"Armel , aliff ! Turun makan. Semua dah ada ni. Buat apa lagi kata atas tu. " laung ummi dari tingkat bawah.
Senua ahli keluarga yang lain sudah duduk di meja makan dan mereka hanya menunggu armel dan aliff. Makanan yang disediakan agak istimewa pada hari ini. Mesti ada apa-apa ni harini.
Armel menyarung tudung untuk turun ke bawah selepas maid datang untuk menjaga zhafran yang sedang lena tidur.
"Sayang , tunggu sekejap. Nak dengar ummi bebel ke ? Pegang tangan abang ni. Atau nak abang dukung. " tangan armel digenggam dan dikucup mesra.
"Abang jangan melebih ya. Peperangan kita masih berlanjutan eh. " lengan aliff dipeluk sambil jari jemari mereka bertautan.
"Tengoklah macam mana. Kalau ada chance abang ambil heheh " balas aliff nakal dengan kenyitan mata.
"Gatalkan. " satu cubitan hinggap pada perut aliff.
"Aduhh hahahhaha. Janganlah marah sayang " sekali lagi aliff geli hati dengan armel. Comel gila bila marah. Dengan bibir merah yang muncung. Kening bertaut. Complete lah sayang !
"Aiii yang kat atas tu dah kenyang penangan cinta ke. Macam pengantin baru kak long tengok. Pergi honeymoon sekali lagi la. Zhafran pun dah besar tu. Boleh tambah adik. Masa muda ni la mengandung dapat anak banyak-banyak. Macam kak long , dah masuk 42 ni dah stop. Kan abang kan ? " usik kak long. Betul jugakkan masa muda lah nak beranaknya pun. Dah tua nanti monopos mana boleh beranak.
"Betul cakap kak long kau tu armel. Aliff ni kuat lagi ye idok aliff ? Ke kamu berdua merancang. Aliff boleh kan ? Ummi nak cucu lagi ? " balas abang long suami kepada kak long. Mereka mempunyai tiga orang putera dan tiga orang puteri. Cukuplah untuk mewarisi syarikat beg berjenama mereka.
"Ummi nak jugak cucu perempuan dari armel. Mesti comelkan. Armel masih muda lagi. Usahakan ya ? Aliff okay ? "
Soal ummi. Kalau ummi dah bersuara alamaknya wajib lah tu."Aliff sentiasa on je. Tenaga aliff ni lebih dari cukup kak long , abang long. Aliff pun nak anak ramai , kalau boleh nak satu team bola tu. Baru meriah kan ? Kalau raya , baru best sambut ramai-ramai. Ada anak ramai-ramai rezeki kita makin luas kan kak long ? Tapi kita kena tanya tuan punya badan. Sayang macam mana ? " hehehe masa ni lah nak ambil peluang untuk memujuk. Oh yeah pergi honeymoon. Dah lama tak sweet dengan armel ni.
"Em armel macam mana ? " soal ummi tegas apabila melihat puterinya hanya termenung. Dia ni dari tadi berangan tak dengar orang cakap atau macam mana.
"Haa armel ? Emm nantilah armel fikirkan. Hehe. Eh , jomlah makan. Asyik cakap pasal kami je. Lauk tu dah sejuk dah. Jom jom " ujar armel menarik bangku lalu mencedok nasi ke pinggan semua orang kecuali aliff.
"Armel , suami kamu tu nak makan nasi jugak. Suami disebelah boleh lupa pulak ya. " tegur ummi. Pelik melihat armel tidak melayan suaminya seperti sedia kala. Dulunya bahagia dengan tawa sekarang hanya senyap sahaja.
"Oh takpe ummi. Aliff jaga fitness sekarang ni. Itu yang tak makan nasi. Lauk je makan hehe. " terang aliff. Sebenarnya mana ada jaga fitness. Badan pun dah cukup kering macam sardin. Sebab nak cover bini tersayang yang degil ni , kenalah menipu sunat untuk mengelakkan peperangan makin teruk.
"Fitness apanya aliff. Dah makan makan. Penat ummi masak special ni. Armel , bubuh nasi banyak sikit dekat pinggan suami tu. Lapar dia tu , baru balik kerja. " pesan ummi ringkas , padat dan cukup membuatkan armel geram.
"Ummi tak tahu apa yang dia buat , sebab tu ummi pandang dia baik. " bisik hati kecil armel.
"Terima kasih sayang " ucap aliff diiringi senyuman manis.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Lesung Pipit
Romance"Kauuu !!! " Jerit Tengku Armel Diana. "Ya sayang , balas Aliff rayyan. Armel terkejut apabila aliff kembali muncul di dalam hidupnya . Apakah yang dilakukan oleh Aliff sehinggakan Armel membencinya separuh mati ? Adakah bahagia milik mereka ? #K...