Aku membuka mata dan hanya melihat kegelapan. Aku mendengar suara orang-orang bercakap dengan perlahan di sekelilingku. Mereka bukannya bercakap tapi lebih kepada berbisik. Satu kaki menyepak aku. Tanganku nampaknya seperti diikat dan aku baharu sahaja ingin mengatakan sesuatu namun aku tidak boleh membuka mulut. Aku berusaha untuk bersuara.
"Sekarang semua orang dah bangun," Ujar Encik Harmon. "Bagus sekali."
Beg yang menutupi mukaku kini diangkat dari kepalaku dan aku melihat Encik Harmon berdiri di hadapanku dengan satu senyuman lebar di wajahnya. Kami berada di ruang utama rumah agam ini. Apabila aku mengalihkan pandanganku darinya, aku melihat mereka. Satu, lima, lapan, sepuluh, lima belas, enam belas.
Enam belas orang duduk membulat di sekitarku termasuk Jasper, Tate, Caroline dan Violet yang marah. Tiga kanak-kanak yang memakai topeng duduk bersama dengan tangan mereka diikat. Aku juga melihat Caleb. Ada juga perempuan yang merangkak di dinding masa aku dan Jasper cuba keluar dari rumah yang lama Encik Harmon. Kemudian ada ibu bapa aku namun mereka kelihatan berbeza. Ada peluru di dahi ayah, begitu juga ibuku. Wajah mereka pucat dengan urat biru timbul dari bawah kulit mereka. Seterusnya ada lelaki tua dari rumah lama Encik Harmon juga ada perempuan yang badannya herot-berot yang mengejarku sewaktu di taman bunga malam itu. Ada lagi dua orang budak, satu perempuan dan satu lelaki. Mereka muda. Lebih lama aku tenung budak perempuan itu, aku jadi makin kenal dia. Dialah budak perempuan yang muncul dalam mimpi aku. Tapi aku tak kenal budak lelaki yang satu ini. Kedua mata dia tiada. Tinggal dua lubang hitam.
Aku rasa itu bukanlah bahagian yang paling teruk. Bahagian yang paling teruk ialah sekarang aku tahu kenapa bibir aku tidak bergerak. Bibir semua orang sudah dijahit. Aku dikelilingi musuh, orang yang dah mati, hantu dan seorang psiko. Ada satu sahaja persamaan yang kami semua ada sekarang, kecuali Encik Harmon, kami tidak dapat bercakap.
Encik Harmon berdiri di hadapan kami. Dia berdehem. "Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada anda semua." Dia mula menepuk tangan. "Saya akan jadi lebih berkuasa dari sekarang ni."
"Kita akan main permainan kegemaran saya!" Ucapnya dan tertawa, kepalanya terlontar ke belakang. Dia memang gila dan aku tidak tahu apa yang nak buat sekarang.
Beberapa suara erangan makin kuat. Encik Harmon menjerit menyuruh mereka senyap namun erangan itu jadi makin kuat dari sebelumnya. Dia mengangkat sebuah buku. Sebuah buku dengan corak yang pelik di atasnya. Semua orang berhenti mengerang.
"Siapa nak keluar dari sini hidup-hidup?" Soalnya.
Erangan mereka bermula sekali lagi dan Encik Harmon mengangguk seraya tersenyum. "Hari ni, salah seorang dari awak semua akan keluar hidup-hidup dan yang lain akan dikorbankan secara tak rela pada buku lama ni. Saya yakin semua orang mesti nak tahu apa yang nak kena buat untuk menang. Awak semua kena menang main sorok-sorok yang kita akan main kejap lagi. Bunyi macam seronok kan?" Ujarnya. "Tak pun. Ia sangat merbahaya dan akan ada yang mati malam ni. Sekarang ni, kita akan main ikut peraturan saya. Semuanya ada enam belas orang dan hari ni cuma ada seorang saja yang boleh selamat."
Puan Harmon muncul sambil membawa sebuah kotak. Dia menuangnya lalu pisau, kapak, alat pertukangan dan peralatan dapur terjatuh keluar. Aku mula berasa sangat takut.
"Dalam permainan ni, setiap seorang dari awak semua, ya, hidup dan akan dilepaskan ikatannya dan diberikan senjata. Kemudian awak semua akan diberikan satu kad." Encik Harmon menunjuk jarinya ke atas. "Kalau kad awak tulis pembunuh, maknanya awaklah yang akan jadi. Jangan bagitahu yang awak pembunuhnya: itu menipu namanya."
Puan Harmon berjalan ke sebelah suaminya. Encik Harmon meletakkan tangan di bahu isterinya. "Isteri saya sendiri yang jahit mulut anda semua dan anda hanya dibenarkan untuk sebut tiga benda ni saja: Matilah kau, dan saya jumpa mayat." Kemudian dia menunjuk pada Violet. "Cuba cakap."
Violet kelihatan teragak-agak. "Saya jumpa mayat." Katanya dengan suara yang lembut.
Encik Harmon menyambung, "Siapa yang dapat kad pembunuh akan cari yang lain. Lampu akan dimatikan. Bila anda jumpa je seseorang, bisik je dekat telinga dia, matilah kau lepastu bunuh dia. Anda boleh biar je mayat tu dekat situ atau boleh juga sorok dia. Kalau ada orang yang jumpa mayat tu, jerit saya jumpa mayat! Lepastu, lampu akan hidup semula dan kita semua akan berkumpul balik dekat sini. Kita teka siapa pembunuhnya lepastu permainan bersambung sampailah tinggal seorang saja pembunuh."
Puan Harmon mula membuka ikatan tangan kami. Bila dia sampai dekat aku, aku rasa tangannya meraba pinggang dan kakiku seolah-olah dia mencari sesuatu. Bila dia dah selesai dengan aku, dia tenung aku lama. Encik Harmon perasan akan keadaan kami dan berdehem, mengisyaratkan agar Puan Harmon habiskan kerja membuka ikatan yang lain.
Sebaik sahaja Puan Harmon selesai, Encik Harmon mengedarkan senjata kepada kami. Aku dapat kapak. Caleb dapat pemutar skru. Tate dengan Jasper dapat pisau. Caroline dapat gerudi elektrik. Aku memandang mereka dengan rasa takut. Mereka merenung kembali dan menggelengkan kepala. Jasper asyik memandang pintu hadapan. Kami boleh larikan diri namun pintu itu sudah hilang. Kami tiada harapan untuk keluar.
"Satu lagi," Ucap Encik Harmon, "kalau awak tipu awak akan dibunuh. Kalau awak jadi pembunuh tapi awak tak bunuh orang yang awak jumpa dalam masa lapan saat, awak mati dan lampu akan dihidupkan semula. Kalau awak tak nak main pun awak akan mati. Kalau awak jerit awak ada jumpa mayat tapi tak ada apa dekat sana, awak mati." Dia bercekak pinggang. "Tak ada jalan keluar. Tak ada pintu. Satu-satunya jalan keluar adalah dengan menang permainan ni."
Encik Harmon mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Kad-kad. Semua orang dapat satu. Kad aku kosong. Aku bukan pembunuhnya, syukurlah. Bila aku tengok yang lain, aku tersedar yang salah seorang dari mereka adalah pembunuhnya. Boleh jadi siapa sahaja. Masing-masing merenung sesama sendiri, hati-hati dipenuhi rasa benci dan tiada belas kasihan. Kecuali Tate, Carolinem Jasper dan aku: tiada kekesalan hari ini.
Aku terasa pandangan-pandangan marah dari mereka yang dah mati jatuh padaku. Hari ini semuanya fasal ketahanan diri untuk hidup. Aku terpaksa cakap yang tidak ada sesiapa yang boleh dipercayai.
Encik Harmon tersenyum buat kali yang terakhir sebelum menghilangkan diri. Dia menghilang betul-betul di hadapan mata kami. Lampu masih menyala jadi permainan masih belum dimulakan. Aku terasa jantungku berdegup pantas. Aku tidak sedia untuk semua ini.
"Lampu mati!" Satu suara bergema di udara. Kata-kata dia membuat perut aku kecut. "Mari mulakan permainan ni!"
A/N: Jika ada kesalahan atau typo, teguran amatlah dialu-alukan ^^
YOU ARE READING
Hide and Seek | Bahasa Melayu Translation
HorrorMacam mana malam anda bermula dari bermain sorok-sorok bersama rakan baik anda bertukar kepada ibu bapa anda dibunuh pada malam yang sama? Selain itu, anda dihantar untuk tinggal bersama kawan baik ibu dan ayah anda, Puan dan Encik Harmon. Walaupun...