"Daniel?"
"Ya." Jawabnya perlahan.
"Eh, lepaslah! Aku isteri orang." Bentak ku sambil cuba melepaskan genggaman tangan Daniel.
"Maaf." Dia melepaskan tangan aku dan menjarakkan dirinya beberapa inci kebelakang.
"Kau nak apa?" Aku beranikan diri untuk bertanya soalan kepadanya. Dengan tempat tersembunyi yang aku tengah berdiri dengan dia ni boleh buat jantung aku nak gugur. Dahlah sunyi, lepastu tak ada orang selain dia dan aku.
"Aku sayang kau Azreen. Kenapa kau buat aku macam ni" Tanya Daniel menahan sebak. Air matanya mula mengalir sedikit demi sedikit.
"Kalau kau sayang aku, kenapa kau tinggalkan aku dulu? Kau maki aku. Kau hina aku. Hati aku hancur masa tu, kau apa tahu. Sekarang baru kau nak minta kasih balik dari aku." Kataku lembut. Aku tak sanggup nak berkasar dengan dia.
"Kalau kau sayang aku. Jom kahwin dengan aku." Ajaknya selamba.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Aku isteri orang Daniel dan tak mungkin akan jadi isteri kau." Kataku sedikit kasar. Kita cakap baik-baik, dia makin pijak kepala pula.
"Aku sanggup tunggu kau." Katanya lagi.
"Cukup Daniel. Kau dengan aku tak akan bersama. Tolonglah terima hakikat yang aku milik Nazrul. Hanya dia seorang, tiada orang lain. Tolonglah jangan buat aku macam ni. Kau carilah perempuan yang lebih baik daripada aku, aku tak sempurna untuk kau." Pesanku panjang lebar. Tetapi dia masih lagi tidak mahu melepaskan aku pergi.
"Sebab aku sayang kau. Aku buat macam ni." Balasnya perlahan.
"Kalau kau sayang aku, tolong jangan kacau aku lagi." Mintaku sebaik boleh. Ya Allah Ya Tuhanku, kau bukalah pintu hati Daniel untuk terima semua hakikat ini.
"Baik. Aku doakan kau bahagia dengan Nazrul." Katanya sebelum meninggalkan aku. Kemudian, tangan aku ditarik oleh seseorang lagi dari arah belakang.
"Apa lagi Daniel?!" Bentak ku kuat. Aku tarik tangan aku dengan sekuat hati.
"Hi sayang!"
Suara tu.
"Ya Allah, selamatkan aku." Bisik hati ku.
***
Nazrul POV
Aku sudah cari satu kawasan dewan tetapi masih tidak jumpa Azreen. Aku terus gerak ke arah Instafamousboy yang berada di tengah-tengah dewan.
"Ada nampak Azreen tak?" Tanyaku sambil memandang ke arah mereka bertiga. Tiga! Ayyan, Aliff dan Hazmi.
"Tak. Last aku nampak dia masa makan tadi." Balas Ayyan. Mulutnya penuh dengan kek coklat.
"Samalah." Tambah Aliff dan Hazmi pula. Aku mengerutkan dahi. Mana pula bini aku pergi ni.
"Daniel mana?" Tanya Aliff tiba-tiba. Ialah, dari tadi tak nampak batang hidung. Tak kan dah balik kut.
"Dia cakap dia nak pergi tandas tadi." Balas Hazmi mendatar.
"Okaylah. Aku nak sambung cari isteri kesayangan aku." Aku terus keluar dari dewan. Aku ternampak Daniel yang berjalan ke arah dewan, terus aku menanyanya.
"Kau ada nampak Azreen tak?" Tanyaku polos. Wajahnya yang muram aku pandang lama.
"Tak." Jawabnya sepatah. Aku yang curiga dengan dia terus berjalan di koridor itu. Mataku tertancap pada Azreen yang bersama seorang lelaki.
"Hi sayang!" Tegur lelaki itu. Habis berdesing telinga aku dengar tapi aku buat tak tahu dan duduk diam dahulu. Mari kita tengok ni kes tak dapat Azreen atau ada hubungan sulit.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...