Tidurku terganggu dengan bunyi alarm yang kuat. Aku tarik duvet menutupi kepala. Bisingnya! Aku nak tidur pun tak senang. Dengan mata yang masih tertutup aku teraba-raba mencari digital clock milikku. Terasa saja tersentuh sesuatu yang berpetak dan rata aku hentak sekuat hati. Lantaklah kalau nak rosak pun asalkan ianya berhenti berbunyi. Lalu aku sambung tidur sambil tersenyum tapi tak lama, iPhone aku pula berdering. Apa lagi?!
Aku teraba-raba pula mencari iPhone, jumpa saja cepat-cepat aku lekap ke telinga.
“Helllloooo…” ujarku meleret. Mata masih terpejam rapat. Sebelah tangan sedang peluk teddy bear besar.
“Morning sayang…selamat hari raya!!! Maaf zahir batin…” suara dihujung talian terjerit gembira. Secara automatik kelopak mataku terbuka, terbang segala rasa mengantukku.
“Sayang…jangan cakap you tidur lagi. Dah pagi raya ni dear. Wake upplease…” suara dihujung talian kedengaran lagi.
“Hardy??” suaraku terasa serak dek kerana baru bangun tidur.
“Ye sayang…I ni…seksinya suara you bangun tidur, buat I tergoda tau.”
Aku tersenyum lebar, ada saja cara Hardy mahu membuai perasaanku.
“Dah pukul berapa ni? Ngantuknya…” ujarku sambil menguap. Dengan Hardy aku dah tak ada rasa malu. Setiap hari berhubung hampir setahun buatkan aku dan dia jadi rapat.
Kedengaran Hardy ketawa kuat. Pasti handsome sangat Hardy sekarang ini, dengan baju melayunya, sambil makan ketupat rendang. Ish! Aku jugak yang penuh air liur basi.
“Dah pukul 9 lebih, dekat pukul 10 dah kot. Dah, pergi bangun mandi. Pakai baju raya cantik-cantik then send I gambar you pakai baju raya.”
Aku ketawa. Memang taklah!
“Tak nak lah I hantar gambar dekat you, nanti you mandrem I.” usikku.
Kedengaran Hardy ketawa lagi.
“Hardy…nak duit raya!” ujarku lagi.
“Bangun-bangun tidur mintak duit raya, anak buah I pun tak macam you tau. Dah lah mandi pun belum, air liur basi confirm meleleh.” Saja Hardy mengenakan aku membuatkan aku ketawa.
Dalam pada itu aku turun dari katil menuju ke bilik mandi. Pili air aku buka, jakuzi aku mahu penuhkan dengan air dan bubble bath yang wangi. Nanti aku nak bersiap cantik-cantik nak pergi beraya. Yay!
“Alah you ni…dengan I pun berkira. Apalah sangat duit raya barang seribu dua.”
Hardy terbatuk, main-main saja lagaknya.
“Duit raya sampai beribu you mintak dengan I? Botak kepala! Tapi untuk you I rela…” Hardy ketawa galak.
“I dengar macam bunyi air, you kat dalam toilet ke apa?” soal Hardy pula.
“I kat dalam bilik mandi, penuhkan jakuzi dengan air and bubbles. Hari ni kan hari raya, so I kena cantik macam princess.”
“Banyaklah you punya princess. Okaylah dear you mandi dulu, nanti dah siap semua call I okay. I tak boleh lah cakap dengan you sambil dengar bunyi air, nanti I rasa macam nak berendam dalam jakuzi dengan you!” Hardy ketawa kuat seraya terus mematikan talian tanpa sempat aku membalas.Usai mandi dan bersiap cantik dengan baju kurung warna turquoise, aku menjinjit kasut baruku yang berwarna silver bersama tas tangan yang sedondon. Suasana sunyi diruang tamu membuatkan aku tak rasa seperti suasana raya langsung. Masuk ke dapur, aku lihat bibik sedang makan kuih raya. Aku tersenyum.
“Selamat hari raya bik!” ucapku terus menuju ke arah bibik dan mencium pipinya. Bibik tersipu malu.
“Selamat hari raya jugak. Maaf zahir dan batin. Cik Bunga mahu makan? Bibik ada bikin soto sama nasi tomato. Kalau mahu bibik hidangkan.”
“Soto…nasi tomato…toto 4d bibik tak beli?” selorohku. Bibik ketawa. Nampaknya bibik tahulah apa itu toto 4d. Ish bibik ni, kaki nombor ke apa. Haha..
“Nanti baliklah saya makan ye bik. Nak pergi beraya dengan kawan-kawan dulu. Ini untuk bibik, dan ini untuk unclePeter, nanti bibik kasi ye?”
Dua keping sampul raya berisi duit sebanyak RM500 setiap satu aku hulur kepada bibik. Inilah kali pertama aku sambut raya dalam rumah ni dan aku bagi duit raya pada mereka.
Aku tercari-cari juga kelibat Ben tapi senyap sunyi saja, malam tadi Ben ada, takkan Ben tiba-tiba menghilang. Mungkin dalam bilik masih tidur.
“Cik Bunga cari Mr. Ben ya?”
Aku angguk.
“Mr. Ben sudah keluar subuh tadi…katanya punya projek di luar. Oh bibik lupa, dia pesan suruh ambil duit raya dalam kamarnya. Sambul warna coklat katanya. Cik Bunga mahu ambil sendiri aku mahu bibik ambilkan?”
“Tak apa bik, saya ambik sendiri nanti.”
Aku menujuku ke arah lif, mahu ke bilik Ben. Pantang betul aku dengar duit raya, gatal tangan terus!
Passcode 4 angka bilik Ben aku tekan, inilah puncanya aku tak izinkan bibik ke bilik Ben, nanti aku kena bagitahu passcode, nanti Ben marah aku. Passcode bilik Ben memang rahsia kecuali bilik aku. Semua orang tahu hahaha…puncanya aku selalu lupa passcode sendiri. Sebulan hampir 3kali technician akan datang unlockpasscode aku yang di block, last sekali aku paksa semua orang hafal passcode bilik aku.
Buka saja pintu aku segera memboloskan diri, tak sabar nak ambik duit raya. Bilik Ben lebih kurang saja bilik aku bezanya bilik Ben tak ada wallpaper yang girly-girly dan hiasan yang cute-cute macam bilik aku. Jam dinding pun berbentuk bulat dan berwarna silver. Plain! Bukan taste aku tapi bilik Ben memang mewah dan cantik.
Aku berjalan ke arah katil Ben yang dipasang cadar hitam dan dihiasi duvet berwarna kelabu bercorak abstrak. Sekeping sampul surat berwarna coklat ada di atas katil aku capai. Mungkin aku punya sebab tadi bibik kata warna coklat. Apalah Ben ni, bubuh duit raya dalam samput surat tak feeling raya langsung!
Sekeping kad kredit American Express dan beberapa ikat wang RM100 aku keluarkan. Huiyohh! Ni duit raya ke down payment BMW. Aku tersengih. Aku tarik sekeping kertas A4 yang berada dalam sampul.
“Bunga…aku outstation luar negara 3 bulan. Take care. Kalau tak cukup duit bagitahu Joe, dia ada kat Malaysia untuk bantu kau uruskan kelab.” Aku baca kuat-kuat apa yang tertulis dan mendengus. Apalah Ben ni, kan boleh je bagitau aku melalui telefon atau sms, ni siap bersurat bagai. Dahlah bersurat, besar punya kertas tapi tulis seciput je. Ben…Ben…
Bunyi iPhone mengejutkanku.
“Alamak! Hardy…” lupa pula aku nak call dia ni. Cepat-cepat aku angkat.
“Hello Hardy…sorry lupa nak call tadi.” Jelasku belum sempat Hardy sebut apa-apa.
“Its okay dear, I tau dah perangai you…lalai! Leka!” kutuk Hardy tapi aku tak terasa.
“Sedapnya kutuk I! You raya kat KL ke kat mana?”
“I raya kat Kedah tahun ni, esok balik KL then lusa I satu family fly ke Maldives, holiday. You nak ikut?”
“Of course not!” laju saja aku membalas. Hardy ketawa kecil.
“You…hari ni raya raya, you janji dengan I lepas raya nak jumpa kan? Jom jumpa I esok nak? Before I fly Maldives.” Suara Hardy romantik sekali.
“Eh yeke I cakap nak jumpa lepas raya? Bukan I cakap I nak jumpa akhir tahun ke? Time new year ke…few days before new year ke…kan kan?” usikku.
Dapat kukesan kesuraman pada suara Hardy.
“Sayang…please…I tak sabar nak jumpa you. Kawan-kawan I kebanyakan semua ada gf tapi I je tak ada lagi. Membujang je…mana tau you lah perempuan melayu terakhir untuk I yang I boleh buat permaisuri dihati I. Please dear…” rayu Hardy buatkan aku cair.Tapi sebenarnya kalau dia tak memujuk rayu aku pun aku pasti aku jumpa dia lepas raya. Aku sudah tekad, segalanya perlu dihentikan, baik atau tak aku akan tetap hentikan semua ini.
“Okay…I jumpa you after you balik Maldives. Okay?”
Aku dengar Hardy bersorak dihujung talian. Happynya dia!
“Yes! Yes! Finally…I jumpa you after I balik Maldives tau? Jangan cancel-cancel lagi dah please…”
Aku tersenyum.
“I promise…” ikrarku.
“Tapi hari apa, berapa haribulan? Malam ke siang ke?”excited sungguh suara lelaki itu.
“Bila, kat mana, pukul berapa etc etc I akan inform later ok?”
“Okay sayang…I can’t wait to see you…”
YOU ARE READING
Bunga Aurelia
RomanceRealiti hidup bukan seindah yg kita jangkakan. Pahit maung harus ditelan. Kematian ibu buatkan dia hampir pitam. Kelam dunianya yg sememangnya gelap itu tapi apakan daya. Yang pergi tetap akan pergi. Hidup perlu diteruskan dan dalam kesamaran Ben...