Menggigil rasa lututku apabila pintu lif ruang lobi condominium Cindy dan Nadia terbuka. Aku melangkah keluar lambat-lambat. Akhirnya tiba juga waktu untuk aku bertemu dengan Hardy Mikail, lelaki yang hampir setiap hari berhubung denganku. Pandangan pelik orang terhadapku tidak aku pedulikan. Lantaklah orang nak kata apa janji misi aku tercapai. Orang yang bertanggungjawab menolongku siapa lagi kalau bukan rakan-rakanku.
“Babe kau ikat benda ni kat perut. Biar nampak macam perut kau berlipat something like that. Okay… nice! Meh aku ketatkan sikit. Perfect!”
“Oh shit! Kau nampak gemuk! Seriously Hardy mesti lari bila tengok kau!!” jerit Wulan. Cindy yang sedari tadi membantuku mengiakan apa yang Wulan katakan.
“Wow…wow…sejak bila jadi gemuk adalah kegemarankau Bunga?” tegur Nadia dengan mulut penuh dengan epal.
“Aku ingatkan kau nak make up macam pondan kat kelab tu.” Ujar Nadia lagi sambil membelek perutku yang berlapis-lapis, hasil dari span dan tali rafia yang dipakaikan oleh Cindy tadi.
Aku bergerak ke arah cermin besar yang terdapat diruang tamu. Imej yang terpantul dicermin buatkan aku tergelak sendiri. Gila hodoh! Hahaha…
Dengan perut yang berlapis, muka yang di makeup dengan foundation yang 6 tona lebih gelap dari warna kulit asalku yang putih melepak pasti membuatkan sesiapa saja terkejut. Apa taknya, tangan putih tapi muka macam Dayang Senandung. Melengkapkan lagi segalanya, Cindy pakaikan aku lipstik warna merah menyala, mata pula siap dengan bulu mata palsu yang tebalnya persis penyapu.
Kalau lepas malam ini Hardy tetap menghubungiku seperti biasa maknanya dia lulus ujianku. Kalau tak…hecan walk his way out from my life atau lebih tepat lagi out of my heart.
Aku tolak perlahan pintu lobi, Hardy belum sampai lagi. Tak ada satu kereta pun yang ada dihadapan auto gate yang jaraknya selang beberapa langkah dari tempat aku berdiri. Makin lama aku rasa makin berdebar. Rasa macam Hardy sudah dekat saja.
Sepasang kekasih yang lalu dihadapanku tertoleh beberapa kali sebelum masuk kedalam lobi kondo. Pasti kerana rupa aku yang sangat hodoh. Dari pintu kaca aku dapat lihat mereka bergelak sakan sambil tertoleh-toleh ke arahku. Great! Sebab kau Hardy aku jadi macam badut pulak kat depan ni.
Iphone yang aku genggam sedari tadi bergegar. Rasa nak meloncat keluar jantung aku dibuatnya. Pasti Hardy dah sampai, cepat-cepat aku menyorok disebalik tiang.
“Hello…” sapaku, suara dihujung talian tergelak kecil.
“Hello…I dah sampai. You turunlah…” ujar Hardy lembut.
Aku rasa bersalah pula nak mainkan Hardy macam ni, tapi bagi aku ini saja cara untuk aku uji dia.
“I dah kat bawah…nanti I pergi dekat you okay?”
“Okay…bye dear.”
“Bye…” ujarku seraya mematikan talian.
Aku tarik dan hembus nafas beberapa kali sebelum melangkah perlahan-lahan menuju ke arah kereta milik Hardy yang terparkir di hadapan pintu masuk kondo.
Dan tepat seperti jangkaanku memang Hardy lah pemilik keretaAudi R8 tempohari. Nasib baik aku dah make over baik punya, kalau tak mesti Hardy cam muka aku.
Aku berdiri disebelah tempat duduk penumpang. Badanku bongkokkan sedikit. Cermin kereta sudah Hardy turunkan.
“Get inside…” arahnya. Nadanya seperti biasa, tak ada terkejut atau marah. Maybe dia tak nampak aku betul-betul lagi kot.
Teragak-agak aku masuk kedalam kereta mewah itu.
“Hai…” itu perkataan pertama yang aku ucapkan pada Hardy face to face.Aku lihat dia hanya tersenyum, nak je aku jerit kau tak nampak ke aku ni gemuk dan hitam?
“So…kita nak ke mana ni? Nak pergi minum?” soalnya.
“I don’t think so, kita borak-borak je lah dalam kereta. I just nak jumpa you je, nak tengok you depan-depan as I said.”
Aku nampak Hardy anggukkan kepala. Serious rasa berdebar sangat.
“Kalau macam tu kita ronda-ronda je lah ye? Is it okay?”
“Okay…”
Dalam telefon bukan main lagi aku petah bercakap, bila depan-depan berapa kerat perkataan je yang keluar.Kereta Hardy mula meluncur pergi, kebisuan kami hanya dihiasi dengan lagu-lagu yang terpasang melalui corong radio. Baik dari Hardy mahupun aku, masing-masing langsung tak bercakap.
Sampai saja dihadapan satu bangunan di Kota Damansara barulah Hardy bersuara.
YOU ARE READING
Bunga Aurelia
RomansaRealiti hidup bukan seindah yg kita jangkakan. Pahit maung harus ditelan. Kematian ibu buatkan dia hampir pitam. Kelam dunianya yg sememangnya gelap itu tapi apakan daya. Yang pergi tetap akan pergi. Hidup perlu diteruskan dan dalam kesamaran Ben...