48

5.3K 272 25
                                    

Charles-de-Gaulle Airport's Paris, Francis

Aku keluar dari balai ketibaan. Sibuk aku berjalan ingin mencari housemate aku, ada seorang lelaki telah menghalang laluan aku sehingga membuatkan aku terduduk jatuh.

"Aduh." Aduku perlahan. Tak guna punya orang, tak ada mata apa? Dia menghulurkan tangan kepada aku dan aku sambut huluran itu tanpa mengangkat muka.

"I'm so sorry Miss." Ucapnya lembut. Aku kenal suara ini. Pantas aku mengangkat muka memandangnya. Alangkah terkejutnya dia ialah Nazrul.

"Nazrul?"

"Azreen?"

Tanya kami serentak. Aku tersenyum ke arahnya. Dia membalas senyuman aku sambil menggosok ke belakang kepala.

"Buat apa kat sini?" Tanya Nazrul lembut. Dia memandang sekeliling.

"Sambung belajar. Awak?"

"Samalah. Saya dapat tawaran belajar kat University EBS." Balasnya.

"Tak tahulah jodoh ke apa, kita sama U." Aku tersenyum lebar. Nasib baik ada kawan kalau tak habislah aku kena speaking 24jam kat sini.

"Awak cari siapa?" Tanya Nazrul pelik apabila aku sibuk memanjangkan leher untuk mencari seseorang.

"Housemate saya."

3 minit kemudian,

"Puteri Azreen Mikail?" Tanya satu suara dari arah belakang. Aku terus menoleh ke arahnya kerana dia baru sahaja sebut nama penuh aku. Perempuan tapi siapa?

"Ya?"

"Aku Nadra. Housemate kau yang cantik lagi bergaya and ini siapa? Your husband?"

"Eh no! Dia kawan baik aku." Kataku sedikit gugup.

"Putera Nazrul." Kata Nazrul sambil tersenyum ke arah Nadra.

Ouh, nama penuh dia Putera Nazrul. Aku ingatkan Nazrul je. Eh, jap. Macam pernah dengar.

"Bila boleh gerak?" Tanya Nadra apabila semua mendiamkan diri. Aku terus membalas, "Jom."

"share location kat saya tau. Petang nanti boleh jalan-jalan." Kata Nazrul sambil tersenyum. Dia berlalu pergi dengan beg roda di tangan.

"Amboi, ada apa-apa ke?" Tanya Nadra mengusik. Aku pandang dia dengan wajah selamba.

"Mana ada."

"Jomlah balik. Penat aku tunggu kau." Bebel Nadra sendirian.

"Siapa suruh kau tunggu." Jawabku berloyar buruk. Malas nak layan sebenarnya. 

"Aku memang tak nak tunggu tapi ni arahan daripada your dad. Aku kenalah patuh."

"Yelah."

***

Daniel POV

"Hello sayang. You tengah buat apa tu?" Tanya seorang perempuan di dalam talian. Siapa lagi kalau bukan si Dina tu.

"Kau boleh tak jangan kacau aku? Aku busy." Aku tutup panggilan selepas itu. Kemudian, aku baling telefon pintar itu ke arah lantai. Kerja gila kan? Memang pun.

Aku pergi ke arah almari baju, jaket kulit berwarna hitam aku ambil dan pakai. Aku turun ke bawah untuk keluar. Kunci kereta BMW aku ambil dan terus memecut laju.

Taman Rekreasi

Aku keluar dari kereta dan berjalan-jalan di kawasan sekitar taman ini. Aku rindu taman ni. Aku pergi ke arah meja yang pernah aku duduk bersama Azreen. Di mana, masa tu aku bagi dia novel.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now