Sekolahku mengadakan perkhemahan hujung tahun pada bulan ini. Selepas selesai membuat kerja, seperti mendirikan khemah. Aku bersama rakan seunit segera berehat. Pada malam perkhemahan, selepas acara persembahan. Tiba masa untuk acara walking night. Kami beratur dan sambil berzikir merentasi hutan. Setibanya di hutan aku ternampak satu sosok yang aku kenal.
Makhluk gaib yang selalu menampakan dirinya selain kunti. Pocong, ya itulah dia. Dia sedang berdiri dan memandangku dengan tajam. Aku segera mengalihkan pemandanganku kearah pokok. Tiba-tiba aku terdengar lagi bunyi semak seperti digoyangkan. Aku segera memberitahu rakan ku yang berada dihadapan.
Mer (nama samaran) kau dengar tak apa yang aku dengar?”.
“Dengar apa?” dia jawab.
“Kat sana tu, kau nampak tak?”aku balas kembali soalannya (menunjuk ke arah semak) tapi sayangnya dia tidak nampak makhluk itu.Aku hanya diam. Sambil aku mencari-cari kemanakah si kunti sebab dia dah lama tak muncul. Dan setibanya aku dan rombongan rakan sekolahku di jalan yang agak gelap dan sepi, kami masing-masing dipisahkan dan dengan keadaan mata tertutup menggunakan kain. Kami disuruh duduk diam di satu kawasan selama 30 minit. Sepanjang masa itu, aku mengalami banyak perkara aneh.
Seperti hembusan nafas didepan mukaku padahal tidak ada sesiapa disini. Aku cuba menguatkan diriku untuk menempuh setengah jam ini. Aku berzikir sebanyak-banyaknya. Tiba-tiba aku terlihat sosok yang baru sahaja menggangguku semasa aku merentasi hutan. Dari kejauhan, aku lihat makhluk itu melompat kearahku. Aku ingin sahaja lari, tapi malangnya, disebabkan markah, aku rela nampak “dia”.
Aku menutup mata dengan agak rapat dan ketika aku membukanya, sosok orang itu sudah hilang. Dan aku menghembus nafas lega. Aku kembali fokus dan cuba untuk membuang fikiran negatif. Sekali lagi aku ternampak sosok itu. Kali ini sosok itu berada tepat dibelakangku. Aku hanya berdiam diri dan cuba untuk tidak memandang kebelakang. Aku boleh dengar bunyi cekikikan.
Bulu romaku berdiri. Aku tidak boleh berbuat apa-apa, Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku pada masa itu. Akhirnya lonceng dibunyikan tanda masa 30 minit tamat. Aku menarik nafas lega dan menceritakan segalanya pada rakanku. Sekian
YOU ARE READING
Cerita Seram★
Horrorcopy dri google ★ kalau Bi di tukar kpd bahasa melayu★hope enjoy and loved★ Start:12/12/2017 End: i d n surinyati pemotong daging; ada yg cuba memotong kaki; jangan baca sesorang; kalau tak ada yg memerhati. so jomm enjoy