"---cause you're my day"
Kaki diatur masuk ke kafe yang dijanjikan. Mata meliar melihat setiap sudut kafe tersebut. Hm, orang tak ramai sangat . Memang la tak ramai sebab bukan masa lunch lagi. Apalah kau ni , Safiya. Setelah menjumpai keberadaan kawan-kawannya. Laju kaki berjalan ke arah meja tersebut. Tanpa Safiya sedar, dia hampir-hampir merempuh lelaki yang sedang memegang air kopi yang panas.
Nasib baik sempat tarik brek kecemasan tau. Dada diusap perlahan. Terkejut kita.
Kepala didongak untuk melihat gerangan yang hampir dia langgar.Alamak!
Dia?
"Kau? " soal lelaki tersebut. Terkejut. Minah ni?
"Yes , me . Why?" apa yang aku jawab ni? Dahi ditepuk perlahan. Masa ni la, sel-sel nak berhubung.
"Tak ada mata ke? Nasib baik kau tak langgar tau. Kalau tak, mampu ke kau nak ganti balik baju aku yang kau kotorkan? " ujar lelaki tersebut , sinis.
Cis! Geram betul aku tengok mamat ni! Nak tumbuk-tumbuk je rasa, biar lumat.
"Benda tak jadi lagi, tapi kau dah hina aku pehal? Bagus sangat ke kau Asylif? " balas Safiya dengan nada geram. Eii, suka suki je hina aku depan orang ramai. Ni la orang tua-tua cakap, tak kenal maka tak cinta. Macam mamat ni, belum kenal aku. Tapi dah selekehkan aku.
"Correction , Asyraf okey. Whatever ,lain kali jangan buat jakun sangat masuk kafe. Nanti semua orang kau langgar. " Asyraf berlalu keluar dari kafe tersebut. Moodnya mati melihat Safiya.
What? Jakun? Dia ni reti beza tak jakun dengan excited? Poyo gila jantan tu! Eii suka hati aku lah nak langgar ke nak ape ke, menyusahkan hidup kau ke?!
"Na, kau tak payah ambil kesah la jantan gila tu. Dia meroyan la tu. Harap muka je hensem, akhlak zero! " kata Nadhirah, bahu Safiya ditepuk-tepuk perlahan. Bukan dia tak tahu si Alanna ni, kalau dia mengamuk, dia rela mati weh! Berani betul mamat tu, tempah maut awal.
"Dah ah, korang lepak la. Aku nak balik. Mood aku hilang. " Safiya melangkah keluar kafe. Tenangkan fikiran. Sakit hati beb, depan orang ramai-ramai dia hina aku.
Tasik yang berdekatan dengan kafe tersebut menjadi pilihannya. Harap-harap tak ada makhluk yang nak menambahkan lagi api aku yang sedang membara ni.
Sedang asyik dia termenung, tiba-tiba dihadapan kakinya terkena bola. Bola siapa ni? Mata meliar melihat budak-budak yang bermain dikawasan tersebut. Tak ada pula, budak-budak yang nangis, bola dia hilang .
"Hai akak. " budak lelaki yang seperti berusia dua tahun menegur Safiya.
"Hai. " balas Safiya ceria. Moodnya kembali normal melihat budak tersebut. Comel. Mata biru. Dia mudah cair dengan budak-budak.
"Nak ball. " tangan dihulur untuk meminta bola yang berada ditangan Safiya.
"Before, akak bagi. What your name little kid? "
"My name is Arash. " lancar Arash menjawab.
"Oh, okey. You can enjoy play your ball Arash. " bola tersebut diberi semula kepada Arash. So cute! Mata dia buat aku cair.
"Tenkiu akak comel. " ujar Arash dan terus berlari ke taman permainan.
Akak melt dengan Arash la. Kalau Arash besar, dah lama akak masuk meminang Arash tau.
Arash jangan jadi macam mamat tiga suku tadi. Harap muka hensem, adab, akhlak, zero!
Huh, daripada aku fikir pasal mamat tak cukup bajet tu, baik aku balik rumah, tidur! Ada manfaatnya juga. Safiya dengan bantal busuk berpisah tiada.
**
" AWAL balik Fiya? " sergah Puan Fatimah dari belakang .
"Awatnya kalau Fiya balik awal? " pelik betul mak ni, aku balik lambat dia membebel, aku balik awal, dia tanya. Haih.
"Mak bukan apa. Biasanya kalau Fiya keluar. Azan maghrib baru balik. Bak kata omputih, weird. " perli Puan Fatimah. Beromputih bagai noh.
"Ubah angin mak. Tak apalah. Fiya naik dulu. Nak tidoq sat. " malas nak ambik kesah dengan perlian mak. Dah selalu sangat macam tu. Cuma biasanya abah ada untuk backup aku.
"Eh no no and no way ! " kata Puan Fatimah tegas. Ada ke patut nak tidur masa asar. Boleh jadi gila nanti anak aku.
"Pasaipa pulak yang duk no, no nya? " makin pelik la dengan mak aku. Serba tak kena aku ni. Ingat nak release tension, alih-alin makin tension pulak aku dengan mak ni.
"Tak soh duk mengata mak. Tak baik tau. Mana elok tidur masa asar, berapa kali mak nak tegur ni? Dah besar panjang kan? Mai tolong mak kat dapur ni. Perempuan kena belajar duduk dapur. " bebel Puan Fatimah.
Start dah enjin dia. Better aku lari, nanti cair taik telinga aku.
"Em, Fiya naik dulu. Mandi-mandi, kasi wangi dulu tau. Nanti kalau busuk, mak bebel lagi. Lepasni Fiya turun ya. Sayang mak. " pipi mak dia cium sekilas. Terus kaki mendaki tangga ke bilik tidur.
"Macam-macam la Fiya ni. "
____
Dont forget vote n comment.
____
754wrds√
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...