49

4.8K 268 15
                                    

6 Tahun Kemudian,

Hello Malaysia!

Lama aku tak jejak kaki di Malaysia. 6 Tahun sudah pun berlalu, banyak pekara manis yang berlaku semasa berada di sana dengan kawan terchenta iaitu Nazrul. Kawan eh bukan boyfriend. Baca betul-betul, nanti aku sepak.

"Siapa yang ambil awak nanti?" Tanya Nazrul sambil menghirup air coffee latte miliknya. Kami sekarang berada di Starbucks Cafe.

"Ayyan tak hensem tu." Jawabku malas. Aku makan sikit demi sedikit kek coklat yang aku pesan tadi.

"Mesti dia lebih hodoh." bisik hatiku. Ayyan yang dalam perjalanan pun tersedak dek kerana adiknya yang cantik ini memujinya, hoho. Sekian.

"Ouh." Balasnya ringkas.

Ooh look what you made me do,
Look what you made me do,
Look what you just made me do,
Look what you just made me,

Aku angkat panggilan tersebut, ianya panggilan daripada Ayyan si muka tak hensem tu. Mungkin dia dah sampai kat sini. Maka aku akan buli dia dengan menyuruh dia cari aku sendiri.

"Kau kat mana pendek?" Tanya Ayyan menahan geram. Dia panggil aku pendek? Tunggu dia aku bagi makan kasut saiz 7 aku. Tak sangkakan dah 6 tahun tapi saiz kaki aku hanya membesar beberapa inci sahaja, HAHAHA.

"Aku ada kat Starbucks hodoh." Balasku selamba. Nazrul hanya mendiamkan diri tanda menghormati aku.

"Ala, malaslah aku, kaulah datang sini. Dah 10 minit aku tunggu." Bebel Ayyan lagi.

"Like I care?" Aku terus matikan panggilan. Mungkin dia sedang sumpah seranah aku kat sana.

"Tak baik buat perangai macam tu." Tegur Nazrul lembut. Aku sekadar mengeluh perlahan. Kek yang dibeli aku suap ke dalam mulut lagi.

"Iyelah."

Seorang manusia telah duduk di sebelah aku tanpa adab. Aku mengulingkan bebola mata apabila dapat tahu gelaran yang duduk sebelah aku.

"Aku rindu kau pendek." Ayyan peluk aku tanpa menghiraukan orang lain yang berada di Kafe. Sumpah aku cakap dia ni hensem. Kalau dia bukan abang aku, dah lama aku jadikan calon suami.

"Aku pun rindu kau hodoh. Dah lepaslah, orang tengok tahu tak." Kataku rimas.

"Tadi aku dengar orang tu malas." Aku bersuara. Dia tersengih sambil menggosok kepala.

"Your future husband?" Tanya Ayyan terkejut. Aku yang makan kek tercekik manakala Nazrul minum air tersedak.

"Bukan." Kata kami serentak.

"Ouh."

"Aku Putera Nazrul."

"Kenapa perlu sama ada Putera? ee sibuk." Ayyan membalas dengan kasar.

"Apa masalah kau?" Aku menyoal. Sesedap perencah nasi goreng adabi je dia kata macam tu. Kesian Nazrul, ish.

"Ya baiklah. Aku Ayyan."

"Ya aku tahu." Ayyan pandang Nazrul dan aku silih berganti. Dia siap buat muka pening sambil menunding jari.

"Korang ni ada sesomething ke?"

"Berapa kali aku kena bagitahu? Aku cakap tak ada kan!" Aku tampar mukanya kuat. Biar dia terbangun dari alam mimpi dia tu.

"Hakalamak, tanya je." Dia pegang pipi yang sakit sambil berhuhuhu.

"Eh kau ni budak yang aku pernah jumpa kat rumah Tokma Danielkan?" Tanya Ayyan inginkan kepastian.

Aku terkesima kerana mendengar nama Daniel. Agak-agak bagaimana dia sekarang? Dah kahwin ke belum dengan pujaan hati dia tu. Lagi satu aku tabik gila dekat Ayyan sebab benda 6 tahun lepas dia masih ingat.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now