Short Story
TITTLE : TRUE FRIEND
Fb: Ryn Agape
Pages: Agape Ryn
Wattpad : Agape Ryn.
Date Post :13.10.2017"Walau dimana saja kau berada aku sentiasa doakan kau sentiasa bahagia"bisik Sharon perlahan. Dia merenung jauh permandangan pantai dihadapannya.
Kerinduannya terhadap Ivy semakin mendalam. Apalagi hari pentingnya semakin dekat. Teringat janji mereka suatu ketika dahulu.
Flashback....
"Sharon kalau kau dan Andrew kahwin nanti,aku nak jadi pengapit ahh"bilang Ivy.
"Of course Vy,you are my bff"bilang Sharon sambil memeluk bahu Ivy.
Ivy ketawa gembira.
End of Flashback
Sharon tersenyum bila mengingat kembali memorinya bersama Ivy.....
Lamunannya terhenti bila Jenny datang. Dia menepuk bahu Sharon. Cepat-cepat Sharon lap air matanya.Jenny pandang Sharon dan lap air mata Sharon,namun kemudiannya dia juga turut ikut menangis. Mereka dua berpelukan dalam tangisan kerinduan. Merindui sahabat yang telah lama meninggalkan mereka..
Bella yang baru saja mahu masuk ke dalam bilik membatalkan niatnya bila melihat si Jenny dan Sharon berpelukan menangis. Dia melangkah perlahan meninggalkan bilik tersebut. Sejuta kekesalan bersarang di dalam hatinya. Kerana ketamakan dia lah Ivy menghilang sehingga kini tanpa berita dan pergi tanpa kata-kata.
FLASHBACK 5 TAHUN YANG LALU....
Mereka berempat, Sharon,Ivy,Bella dan Jenny merupakan sahabat baik sejak dari zaman sekolah lagi. Kemana saja mereka pergi sudah pastinya mereka berempat bersama-sama. Masa muda yang sangat indah dipenuhi dengan tawa dan kebahagian. Namun semuanya berubah bila salah seorang dari mereka mula merasakan dirinya disisihkan..tidak diperlukan..tidak bernilai..tidak disayangi.. Perasaan cemburu mula menyelinap di seluruh pelusuk hatinya. Rasa iri hati mula bersarang di jiwanya. Merasakan dirinya disisihkan..dia mula hanyut dalam hasutan dirinya sendiri...
Hari itu...buat pertama kalinya Ivy merasakan dirinya begitu bertuah. Owen,jejaka yang sudah lama diminatinya meluahkan perasaan kepadanya. Dunia Ivy dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Khabar gembira itu dia kongsikan bersama mereka bertiga. Namun tidak sangka ada juga yang yang iri hati. Bella mendiamkan diri. Owen juga salah seorang crush si Bella masa zaman sekolah dulu. Bella cemburu akan teman-temannya yang masing-masing sudah punya pasangan. Si Sharon baru sahaja bertunang dengan Andrew, Jenny pula bersama Rayser dan sekarang si Ivy pula bersama Owen. Namun dia sendiri inda ada yang mahu. Bukan dia inda cantik..dia sangat cantik malahan dia lebih kaya dari mereka bertiga. Namun tiada satu lelaki pun ikhlas bersama dia. Semuanya mahu jadikan dia "ATM"bergerak.
Hari berlalu,mereka bertiga sibuk dengan pasangan masing-masing hingga Bella merasakan dia tersisih dan inda diperlukan. Dulu mereka sentiasa keluar makan berempat namun kini dia makan sendirian. Bella merasakan seolah-olah semuanya sudah berubah. Tiada lagi BFF dalam hidupnya. Bella mula berubah. Pelahan-lahan dia menjarakkan diri dari mereka bertiga. Maka terciptalah jurang persahabatan mereka tanpa mereka sedari. Jurang yang memisahkan jambatan persahabatan yang dibina bertahun-tahun dulu. Jurang yang menjarakkan mereka.
Days pass by..tali persahabatan itu semakin rapuh.Bunga-bunga persahabatan dulu yang mekar kini mulai gugur layu di tanah. Salah siapa? Bila semuanya terjadi kita akan sering mencari kesalahan masing-masing tanpa kita sedari kita juga bersalah sebenarnya. Kita mula menyoal dan membangkitkan pelbagai persoalan. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Jawapannya hanya ada pada kita.
"And that was the moment. The moment I recognized, we aren't friends anymore. We are just two people who talk sometimes. Nothing more and nothing less."-quotes.