°•°•°•°•°
Naura keluar dari butik itu dengan wajah yang muram. Fikirnya, tawaran itu akan berpihak kepada dirinya namun perkara yang bertentangan pula yang terjadi. Naura mengeluh sendiri dengan rezekinya hari ini.
Sudah tiga butik keluar masuk untuk memohon praktikal namun tidak juga rezekinya untuk menyambung praktikal.
Naura mengucap panjang.
"Kenapa susah sangat ni? Ya Allah.." wajah mulusnya diusap perlahan.Telefon bimbit dibuka dan baru tersedar bahawa dia lupa untuk memberitahu bahawa dia ingin keluar rumah. Naura menepuk dahi dan segera nombor telefon Aish Fahri di dail.
"Assalamualaikum awak." ujar Naura Safiyah sebaik sahaja sambungan menghubungkan mereka berdua.
"Waalaikumsalam."
"Awak sekarang saya ada kat luar." Naura membasahkan bibirnya. "Minta maaf saya lupa."
Talian terus sahaja dimatikan oleh Aish Fahri tanpa sempat diterangkan lebih lanjut oleh Naura Safiyah. Telefonnya diperhatikan lama kemudian mata dipejamkan.
"Faham agaknya." Naura menghembus nafas berat sekali lagi.
Myvi dibawa entah ke mana tanpa ada arah tuju. Jari manis yang bersarungkan cincin diperhatikan lama meskipun bergelar isteri orang terkadang status itulah yang paling dilupa. Masih belum dapat membiasakan diri dengan suasana hidup baru.
Traffic merah membuatkan Naura harinya terasa lebih teruk dari sebelumnya. Sudahlah lama dan panjang, tiada makanan pula di dalam kereta boleh mengundang kepada kemarahan!
"Astagfirullahalazim! Lamanya!" Naura menggenggam geram stereng keretanya.
Radio dimainkan agak kuat bagi menghilangkan tekanan yang dirasai setidaknya melupakan tentang traffic yang mencabar tahap kesabaran seseorang wanita. Lelaki lebih tabah untuk hadapi trafic tetapi tidak bagi wanita. Tekanan!
"Eh? Bob!" jerit Naura di dalam kereta apabila menoleh ke arah kanannya.
"Ye ke Bob? Bukan dalam dunia ni dia seorang je Bob kan? Entah-entah tu orang lain." Naura menggeleng kepala sendiri.
Dua kali lihat, tiga kali toleh. Masih belum terhapus wajah dan bentuk Bob di matanya. Masih sama meskipun tampak lebib berkarisma dari sebelumnya. Tingkap sisi diturunkan bagi memastikan betul itu adalah orang yang sama.
"Entah!"
Aish Fahri pulang dengan wajah yang hampir terbakar. Tergaru sana tergaru sini. Terkejut Naura apabila melihat keadaan suaminya pulang begitu rupa. Tangan yang dihulurkan Naura tidak disambut oleh Aish Fahri.
Matanya mengerling ke arah Aish Fahri yang terus sahaja duduk di ruang tamu. Lagak seakan raja.
Naura melihat tapak tangannya mungkin kotor ataupun berbakteria kemudian diturunkan semula. Kadang-kala sikap seseorang itu boleh mengguris tanpa kata-kata.
Ais diambil dari peti dan kain putih diiringi bersama diletakkan di atas meja kaca. Aish Fahri masih lagi menggusap dagunya yang merah.
Tangan Aish Fahri diambil.
"Jangan."Aish Fahri cuba melepaskan pegangan tangan itu namun Naura memegangnya dengan lebih kuat. Ais sejuk itu dituam pada permukaan yang merah.
"Marah saya ke?" soal Naura.
Aish Fahri diam sahaja.
"Bukan niat saya tak beritahu awak yang saya keluar rumah tapi saya betul-betul lupa nak beritahu. Saya dah ingat nak beritahu tapi nak buat macam mana dah lupa dulu." Naura mengeluh lagi.
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Novela JuvenilAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...