Saya doktor Hyunwon. Byun Hyunwon. "
" A-ahh maafkan saya. Muka doktor sangat sama macam muka kawan saya. "
" Tak apa. Awak ahli keluarga kepada Park Hyun Ji ke? "
Aku menggeleng untuk soalannya. " Tak, saya kawan baik dia. Bagaimana dengan keadaan kawan saya doktor? "
Dia mengambil nafas dalam dalam dan menghembusnya. " Tiada apa yang serius. Cuma perut dia masuk angin je. Kemungkinan tak makan daripada pagi "
Aku menghela nafas kelegaan dan mengurut dadaku lembut " syukurlah. Boleh saya lawat dia? "
" Maaf, pesakit memerlukan rehat yang secukupnya. Saya rasa, awak boleh datang dan lawat dia pada esok hari "
Aku agak kecewa kerana tidak dapat melawat dan melihat keadaan Hyun Ji. Tapi, tak apalah. Sekurang-kurangnya penyakit dia tak begitu serius. " Baiklah. Terima kasih ya doktor "
Dia hanya mengangguk dan masuk ke dalam bilik di mana Hyun Ji dirawat. Maka, aku pun berlalu dan memandu ke rumah.
[ Hyun Ji P. O. V ]
Doktor Hyunwon masuk ke dalam bilik di mana aku dirawat. Cermin mata bulatnya ditanggalkan.
Sumpah cakap, muka dia sangat serupa dengan Baekhyun.
Aku rindukan dia. Baek, dah hampir 2 bulan kau tinggalkan aku. Dan harini, aku jumpa kembar kau. Hihi
" Cik Hyun Ji, saya dah buat apa yang cik suruh " katanya sambil mengeluh
Aku tersenyum nipis " Terima kasih ya doktor? Um doc tak payah la panggil saya cik, panggil saya Hyun Ji je "
Dia menggangguk. " Baiklah. Sekarang, awak berehatlah. Tenangkan fikiran dan kuatkan diri awak okay? "
" Baiklah "
Maka doktor hyunwon pun keluar daripada bilik rawatanku. Sempat matanya memandang ke arah aku sebelum keluar. Aku menyandarkan diriku di kepala katil, air mataku perlahan-lahan mengalir. " Taehyung, jangan risau, aku akan tunaikan hajat kau "
● ● ●
[ 9.00 p.m ]
Pintu bilikku dibuka oleh Doktor Hyunwon. Matanya tertumpu pada dulang yang berisi dengan makanan di hadapanku. " Hyun Ji, kenapa awak tak makan lagi ni? Makanan ni tak sedap ke? "
Aku menggeleng lalu tersenyum nipis. " Saya tak ada selera lah doc "
" Mana boleh macam tu Hyun Ji. Awak kena makan. Nanti perut awak masuk angin macam mana? "
" Kalau saya makan sekalipun, penyakit ni takkan hilang pun. Kan? " sebaik sahaja aku bercakap begitu, Doktor Hyunwon menghampiriku dan duduk disebelahku.
YOU ARE READING
Macam Buntat ?! <> KTH <>
Fanfiction" Apsal aku tgk kau ni macam makin hari makin gemok ni ? " " Asalkan lemak tepu aku tak himpit badan kau sudah la . " Cover made by : @Syifvas Start : 16 September 2017 (2000) End : 21 November 2017 (1030)