tak tidur lagi

44 0 0
                                    

Aku terpaksa pulang awal ke kolej disebabkan perlu menghadirkan diri untuk latihan Tenpin Bowling. Macam tak percaya aku akan mewakili UiTM Kedah dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA). Kalau nak diikutkan, event sebenar berlangsung di Kelantan tetapi dekat sana tiada tempat yang sesuai. Sebab itu, UiTM Pulau Pinang menjadi tuan rumah.

Rabu, 14 september 2016, aku bertolak menuju ke Merbok. Perjalanan dari Kulim tidak sesak. Alhamdulillah. Sampai lebih kurang nak dekat maghrib. Aku mengeluarkan kunci, membuka pintu. Mengemas barang sebelum turun semula. Ketika hendak turun, mataku terlihat seakan-akan ada makhluk di aras 3 walhal aku sahaja ketika itu. Tepat jam 7.30 malam, aku menaikki van dan bertolak ke pusat latihan.

Kami tamat latihan lebh kurang pukul 10 malam. Namun, jalan yang sesak menyebabkan kami tiba di kolej hampir pukul 12 tengah malam. Sampai sahaja, aku dan seorang lagi rakan terus ke tandas. Mengambil wudhu. Dia berjalan terus ke tandas manakala aku ke paip air. Ketika kami berpisah, betul- betul disebelahnya, seorang budak kecil melintas. Bulu romaku menegak. Agak terkejut juga. Aku hanya senyap dan berlagak seperti tiada apa-apa sebab kawan aku tu agak lemah semangat.

Malam seterusnya, aku mengajak dia ke mesin air berdekatan surau kolej. Aku memasukkan duit dan “..kedengang!” air tin jatuh. Ketika dia pula yang berurusan dengan mesin itu, aku memerhatikan sekeliling. Benda itu lagi! Selalu juga aku nampak ‘ibu’ kepada anak ini. Selalu berada di tangga lobi yang menghubung dua blok kolej. Kalau yang selalu lepak situ, aku nasihatkan sila tinggalkan ruang berkenaan selepas pukul 12. Bukan apa, takut ada yang terserempak juga.

Selepas membeli air, kami naik ke bilik di aras 2. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati malam tu. Mata masih tidak boleh terlelap. Telefon di tangan. Berwhatsapp…entah pukul berapa aku tertidur itupun sebab kebosanan. Oh ya, kami tidur 3 orang dalam satu bilik.

Boleh kata hampir setiap malam aku nampak. Tapi apa yang paling aku ingat ialah ketika malam ketiga kami disitu. Kawan aku tidak sihat waktu itu. Jadi, dia tidur awal. Kesian pula tengok dia. Malam itu, banyak pula gangguan aku kena. Sampai aku cerita dekat Wechat Moment.

Semuanya bermula lebih kurang pukul 10 malam macam itu. Aku perasan benda tu asyik ketuk tingkap bilik kami. Aku sorang ja dengar. Lepas tu, bila dia (kawan aku) dah tidur, benda tu main-main dekat meja belajar aku. Bila aku menyedari tingkah lakunya, dia sengaja mengacau kawan aku yang tengah sakit tu. Mula-mula dia duduk dekat katil kawan aku. Bila kawan aku mengalih posisi tidurnya, benda tu mendekatkan mukanya dengan muka kawan aku. Aku terfikir, kalaulah kawan aku nampak, mesti ‘seronok’.

Aku ingat benda tu nak main dengan kawan aku ja. Aku pun kena. Bayangkan, katil aku digoyangkan benda tu. Lama juga. Tapi, aku buat tak tahu ja. Sebab kalau aku layan lagilah benda tu nak bermain-main. Aku cuba melelapkan mata. Sebelum mata tertutup, kedengaran suara ketawa agak perlahan. Kata orang, kalau suara benda tu kuat, dia berada jauh dengan kita tetapi kalau perlahan, dia berada dekat dengan kita.

Esoknya, kolej lelaki mula dipenuhi penghuni. Walaupun orang dah mula ramai, benda itu masih kelihatan. Bergerak aktif. Mungkin, waktu ‘cuti’ mereka dah tamat. Apa yang aku berharap ialah keadaan di Kolej Malinja ini sentiasa aman. Semoga, pasangan anak beranak itu tidak mengganggu ketenteraman orang. InsyaAllah.

Cerita Seram★Where stories live. Discover now