Bab 24: Keputusan [EDITED]

124 13 1
                                    

Abby menghadap Encik Harmon. "Saya ada bawa ayah tiri dengan mak saya dan beberapa orang polis. Mereka semua dah mati dan bersedia untuk dikorbankan."

"Bagus, sayang." Encik Harmon memuji.

"Nanti saya dapat kuasa macam ayah juga ke? Jadikan lukisan hidup! Bestnya!"

"Mestilah."

"Abby, kau buat apa ni? Kau sepatutnya tolong aku!" Jeritku.

"Oh, ya. Aku tak pernah sebut sebab yang sebenarnya kenapa kau berhenti main dengan Violet bertahun yang lalu." Kata Abby. "Aku adik tiri Violet. Mak aku bagitahu mak kau pasal benda ni dan mak kau sikit pun tak sukakannya."

Permainan minda yang gila pula sekarang. Adik tiri?

"Aku dah korbankan jiwa aku. Sayang sangat bagi Violet tu pengecut."

"Jangan panggil orang macam tu." Encik Harmon menunjukkan jari telunjuknya pada Abby. "Walaupun benda tu betul."

"Apa? Habis tu macam mana encik nampak muda sangat?" Aku bertanya pada Encik Harmon. Semuanya masih mengelirukan pada aku.

"Buku tu yang jadikan dia macam tu," balas Abby. "Buku tu bagi banyak sangat benda, kau tak nampak ke tu, Emily? Aku boleh hidup dengan orang yang dah mati dan buat macam-macam benda tapi tak sebanyak ayah akulah." Dia memutar bola matanya. "Buku. Pengorbanan. Kuasa. Faham?"

"Jadi ini sebabnya? Lepas semua yang dah jadi, kau fikir aku nak ke ikut kau?" Aku berkata, memandang pada Encik Harmon. "Saya ikut. Lepas tu apa?"

Abby berdiri di hadapan Encik Harmon. "Kau tak payah buat tu demi dia, buat je demi aku. Mula-mula, aku marah juga lah sebab kau ingat yang kau lagi bagus main sorok-sorok dari aku. Masa tu aku cuma nak balas dendam. Kau dah buat aku marah lama sangat. Kau ni kadang macam sial juga. Lepas tu, aku fikir-" dia meletakkan tangannya pada jarum di kelopak mataku dan semuanya terjatuh ke lantai. Aku mengelipkan mata berkali-kali dengan laju, "kau boleh ikut aku; bayangkan orang-orang yang kita boleh bawa ke sini. Bayangkan kuasa yang kita akan dapat! Bayangkan lebih lagi! Ada banyak sangat benda daripada keinginan untuk hidup," Abby menunjuk pada ayahnya. "Semua tu ada dalam buku tu."

Tiba-tiba, bilik ini dipenuhi dengan lima belas pemain sorok-sorok bersama dengan polis dan ibu bapa Abby. Ibu bapa aku, Caleb, Jasper, Violet, kesemua mereka. Aku memandang wajah mereka satu persatu.

"Kau ada pilihan, Emily. Jadi macam kami! Jadi macam kami, selamatkan kemanusiaan dan tunjukkan pada mereka macam mana hidup yang sebenarnya," Ujar Abby. "Tapi jangan jadi macam mereka yang tak setuju dengan kami. Kecuali Puan Harmon."

Encik Harmon mengangguk. "Mungkin ni dengar macam cerita seram, Emily tapi cerita seram pun boleh ada penamat yang menggembirakan juga."

Api semakin hampir dengan kami. Sangat dekat sampaikan aku boleh rasa habanya. Encik Harmon betul. Tidak semua cerita seram berakhir dengan teruk. Tidak perlu begitu pun.

"Apa yang jadi dekat mereka yang tak ikut kau?" Soalku. "Saja nak tahu."

"Mestilah kau nak tahu," balas Abby. "Mereka jadi apa sahaja yang ayah nak. Pengorbanan dia, kuasa dia dan kehendak dia. Buku tu tak suka mereka yang tolak tawaran dia. Siapa yang tak korbankan diri dekat buku tu, akan sengsara! Selamanya."

"Awak boleh yakinkan mereka untuk ikut kita." Encik Harmon berkata kepadaku. "Mereka akan dengar cakap awak. Awak boleh bersama dengan ibu bapa awak selamanya."

Satu letupan terjadi. Kali ini, dinding di hadapan dan belakang kami meletup. Kami perhatikan rumah ini terbakar, api bergerak ke arah kami.

"Emily, awak boleh ada penamat kisah hidup yang bahagia. Jangan biarkan kisah hidup awak berakhir dengan teruk. Berikan sumpah setia awak pada buku tu dan awak boleh jadi macam kami." Encik Harmon berdiri di sebelahku dengan tangannya di atas bahuku. Api sangat hampir dengan kami. Abby berjalan ke sebelahku, juga meletakkan tangannya ke atas bahuku.

Jadi macam mereka dan bawa mereka kepada kesengsaraan mereka. Aku tidak sangka yang aku akan buat apa yang aku akan buat sebentar lagi. Sebab, mereka betul. Cerita seram tidak perlu berakhir dengan teruk.

A/N: Ohooo apa yang Emily nak buat sebenarnya?

Hide and Seek | Bahasa Melayu TranslationWhere stories live. Discover now