Hidup tidak indah,langit tidak selalunya cerah. Begitulah perumpamaan yang boleh aku tunjukan untuk diriku.Kadang-kadang terlintas di hati,apakah salah dan dosaku sehingga aku diuji bergini?Terpaksa melalui hari-hari yang mendatang penuh dengan pernipuan dan kelukaan.Sungguh tidak kusangka ,badai yang suatu ketika dahulu pernah bertandang dalam hidupku,kini kembali mengapa.Entah apalah silapku sehingga begini diriku diuji.
Terbayang diruang ingatanku,wajah lelaki yang sudah lama ingin kulupakan.Semenjak keluarga lelaki itu datang merisikku enam tahun lepas,percaturan hidupku berubah.Semuanya ibu dan ayah yang tentukan. Aku langsung tidak diberi ruang untuk membuat pilihan.Kadang-kadang aku rasakan diriku ini tidak layak untuk membuat keputusan sendiri. walaupun ia sebenarnya berkaitan dengan hidup dan masa depanku.Sedangkan pada masa itu usiaku sudah menjangkau dua puluh tiga tahun.Rasa kecewa dan jatuh hati hanya kusimpan kemas dalam lipatan sanubari.Tiada seorang pun yang tahu bertapa seksa hidup ku selepas tarikh itu.
Kalaulah aku tidak bertemu kembali dengan Yuri,bekas adik iparku itu............Sudah tentu aku tidak perlu melalui semua ini.Terpaksa berdepan dengan lelaki yang amat aku benci!!!!!!!!tapi apakan daya,takdir penentu segalanya
Hidupku kembali hilang keceriaannya semenjak tiga bulan lepas.... .
"Ini kak Ira, kan?"tegur satu suara.Aku yang leka memilih makanan waktu itu segera berpaling.Sedikit kaget.
Gadis itu tersenyum riang.Menampakkan giginya yang putih berseri.
"Yuri?"
"ya Allah kak Ira,akak pergi mana selama ni?Langsung tak dapat dijejak!"ucapnya lantai memelukku.
Aku kaget!pinggan yang penuh berisi,hampir terlepas dek terkejut dengan tindakkannya.Malu juga apabila banyak mata memandang kearah berdua.Setelah agak lama barulah dia melepaskan aku.
"Akak pergi mana selama ini?'tanya Yuri lagi.
"Akak sambung belajar Yuri. kat pulau pinang"
"Kenapa tak contact kami langsung?kalau ya pun marahkan abang,jangan sampai kami disisihkan...
"Tak,akak tak bermaksud bergitu .Errr... kita cari tempat,yuri.Susah cakap kat sini."
Yuri lantas bersetuju dengan sarananku.Kami mengambil tempat yang sikit tersorok.Mudah untuk kami berbual.Waktu makan tengah hari itu dipenuhi dengan menjawab soalan-soalan Yuri yang tidak berhenti-henti keluar dari mulutnya.Tetapi semua itu hanya berkisarkan kehidupan yang aku jalani dalam tempoh lima tahun selepas berpisah dengan abangnya.
Sesekali Yuri ada juga bertanya perihal aku dengan abangnya.Tetapi aku hanya mendiam diri .Bagiku sudah tidak ada kerperluan untuk aku menjawabnya.Semuanya sudah berlalu.Aku tidak mahu mengingatinya lagi.Dan bekas adik iparku itu seolah-olah memahami.Kami berpisah apabila waktu makan tengah hari tamat.Sebelum berpisah,Yuri ada meminta nombor telefon dan alamatku .Aku terpaksa turutkan kerana tidak mahu menghampakannya.Sangkaku itu kebetulan dan tidak mungkin ada apa-apa yang akan belaku selepas pertemuanku dengan Yuri.Tetapi nampaknya lain pula yang terjadi.Keesokan harinya aku dihubungi oleh seorang wanita yang cukup aku kenal.Walaupun sudah lima tahun berpisah tetapi kelembutan suara masih jelas di ruang ingatanku.Itulah bekas ibu mentuaku,Puan Aini.Terlintas difikiranku,tentulah Yuri yang memberikan nombor telefonku kepadanya.
Lama aku berbual dengan bekas ibu mertuaku itu.Wanita itu tidak membenar aku meletakkan telefonku.Rindu padaku katanya.Ah, sesungguhnya aku turut merinduinya.
Selepas puas berbual,Puan Aini meminta untuk berbual dengan ibu pula.Aku hanya turutkan kehendak Puan Aini .Selepas itu aku tinggalkan ibu disitu .Malas hendak ambil pusingan akan perbualan mereka berdua.Hal orang tua-tua tidak elok kalau orang muda masuk campur.Lagipun aku sendiri perlu melakukan persediaan untuk mengajar esok.sekali lagi ai tidak berhenti disitu saja.Keesokkan harinya selepas pulang kerumah, ibu meminta aku keruang tamu.Kulihat ayah sudah sedia menunggu.Aku hanya duduk tanpa banyak soal.Selepas mendengar kata-kata ibu,Puan Aini mengajak kami kerumahnya pada hujung minggu ini.Dan mereka telah pun bersetuju .Puas aku memberi alasan untuk mengelak ,tetapi tidak diterima oleh ibu dan ayah.Mereka memang beria-ia hendak aku turut serta.Akhirnya selepas belaku perang mulut antara aku dengan ibu dan ayah,baru lah aku bersetuju.
Seperti biasa,jika melibatkan keluarga itu ,aku pasti tidak akan dapat keputusan sendiri.Semuanya ibu dan ayah tentukan.Aku hanya mengeluh,lalu membawa diri ke laman.Tidak tahu berapa lama aku duduk disitu melihat keindahan langit yang ditaburi bintang-bintang kegelapan.Cuba meredakan kedukaan yang bersarang di hati.
"Hai,anak ibu menungkan apa itu?"
Tiba-tiba suara lembut menyapa pendengarku .Lantas aku hadiahkan senyuman manis untuknya.Walaupun hati dilanda duka ,tetapi untuk menyakitkan hatinya tidak sama sekali .
"Tak ada apalah ibu .Saja ira ambil angin kat luar ni.Kenapa ibu tak tidur lagi ?dah lewat ni."
"Tau pun dah lewat.Habis tu,kenapa ira tak tidur lagi?Esokkan nak bangun awal?" tanya ibu sambil melabuhkan punggungnya di sebelahku.Aku hanya mendiamkan diri. Perlukan aku kesana?Hatiku memang membantah keras.Tetapi kata ibu dan ayah bukan boleh dibantah .Pasti aku akan dimarahi mereka.Tidak dinafikan,Ibu dan ayah memang orang tua yang baik.Begitu juga dalam hal yang satu ini,aku tidak dapat melawan cakap mereka.Jika tersilap kata buruk padahnya.
kadang-kandang aku terfikir apalah yang membuat mereka begitu menyanjungi keluarga bekas menantu mereka itu?sedangkan hakikat penceraian kami sudah jelas benar.Lelaki keparat itu yang menceraikan aku kerana aku ini hanyalah pilihan keluarga dan bukanlah pilihan hatinya.Aku ini gadis yang kolot dan selekeh.Tidak seperti Ain,teman wanitanya itu.Wanita seksi yang begitu bergaya."kenapa Ira diam aje?Ada yang tak kena ke?"
"Tak adalah ibu.Emmmmmm...... ibu,kalau Ira tak pergi ke pulau pinang,tak boleh ke?Ira banyak kerja yang nak disiapkan.Ibu dengan ayah ajelah yang pergi ya?"pujukku lembut.Moga-moga alasan aku kali ini diterima.Masuk yang ini sudah kali keberapa aku pujuk mereka .Tetapi semuanya hampa kerana ibu mendapat sokongan padu ayah. Aku harap dengan ketiadaan ayah,hati ibu tak dapat dilembutkan .
"Kerja apa ?kita pergikan hari ?"
Suara ibu sudah mula meninggi.
"Tapi bu..............."
" Dah !Tak ada tapi-tapi lagi.Esok Ira mesti ikut ibu dengan ayah ke pulau pinang.Dah ,pergi masuk tidur!"perintah ibu.Aku hanya mengeluh hampa.Gagal lagi!Nampaknya aku terpaksa juga mengikut mereka .Ya Allah .......Kau tabahkanlah hatiku untuk hadapi semua ini.