Dia ragu-ragu
Sebelum membuka ikatan
Yang mengikati kertas Pandora iniKertas yang memantulkan warna putih
Kertas yang menyerap warna lain
Memesan daun lebihan dari huruf dan nama
Seperti kertas yang lain
Tetapi kertas ini mempunyai OmenOmen yang diikat dengan ketat
Yang talinya diperbuat dari kapilari penulis
Yang telah diuraikan oleh masa
Seperti hidup sengsara perempuan tua
Yang hidup di perang dunia pertama
Yang perisainya telah dimakan oleh oksigen
Sampai menjadi abu rokokPenulis tertanya
Adakah kertas ini akan menyampaikan sesuatu
Sesuatu untuk dipupuk di dewasa ini
Atau akan dironyok oleh pembaca
Seperti hidup penulis iniKertas ini akan melepaskan dongeng
Yang dicari oleh anarki
Tetapi adakah pembaca akan menyedarinya
Bahawa dongeng itu telah dilepaskan.
YOU ARE READING
Imaginasi
Historia CortaAku akan update bila aku ada inspirasi. NOT A NOVEL BUT A COLLECTION OF CERPEN THAT I MADE. Buku yang aku dapat dari idea bodoh bila aku tengah seterika baju. Setiap cerpen ialah cerita yang lain, dibuat daripada emosi yang berlainan dalam fikiran...