Bulan ke-sepuluh . Musim hujan yang selalu di tunggu tidak kunjung tiba. Mana dia awan kelam yang meredupkan. Bayu sejuk dengan tiupan angin yang boleh sahaja memberi rasa mengantuk. Hujan lebat selepasnya , dan setelah di pejam mata yang sudah sering pejam, mungkin oksigen baru menyerapi ke saluran- saluran darah ke otak menyebabkan aku sedar diri ini bukan di tanah asal , bukan di negeri tanah putih, bukan di tanah yang berpanji hitam. Walaupun jauhnya tidaklah beribu batu , namun cuacanya agak berbeza . Di sini tiada musim tengkujuh seperti kebiasaannya di negeri asal aku. Dan untuk kesekian kalinya aku merapatkan mata. Agar dapat berfantasi berada di tanah asal.
" hujan . Seandainya engkau dapat ku seru dan ku perintah , maka saktilah aku ."
Kata-kata yang bagaikan pernah aku mendengarnya , tapi sengaja aku bermalas dan menyekat fikiranku daripada mencari jawapan yang memang sudah ada dalam benakku. Aku mahu rehat.