Promotei) Terasa Ada - affraes
ii) Hello My Crush - Na_Nor°•°•°•°•°
Aish Fahri mengangkat panggilan yang sudah dua kali diterima masuk oleh nombor yang sama. Nampaknya kali ini terpaksa panggilan itu dijawab kemungkinan besar adalah hal penting. Naura sekadar mengangkat kening menanti isyarat daripada Aish Fahri.
"Sorry." ujar Aish Fahri sambil meminta dari dalam bahasa isyaratnya untuk keluar dari butik.
Puan Adila sekadar mengangguk. Memahami pekerjaan pejabat yang tidak lekang dek telefon meskipun pada waktu sengang sebegini. Ada sahaja ulat daun yang mahu mengacau ketenteraman!
"Macam mana?" soal Puan Adila.
Naura Safiyah hanya mampu tersenyum menerima sampul surat berwarna putih. Melalui laman sosial tidak pula terpilih , melalui cara lama menggunakan surat terselit rezeki atas namanya.
"Alhamdulillah, suka sangat!" Naura Safiyah tidak mampu menyembunyikan senyuman gembiranya.
Itu adalah impiannya semenjak kecil tiada yang lain ingin digapai dan dicapai melainkan dengan menubuhkan butik sendiri berserta nama agungnya, Naura.
Puan Adila mengangguk kepala.
"Tarikh interview ada dalam tu jangan lupa. Kalau kerja bawah orang tolong tepati masa. Orang yang menepati masa ada kelebihannya tersendiri , mudah dipercayai. Bukan macam setengah orang tahu makan gaji suka hati datang kerja ikut masa dia langsung tak ada etika. Macam mana negara nak maju kalau tenaga kerja sendiri tak berkaliber."Naura sudah sedia menadah telinga.
Hal kerja , ibu adalah orang yang paling tegas. Katanya, tanpa ketegasan dalam pekerjaan tiadalah kejayaan yang akan mendatang. Kerana dengan ketegasan sebagai seorang pemimpin dapat mendidik pekerja lain untuk berdedikasi dalam membangunkan perniagaan bersama-sama.Puan Adila bangkit dari kerusinya dan mula memeriksa beberapa pakai gaun yang baru siap dijahit.
"Tak tahu apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Kalau tak diketuk kerja tak jalan dah macam pahat dengan penukul. Kata sahaja melahirkan waja berfikiran jauh berwawasan tinggi suruh buat kerja mudah itu pun kena beri prosedur apa yang perlu dilakukan. Penat." Puan Adila menggeleng kepala.
Naura Safiyah hanya beriak seperti patung cendana. Tidak tahu mahu masuk celah yang mana satu. Silap masuk padah jadinya.
"Bukan cuti ke?"
Aish Fahri menghembus nafas berat melalui rahangnya. Matanya melirik Naura yang berada di dalam butik. Rasa bersalah kini memuncak tinggi.
"Kenapa aku?"
Bebelan di hujung talian sudah tidak memberi kesan terhadap dirinya. Tanpa membalas talian itu terus sahaja dimatikan. Daun pintu lut sinar itu ditolak dan menghampiri Naura serta-merta.
Naura melihat perubahan riak wajah Aish Fahri. Bingung juga dia melihat wajah kelat Aish Fahri yang terkadang dilihat.
"Awak kenapa?" soal Naura.
Aish Fahri memandang mata Naura dengan pandangan bersalah. Niatnya, hanya dirumah sahaja dia ceritakan hal yang terjadi. Tidak perlu hebahkan satu dunia konflik yang terjadi dalam rumah tangga. Biar bahagia mahupun derita itu disimpan sendiri sebagai kenangan dan pengajaran.
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Novela JuvenilAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...