Prologue:

5.7K 119 0
                                    

Prologue:

"Kau adik aku!!! Tak sangka kau sanggup khianat aku!!"

Suara lelaki awal 40-an melengking kuat di udara. Sungguh dia tidak sangka adik yang ditatang penuh kasih sayang sanggup memusnahkan perusahaan yang dibina berdekad lamanya.

"Huh! Adik? Kau tak pernah anggap aku sebagai adik kau!!"

Lelaki muda awal 30-an mencebir bibir, mengejek dan meluat mendengar suara lelaki yang mengaku sebagai abangnya. Namun, hakikat sebenar jauh berbeda. Dia anak pungut. Dia dilayan buruk. Selalu diherdik dan dikeji ahli keluarga besar Tuan Nadim. Dia sentiasa di ingatkan bahawa dia tidak pernah sama taraf dengan darah bangsawan yang mengalir di tubuh lelaki di depannya itu. Dia benci! Dia sakit hati. Penghinaan yang terhimpun lama bertukar menjadi akar dendam kesumat. Dia nekad!

"Apa kau cakap?? Kau adik aku! Tapi sampai hati kau tikam aku dari belakang?!"

Marah benar waris tunggal Tuan Nadim! Syarikatnya hampir lingkup kerana adik angkat yang tak kenang budi.

"Tak usah berpura-pura. Kau tak pernah anggap aku sebagai adik kau! Atau sebahagian keluarga elite Tuan Nadim!"

Si pemuda menghamburkan segala benci yang sarat mencengkam diri. Dia mangsa keadaan. Dia hilang ibu bapa sejak kecil lagi. Hidupnya atas ihsan keluarga Tuan Nadim. Tetapi layanan berat sebelah mencipta jurang luas antara mereka.

"Apa tak cukup layanan kami? Kami layan kamu macam keluarga kami!!"

Jeritan marah anak jantan Tuan Nadim hebat memenuhi ruang banglo mewah itu.

"Haha! Bapak tak pernah layan aku seperti dia layan kau!! Kau dilatih jadi pewaris keluarga! Pewaris syarikat! Tapi aku? Macam kuli?!"

Jelas kebencian dan dendam terus menghantui rentak dan aksi si lelaki muda. Tiada tanda penyesalan. Hatinya keras bagai besi tembaga.

"Huh! Itu perasaan kau saja! Kenapa kau fikir negatif? Kenapa kau tak anggap kami keluarga kau?!"

Waris Tuan Nadim mahu penjelasan. Akalnya tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang paling dipercayai dalam hidupnya sanggup memusnahkan amanat keluarga. Inj kerja gila!

"Sial! Kau jangan putar belit! Aku yang rasa! Kena pinggir, kena hina macam kuli. Kau tak rasa!!"

Memang syaitan sudah meracuni akal waras anak muda yang jelas benci dengan ketentuan Ilahi.

"Hei!! Tak kisah apa alasan kau sekarang, tapi kau tak sepatutnya khianat syarikat sampai macam ni!!"

Anak tunggal Tuan Nadim mencekak kolar baju lelaki muda yang galak ketawa puas. Dia rasa cukup teraniaya.

"Haha. Aku tak akan puas hati selagi aku tak musnahkan empayar business keluarga kau!!!"

Anak muda masih belum serik. Tiada keinsafan yang hadir di hati lelaki yang dianggap sebagai satu-satunya ahli yang akan mendokongnya disaat susah. Hampa! Jauh benar telahannya menyimpang tidak mengena. Sebaliknya dia dikejutkan dengan berita sebenar. Hasad dengki anak muda ini memutuskan tali persaudaraan mereka berdua.

"Binatang!!" Dush! Satu tumbukan padu dihentam kuat ke muka lelaki muda di depannya.

Di manakah titik penghujung sengketa mereka berdua? Masihkah Ada peluang untuk mencantum kembali tali persaudaraan yang terputus retak hancur ini?

****
The unedited version.
Hope you all enjoy reading this novella.
Really appreciates your supports and comments.
It means a lot to me.
😘😘😘😘😘

Dear readers;

This novella will be put On Hold by end of this week, probably By end of this week (10 or 11 June) since sis nak hantar draft ke publisher. Hence, will be unpublished most of the chapters. Still published prolog until chapter 14/15 je. So, to those who're in the middle of reading this novella, please take your time to read ya. Thanks for the support once again!

And special invitation goes to Sang Editor
Andai ada ruang dan masa
Kiranya sudilah menyelak helaian naskhah yang tak seberapa ini.
Serba kekurangan dari banyak segi
Cacatnya datang daripada kelemahan diriku sendiri
Ilmu kurang, tatabahasa lari
Tapi masih tetap mencari rentak sendiri
Bertatih merangkak jatuh dan bangun ingin berlari
Mengejar impian tak selari dengan kemampuan diri
Andai naskhah ini ada potensi
Moga si editor sudi menegur apa yang perlu dibaiki
Akhir kalam...
Terima kasih kerana sudi menyelak helaian pautan wattpadku ini.
Moga terhibur ya.

And sorry for the long rant too.

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now