"Assalamualaikum!"
Salam dilaung kuat. Mereka sampai di kampung Tasha yang terletak di Kedah pada petang itu.
"Wa'alai... Kumsalam," Seorang wanita dalam lingkungan 60-an menonjolkan diri di sebalik pintu. Wajah wanita itu jelas terkejut dengan kedatangan Tasha dan Firdaus.
"Ya Allah! Cucu bertuah. Balik tak habaq mai," Maktok memukul bahu Tasha perlahan. Geram mungkin.
Tasha tersengih. "Saja nak buat surprise. Surprise dak?"
Tasha mendepakan tangan.
Maktok atau nama sebenarnya Hajah Seri tersenyum melihat telatah cucunya yang sorang ini. Perangai tak pernah berubah. Tubuh Tasha dipeluk.
"Rindu dekat Maktok," Tasha mengeratkan pelukan.
Firdaus yang berada di belakang Tasha tersenyum melihat kemanjaan Tasha.
"Yala. Hang tu sejak kahwin tak mai jenguk MakTok pon lagi," balas Hajah Seri setelah melepaskan pelukan cucunya.
Tasha tersengih lagi. "Sibuk la Maktok," Tasha beralasan.
Hajah Seri mengelengkan kepala.
"Ada-ada ja hang ni. Dah jemput masuk. Aus, mari masuk." ajak Hajah Seri.
"Ingatkan tak mau bagi masuk," kata Tasha sambil melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu.
Ruang tamu atas kayu, dapur bawah batu. Terdapat lorong yang menetapkan 6 buah bilik. Semua bilik bertentangan. 3-3. Bilik air terletak di dapur. Dapur pula boleh tahan besar. Biasa la rumah kampung. Macam dalam drama tu. HAHAHA!
Firdaus yang mendengar kata-kata Tasha menyiku lengan Tasha yang berada si sebelahnya.
Tasha memandang Firdaus dan memberikan pandangan 'apa?'
Hajah Seri yang melihat tingkah mereka bersuara.
"Ayu ni memang macam ni. Ada ja modal nak berbalah dengan Maktok. Maktok yang tua ni pon dia nak ajak bertengkaq,"
Firdaus memandang Hajah Seri.
"Bukan Maktok je kena. Aus yang suami dia pun kena jugak," ujar Firdaus.
Tasha membulatkan matanya apabila mendengar kata-kata Firdaus.
"Asy pulak. Abang yang cari pasal dulu," bentak Tasha.
"Sayang la," Firdaus tidak mahu kalah.
"Abang la,"
"Sayang,"
"Abang,"
"Sayang,"
"A..."
"Eh, dah-dah! Sayang. Abang. Sayang. Abang. Hampa ni dah besaq panjang pon dok gaduh lagi macam budak kecik. Nak gaduh manja tu boleh tapi jangan sampai tinggikan suaqa pulak. Faham?" nasihat Hajah Seri. Pening kepalanya melihat cucu menantunya berlawan mulut di hadapannya.
Firdaus dan Tasha tersengih dan mengangguk faham.
"Haa... Dah. Hampa dua pi rehat. Maktok nak buat minum petang sat,"
"Eh!"
Tasha menghalang Hajah Seri dari berlalu pergi.
"Biar Ayu tolong," Tasha menawar diri.
"Tak payah. Hang pi bawak Aus tu berehat. Nanti minum petang dah siap Maktok penggil,"
Setelah mendapat balasan dari cucunya, Hajah Seri turun ke dapur untuk membuat minum petang mereka.
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
Random●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...