06

580 36 13
                                    

"SEJUK ke ?" soal Airil yang melabuhkan punggung disebelah Anisa. Jaraknya yang terlalu rapat membuatkan Anisa terpaksa beralih sedikit untuk memberi ruang antara mereka.

"Sikitlah. Thanks "  ujar Anisa perlahan. Dibetulkan jacket tebal milik Airil yang menyelimuti dirinya.

"Wei dah jom balik! Anis dah kesejukkan. Karang beku pulak dia dekat sini!" jerit Airil lantas bangun. Anisa turut mengikuti langkah Airil.

"Jom!" sambut Najwa. Sememangnya dia agak penat kerana dari lepas balik sekolah mereka lepak di situ dan sekarang jam sudah berganjak ke angka 10.30 malam.

Masing masing sudah kepenatan. Mujur esok hari minggu. Dapatlah mereka berehat.

Jaket Airil diletakkan di atas katil. Esok dia akan basuh dan memulangkannya semula kepada si empunya jaket.

Ibu mengetuk pintu bilik. Anisa menyahut tanda membenarkan ibu masuk.

"Anak ibu baru balik?"  soal ibu sejurus melabuhkan pinggang dibirai katil Anisa.

Anisa segera menutupi jaket Airil dengan selimutnya. Tak mahu ibu berfikir bukan-bukan.

"Ibu dah nampak dah. Siapa punya tu?"  soal Ibu seraya tersenyum. Ibu lantas menghenyakkan punggung di birai katil milik Anisa.

"Kawan Anis punye, tadi masa cari Najwa, Anis kesejukkan tu yang dia bagi Anis pinjam" terang Anisa penuh berhati-hati tidak mahu Ibu tersalah faham.

Ibu tersenyum penuh makna serentak tangan Ibu naik bersilang dengan kening yang dinaikkan sebelah, "siapa kawan Anis tu ?"

" Hm, Airil nama dia. Airil Iskandar. Hish ibu ni kenapa senyum macam tu?" ujar Anisa disusuli dengan pertanyaan kerana dia hairan melihat ibunya seolah-olah mengharapkan sesuatu.

"Ya ke kawan?"  soal Ibu lagi sengaja mendiga respon anak kesayangannya. Ternyata benar dugaannya, Anisa menolak untuk menjawab pertanyaannya

"Ibu Anis penatlah. Anis nak tukar baju and tidur. Goodnight ibu!"  ujar Anisa cuba melarikan diri. Dicium pipi ibu sekilas lantas dia mencapai tuala.

"Bertuah punya anak"







NAJWA yang sedari tadi tersenyum mengundang tanda tanya dalam diri ibu ayah nya. Namun mereka membiarkan saja.

"Ibu ayah, Najwa masuk tidur dulu. Goodnight!"  ujar Najwa riang. Lantas dia mulai mengorak langkah menuju ke bilik tidurnya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.

Najwa menarik anak patung arnabnya ke dalam pelukkan. Tiba tiba dia malu sendiri. Sebenarnya dia segan  dengan sikap Ashraf Reza tadi. Ashaf Reza itu semakin hampir dengan hatinya. Namun dia tak mahu terburu buru. Biarlah berkawan dahulu.

Dalam tersenyum, matanya perlahan lahan terkatup dengan sendirinya.Mimpi indah menanti Najwa.







"HAI"  tegur satu suara yang mematikan lamunan Zahira. Dia menoleh sebelah. Kelibat Zhafran Naufal menyapa pemandangannya.

"Hai Zhaf "  balas Zahira senang.

"Awak buat apa dekat sini ?" soal Zahira lagi.

"Tengah main masak masak!" balas Zhafran selamba. Melihat situasi sekarang di taman takkanlah orang nak main masak-masak pula kan! Mestilah nak bersenam.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang