Aku turun dari bilik apabila jam sudah menganjak ke angka 9 kerana jamuan santapan akan bermula. Semasa solat isyak dan ucapan kesyukuran di masjid aku tidak pergi kerana cuti. Jadi semua perempuan yang cuti akan tunggu di rumah ini tapi aku hanya benarkan Qisha dan Arisha sahaja berada di bilik aku yang lain duduk di ruang tamu.
Aku duduk di halaman belakang. Di sini, kawan Daddy sedang membakar daging lembu dan kambing. Halaman belakang lebih ramai orang berbanding dalam rumah.
"Kambing bakar?" Seorang lelaki hulur sepinggan kambing bakar ke arahku dan duduk di sebelah aku.
"Saya tak makan kambing." Kata aku sambil tersenyum.
Eh, susu kambing minum pula - author
Suka hatilah - azreen
"Tak nak cuba makan ke?" Tanyanya sambil menunjuk kepingan daging yang sudah dibakar di hadapan aku. Aku menelan air liur. Nampak sedap walaupun warna dia agak hangus. Aku yakin itu Ayyan yang bakar.
"Tak apa." Aku meninggikan ego. Ceh, padahal dah menjerit nak rasa dalam hati ni.
"Cubalah sikit. Sedaplah." Nazrul mencuba sekali lagi. Aku pandang dia sambil menyilang tangan.
"Okay, sikit je." Aku ambil sepotong daging kambing yang paling kecil di pinggan itu. Aku masukkan daging itu kedalam mulut dan mengunyahnya.
Not bad.
"Sedap tak?" Tanya Nazrul sambil menyuakan daging kambing ke mulutnya.
"Not bad." Jawabku dua patah. Kalau aku tulis sepatah, orang komen 'dua' pula nanti.
"Awak tunggu sini kejap, saya nak ambil air." Nazrul terus pergi dari situ. Aku dapat tangkap yang ramai anak dara sedang jeling aku dan pandang Nazrul. Hadumak! Tahulah Nazrul abang Instafamous korang kat Instagram tapi dia abang Instafamous saya kat hati. Huhu!
"Duduk sorang je ke?" Qisha duduk sebelah kanan aku dengan sepinggan mihun goreng. Memang semua orang yang duduk sebelah aku wajib bawa makanan eh?
"Tak adalah. Aku tunggu Nazrul, dia ambil air." Jawabku. Aku ambil sosej yang berada di pinggan Qisha selamba dan makan.
"Woi, Aku punya!" Qisha marah aku selepas itu tapi ada aku kesah? Huhu.
"Ala kau ni, macam tak kenal je tuan rumah ni." Kataku selamba. Lama pula Nazrul ambil air ni.
"Yelah. Untuk tuan rumah ni nak ambil sepuluh ke seratus sosej saya, saya tak peduli." Sindir Qisha dengan julingan mata. Aku ketawa kecil mendengar katanya. Nazrul tiba selepas itu.
"For you." Nazrul hulur secawan air kepada aku. Aku ambil huluran itu. Dia duduk di sebelah kiri aku.
"Maaf Qisha, saya tak tahu awak akan datang jadi saya tak ambil air minuman lebih." Kata Nazrul. Aku pandang ke arah Qisha.
"Tak apa. Saya boleh ambil sendiri. Bye korang." Qisha terus menghilangkan diri di sebalik orang ramai yang berada di halaman belakang ini. Nasib baik cuaca malam ni baik.
"Terima kasih untuk ini." Aku tunjuk air minuman yang dia bawa tadi dan meminumnya dengan rangkus. Ice lemon tea memang sedap.
"Sama-sama."
Aku keluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar dan membuka aplikasi kamera.
"One two." Aku halakan kamera ke arah Nazrul.
"One two." Nazrul mengulang kembali ayat aku.
4 keping gambar dengan pelbagai gaya aku post di Instagram. Tidak lupa juga untuk tag jejaka hangat si Nazrul yang followers dia 1.1m, kalah Daniel dibuatnya. Hm, termention nama dia pula.
Aku terus simpan kembali telefon itu. Nanti ada istilah, "Bila jumpa, main phone. Baik tak payah jumpa." siapa selalu macam ni? aku sokong 100%.
"Kalau saya jadi bulan, awak nak jadi apa?" Tanya Nazrul sambil memandang ke arahku. Alamak, saya hilang nafas tiba-tiba.
"Saya jadi bintang." Aku membalas sambil tersenyum.
"Kenapa?"
"Sebab, hidup awak tak akan lengkap tanpa saya." jawabku dengan senyuman. Sebenarnya aku pun tak tahu apa kena mengena bulan dengan bintang. Ada sesiapa yang tahu? Boleh share ya.
"Chia chia chia."
Nak tahu bunyi tu datang dari siapa? Ianya datang dari mulut Ayyan. Suka sangat menyibuk dia ni.
"Kalau aku jadi matahari, kau nak jadi apa?" Tanya Ayyan pula kepadaku. Aku memberi pandangan menyampah. Dia tu suka sangat menyibuk hal aku.
"Aku jadi api." Jawabku selamba.
"Kenapa pula?" Tanyanya bengang.
"Biar kau bertambah panas." Aku dan Nazrul ketawa dengan kuatnya. Ayyan memberi jelingan maut kepada kami berdua.
"Kenapa datang sini?" Tanya Nazrul sambil mengjongket sebelah kening.
"Tak boleh ke? Aku abang dia, kau kena ingat Azrul." Kata Ayyan sinis. Aku menggulingkan bebola mata. Menyampah betul.
"Yelah." Nazrul mengalah.
"Tak adalah. Aku datang sini sebab nak cakap dengan budak pendek ni yang Instafamousboy nak lepak dengan dia. Katanya semua rindu."
"Ouh, sruh diorang datang sinilah. Malas aku nak jalan pergi kat diorang." Jawabku dengan jujur.
"Guys!" Jerit Ayyan separuh kuat. Dengan itu Aliff, Hazmi dan Daniel datang ke arah aku, Nazrul dan Ayyan. Ouh, si Daniel tu masih bersama dengan mereka. Ingatkan dia tak boleh jadi instafamousboy dah sebab dah ada isteri.
"Hei Pretty." Tegur Hazmi sambil duduk di sebelah aku. Aku hanya membiarkan dia. Muka Nazrul berubah serta-merta. Sukalah lelaki cemburu ni, nampak comel. Aliff dan Daniel pula duduk di hadapan aku dan Ayyan.
Mesti mata-mata yang melihat aku dengan diorang ni ingat aku playgirl. Pergi jahanam dengan hidup dioranglah.
"Apa kata korang tambah lagi 1 ahli dalam Instafamousboy." Cadangku dengan gembira. Mereka berempat kecuali Nazrul mengerutkan dahi.
"Kau nak aku tambah siapa?" Tanya Ayyan bengang. Aku tersenyum.
"Putera Nazrul. Lagi pun, dia punya followers lebih banyak daripada korang semua." Kataku sebelum ketawa dengan kuatnya.
"Mentang-mentang boyfriend dia." Ayyan bersuara. Aku pukul belakang badan dia akibat malu. Muka aku dah merah habis.
"Tak nak aku tambah Nazrul." Bantah Hazmi tiba-tiba.
"Kenapa pula?" Aku jadi tak puas hati pula dengan si Hazmi ni. Aku syak dia jealous dengan followers Nazrul sebabtu dia tak bagi.
"Nanti dia rembat fans aku. Cukuplah dia rembat cinta hati aku." Kata Hazmi dengan lawak hambarnya. Macam tadi, semua orang ketawa termasuk aku walaupun tak ada benda yang lawak.
"Siapa pula cinta hati kau Mi?" Kini Aliff pula bersuara. Kesian dia, dari tadi duduk baru sekarang boleh bercakap. Daniel lagi kesian, tak bercakap langsung.
"Puteri Azreen la." Jawabnya selamba. Lagi sekali muka aku merah sebab malu.
"Korang ni kan!" Kataku menahan malu. Aku terus masuk ke dalam rumah. Mereka semua terus pergi ke haluan masing-masing. Hazmi macam biasa try hard goda gadis-gadis melayu terakhir.
Di luar pekarangan rumah, seorang lelaki memakai seluar dan baju hitam serta topeng muka berwarna hitam memerhati gerak geri seseorang. Dia tersenyum sinis sebelum membuka langkah untuk pergi.
"Kalau aku tak dapat dia, tiada sesiapa boleh dapat dia." Katanya perlahan.
***
TBC
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...