"Tu dia!!" Ochobot menunjuk ke arah lembaga yang menculik Zass.
"Jangan lari!!" Jet menghampiri lelaki misteri itu dengan menggunakan jetpack di belakangnya.
Ali mempercepat langkahnya menggunakan scooter.
Jet yang sudah berada di hadapan lelaki misteri itu, terus memberi amaran. "Lepaskan Zass!!"
Kelihatan Zass tidak sedarkan diri yang berada dalam dukungan lembaga itu. Sebuah senyuman terukir di sebalik topeng tersebut. "Probe! Sekarang!"
"Baik!" Gerangan bernama Probe itu terus melepaskan tembakan ke arah Jet sebaik sahaja menerima arahan daripada tuannya.
Jet tidak sempat mengelak namun diselamatkan oleh Alicia dengan menggunakan lastik. Tercungap-cungap Jet ketika dia hampir ditembak.
Moon perasan bahawa ada seseorang bersembunyi di sebalik semak-samun itu lalu ingin memeriksanya bersama Iman dan Chris.
"Jet! Tepi! Hiyaa!!" Ali melontarkan yoyo ke arah lelaki tersebut dengan sekuat hatinya.
Jet dengan pantas menjauhkan diri daripada lelaki tersebut. Namun, yoyo yang dilontarkan oleh Ali tidak mengenai lelaki itu kerana dia pantas mengelak.
"Kite kena selamatkan Zass cepat!" Khai sudah mulai panik. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya.
"Shhh..." Moon memberi amaran kepada Iman dan Chris supaya mendiamkan diri. Mereka perlahan-lahan mendekati semak-samun itu.
Sebaik sahaja mendekati, terdapat seorang lagi lelaki yang berpakaian kot ungu bersembunyi di sebalik semak-samun tersebut. Namun, gerangan itu tidak perasan dengan kehadiran mereka.
Moon mendepakan tangannya untuk memancarkan hologram. Terjadilah lima orang Moon. Empat daripadanya mendekati lelaki itu.
"Hai!! Kau buat ape kat sini?" tanya salah satu Moon apabila berada di belakang gerangan itu.
Gerangan itu dengan pantas melepaskan tembakan ke arah Moon yang menanyakan soalan kepadanya tadi, namun, Moon itu hilang serta merta.
"Hiyaa!!" Iman menggunakan pisau (?) di tudungnya untuk mengambil pistol gerangan itu dan serangannya berjaya.
"Cayalah Iman!" puji Chris.
"Cis!! Hiyaa!!" Gerangan itu cuba menumbuk Iman dari arah belakang.
"Iman! Hati-hati!!" jerit Moon.
Iman terkejut dan tidak sempat mengelak. Namun, sebuah tembakan dilepaskan kepada gerangan itu dan mengenai kakinya.
"Huh... Nasib baik..." Roza yang melepaskan tembakan tadi dengan menggunakan sniper berasa lega.
Gerangan itu terbaring lemah di atas tanah. Secara tiba-tiba, ada sesuatu menuju ke arah Roza.
Chris yang nampak kejadian itu menggunakan kerisnya untuk menghalang benda itu daripada mengenai Roza.
"Hah?! Ade lagi sorang?!" ujar Moon, tidak percaya.
Kelihatan seorang wanita berpakaian kot ungu hitam dan memakai topeng berada di belakang Roza kira-kira 10 cm daripadanya.
Sementara itu, di tempat lain, kelihatan Tok Aba, Elemental Brothers dan kawan-kawan mereka berada di belakang rumah. Elemental Brothers dan kawan-kawan menuju ke belakang halaman rumah sebaik sahaja Tok Aba diculik.
"Wei!! Lepaskan Tok Aba!" jerit Blaze.
"Hahaha!! Korang tak boleh halang aku!" ujad lelaki yang berbadan sasa dan berkepala botak itu sambil mengangkat Tok Aba di belakangnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/113386299-288-k362892.jpg)
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS [C]
Fanfiction✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ 『 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 』 SINOPSIS: Cerita ini bermulanya dari kisah kehidupan 7 kembar yang hidup aman harmoni. Mereka saling menasihati, saling-menyayangi, bekerjasama dan yang paling penting adalah, percaya antara satu sa...