[ Author P. O. V ]
" Hyun Ji.. Bukaklah pintu ni.. Saya nak cakap dengan awak " tak lepas Baekhyun mengetuk pintu bilik air yang Hyun Ji duduk dan merayu supaya dia keluar
" Pergi!! Jangan buat aku terseksa!! Kau dah mati!! Pergii!!!! "
Baekhyun menundukkan kepalanya tanda bersalah. Tiba-tiba satu tangan memegang bahunya. " Baek, kau pergilah balik rumah dulu. Biar hyung cakap dengan dia. "
Baekhyun menggeleng laju. " Tak hyung! Baek takkan berganjak daripada sini selagi Hyun Ji tak keluar dan cakap dengan Baek! "
" Baek, baliklah. Dengar cakap hyung. Apa apa hal, kita bincang di rumah nanti. Tolong ya? "
Baekhyun menghembus nafas berat. Sungguh, dia rindukan insan yang bernama Park Hyun Ji itu. Dan apa yang dia mahu adalah jumpa Hyun Ji. Itu saja.
Doktor Hyunwon ataupun abang Baekhyun membuat isyarat mata supaya Baekhyun balik dan pergi dari sini.
" Baiklah " dengan berat, Baekhyun menuju ke arah pintu keluar dan menghembus nafas berat.
TOKK TOKK TOKK
" Hyun Ji.. Keluarlah.. Baekhyun dah tak ada "
Doktor Hyunwon mendekatkan telinganya ke pintu bilik air untuk mendengar apa apa respond daripada Hyun Ji. Namun, tiada satu respond pun kedengaran daripada mulut Hyun Ji.
" Saya tak tipu awak. Baek dah balik. Cuma ada saya je dekat luar ni. Keluarlah Hyun Ji " kata Doktor Hyunwon sambil mengetuk daun pintu bilik air itu beberapa kali.
Namun masih tiada respond daripada Hyun Ji. Perasaan risau Doktor Hyunwon semakin menebal.
" Park Hyun Ji.. Jangan main main. Saya cakap keluar, keluar cepat. "
" .... "
Doktor Hyunwon pantas merempuh pintu bilik air itu menggunakan lengannya sekuat hati. Pada percubaan pertama, dia gagal. Namun dia tidak berputus asa, perlahan-lahan dia berjalan ke belakang, kemudian berlari lalu merempuh pintu itu. Dan akhirnya dia berjaya. Matanya membulat melihat keadaan Hyun Ji yang tersandar di dinding bilik air dengan keadaan berpeluh.
" Hyun Ji!!! " Doktor Hyunwon segera merangkul tubuh Hyun Ji dan meletakkannya di katil.
Butang hijau yang terlekat di dinding, dia tekan. " Kecemasan kecemasan! Saya perlukan bantuan "
● ● ●
Setelah selesai merawat Hyun Ji, doktor Hyunwon menghembus nafas lega. Nasib baiklah sempat selamatkan dia. Kalau dibiarkan dia dalam bilik air tu, melarat penyakit dia tu.
Doktor Hyunwon membuka topeng putih yang berada di mulutnya dan mengelap peluhnya.
Dia melihat ke arah jam, jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Masih ada 6 jam lagi untuk dia pulang ke rumah.
Sedang dia menuju ke arah biliknya, seseorang menyentuh bahunya " D-doktor? "
Doktor Hyunwon mengalihkan pandangannya ke belakang. Kelihatan Ji Hee dan ahli-ahli Bangtan masing-masing sedang memegang buah tangan.
" Doktor yang uruskan Hyun Ji kan? Bagaimana dengan keadaan dia? " tanya Ji Hee dengan nada yang sopan.
" Keadaan dia mula pulih. Jadi tak perlulah risau "
" Boleh kami lawat dia? "
Pada mulanya, Doktor Hyunwon ingin bercakap tidak. Tapi memikirkan yang mereka betul-betul mahu melawat Hyun Ji, dia mengangguk. " Boleh. Silakan "
YOU ARE READING
Macam Buntat ?! <> KTH <>
Fanfiction" Apsal aku tgk kau ni macam makin hari makin gemok ni ? " " Asalkan lemak tepu aku tak himpit badan kau sudah la . " Cover made by : @Syifvas Start : 16 September 2017 (2000) End : 21 November 2017 (1030)