Kringg..kringg..
Jari-jemari halus milik Kasih mencapai jam loceng dari telefonnya dan bingkas bangun dari katil. Kasih berjalan ke luar balkoni. Dia melepaskan keluhan yang berat.
Setelah lama di luar balkoni dia terus ke kamar mandi. Amanda masuk ke kamarnya.
"Kasih, cepatlah! Nanti jalan jem." Amanda memandang jam tangannya
"Ye kejap, one minutes!" Dia mengemas buku dan memasukan di dalam beg galasnya.
"Let's go!" Kasih menarik tangan Amanda.
Sampai sahaja di kampus mereka berjalan beriringan. Amanda mengambil course bussines manakala dia mengambil fashion designer. Sewaktu dalam perjalanan pergi ke kelas sempat lagi dia bermain handphone.
Tersengih-sengih Kasih apabila membaca mesej daripada Firdaus. Jujur dia kata, tidak pernah mana-mana lelaki melayannya macam ini sekali.
"Kasih!" jerit seseorang
Kasih segera berpaling kepada pemilik suara itu.
"Eh, Syafiq! Kenapa ni?" Kasih menggaru kepalanya yang tidak gatal
"Saje je! Kau nak gi kelas ke?"
"Ha'ah! Kenapa?"
"Bagi kat Amanda boleh!" Kotak berisi cupcake di serahkan kepada Kasih.
"Amanda je?" Sindir Kasih
Syafiq hanya tersenyum dan meminta diri untuk pergi ke kelas. Kasih hanya menggelengkan kepala.
****
"Aduh!" Ashraf mundar- mandir di hadapan Amin."Kau ni dah kenapa? Macam kucing nak terberanak je aku tengok." Amin ketawa terbahak-bahak.
"Ehh, kau bila nak balik?" Ashraf melabuhkan punggung di atas sofa
"Nanti lah, lagipun malam ni aku ada dinner dengan anak kawan mama aku!" Amin mengeluh
"Mana aku nak cari Girlfriend dalam masa 3 hari lagi!" Ashraf meraup wajahnya
"Alah apa susah! Kau upah orang jadi Girlfriend kau!" Amin tersenyum sinis
"Memang taklah aku nak ikut idea drama kau tu!" Dia menolak Amin
Amin menjeling tajam ke arah Ashraf. Ashraf segera bangun dan mengambil kunci kereta.
"Aihh, merajuk ke?" Omel Amin seorang diri.
Shopping mall merupakan tempat untuk Ashraf menghilangkan stress. Jangan ingat perempuan je suka shopping. Sudah berpuluh kali dia tawaf satu shopping mall untuk mencari calon yang sesuai untuk dijadikan Girlfriend upahan.
Namun tiada satu pun yang sesuai di matanya. Ada jenis yang betina jalang, sudah berusia,pisau cukur. Pening kepalanya. Dia berhenti sebentar di Baskin Robbins. Aiskrim chocolate di tangannya di habiskan dengan selera.
Selesai sahaja makan aiskrim dia melihat jam di tangan. Dia segera pergi ke foodtruck yang famous di KL. Dia lebih sukakan makan makanan di tepi jalan berbanding makanan five star. Sedang dia menikmati pasta miliknya, matanya tertancap pada seorang perempuan yang sedang memesan makanan.
Baru sahaja dia hendak menghampiri perempuan itu, kelibat seorang lelaki bermesraan dengan dia.
"Aduh, dah ada boyfriend pulak!" Ashraf berkata dengan perlahan
Selesai makan dia berjalan ke kereta untuk pulang ke rumah.
"Tolongg! Tolongg!"
Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam perut kereta, dia terdengar jeritan seorang perempuan. Dia bergegas ke arah pemilik suara itu.
Dia memasuki lorong yang gelap, dia melihat perempuan yang dia jumpa di foodtruck tadi. Lelaki yang dia sangkakan boyfriend kepada perempuan itu mencuba memperkosa perempuan itu. Satu tumbukan padu hinggap di muka lelaki itu.
Perempuan itu berlari ke arah dia, lelaki yang terkena tumbukannya segera meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
Love You Encik Tengku
RomanceKasih seorang gadis berasal dari kampung, dia berhijrah ke kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajarannya, tetapi satu kejadian yang dia tidak boleh terima dimana dia hendaklah khawin dengan Tengku Ashraf Daniel kerana satu kejadian yang menimpa diriny...