K.S.J: ONE

408 21 2
                                    

KIM SEOK JIN POV

Di sekolah

Aku sedang berjalan di koridor bangunan kelas aku. Aku bosan duduk dalam kelas. Lagipun, cikgu bukannya masuk lagi pun.

Sedang aku berjalan, ada dua orang perempuan lalu sebelah aku tengah gelak-gelak, senyum-senyum sambil tengok aku. Aku buat tak tau je. Tapi aku terdengar diorang berbisik-bisik.
'Seokjin oppa handsome kan?'
'Aahh! Sape yang dapat dia mesti untung punya.'

Aku berdecit. Aku tersenyum sinis. Untung? Hahahah! Kau cuma nampak luaran aku je. Kau belum tau perangai aku yang sebenar macam mana.

') ') ') ') ')

Waktu balik

Aku berjalan sendirian ke rumah. Pelik. Mana adik-adik aku yang enam orang tu pergi? Baru aku perasan yang seharian aku tak duduk dengan diorang.

Sampai sahaja aku di pintu rumah, aku buka pintu dan terus masuk.

Aku nampak adik-adikku sedang duduk di sofa dan memandang ke lantai. Aku bingung. Dah kenapa diorang nih?

Aku meletakkan beg di tepi sofa dan duduk bersebelahan Jimin. Mereka masih lagi memandang ke arah lantai. Aku pun bertanya, "Korang dah kenapa nih? Moody semacam je aku tengok."

Mereka cepat-cepat angkat muka dan melihat ke arah aku dengan muka terkejut dan menanya aku, "Hyung! Bila hyung sampai?"

Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa diorang nih? Aku yang dah masuk rumah siap duduk atas sofa sekali pun tak perasan lagi? Jimin yang duduk sebelah aku pun tak perasan lagi?

"Korang dah kenapa nih? Ada masalah apa sampai aku masuk rumah daripada tadi pun tak perasan?" Aku menyoal mereka.

Mereka terdiam seketika. Kemudian, semuanya memandang sesama sendiri sambil menyiku-nyiku lengan seorang demi seorang sehinggalah kepada Namjoon.

Namjoon mengeluh kemudian mengalihkan pandangannya ke arah aku. Aku pelik dengan perbuatan mereka. Dah kenapa nih? Apa salah aku sampai dorang tengok aku macam tu?

Namjoon kemudiannya bangun daripada duduknya dan berjalan ke arah aku. Dia berhenti di hadapan aku. Kemudian dia bertanya, "Hyung. Kalau aku tanya nih, hyung jangan marah ye?"

Aku pun berkata, "Hai, belum tanya lagi macam mana hyung nak marah. Hah, apa dia?"

Namjoon bermain-main dengan jarinya sambil memuncungkan mulutnya. Aigoo, dia ni dah kenapa buat muka comel nih. Namjin detected

"Kitaorang lapar lah hyung~ masakkanlah untuk kitaorang." Kata Namjoon sambil tersengih-sengih. Aku menepuk dahi aku.

"Mwo? Itu je? ITU JE? Muka moody macam baru lepas putus cinta apa semua, tapi itu je? Aigoo....." kataku kepada Namjoon. Mereka hanya tersengih-sengih ke arah aku.

"Ish ish ish... okayh. Hyung masakkan." Kataku kepada mereka.

Mereka bersorak kegembiraan. Wahh itu je pun dah seronok. Setiap hari aku masak, tak de pulak nak buat gitu. Hari ni je pelik sikit. Haih... apa nak jadi lah...

END KIM SEOK JIN POV

KIM NAM JOON POV

Flashback waktu balik sekolah

Kami mencari Jin hyung merata-rata tempat tapi tidak jumpa. Aduh, mana Jin hyung pergi nih. Kemudian, kami semua pergi ke tangga untuk turun ke tingkat bawah.

Tapi semasa kami hendak turun ke bawah, kami ternampak Jin hyung sedang memukul seorang lelaki sehingga lelaki itu tidak dapat untuk bangun semula.

Aku mahu turun ke bawah untuk menolong lelaki itu, tetapi Suga hyung menahan aku dan berkata, "Diam. Jangan keluarkan sebarang bunyi. Kita tengok dulu ape yang Jin hyung nak buat."

Kami hanya akur dan melihat kejadian itu. Jin hyung kemudiannya mengambil sebatang kayu besbol dan menghayunkannya ke kepala lelaki itu. Lelaki itu terus berhenti bergerak. Kami terkesima dan ternampak banyak darah keluar daripada kepala lelaki itu.

Aku melihat dengan teliti wajah lelaki itu. Lelaki itu sebenarnya Mark daripada kelas 6-Teknologi iaitu kelas yang sama dengan Jin hyung. Dia baik orangnya. Tapi aku agak pelik mengapa Jin hyung memukulnya dengan begitu teruk sekali.

Setelah dia memastikan bahawa Mark tidak bergerak lagi, dia mengheret Mark ke sesuatu tempat. Kami semua turun ke bawah tanpa membuat sebarang bunyi dan menyorok di belakang dinding.

Jin hyung mengheret Mark ke dalam sebuah tandas yang berdekatan tempat itu. Dia melihat keadaan sekeliling kemudian terus mengheret lelaki itu ke dalam tandas tersebut.

Kami berenam cuba bersembunyi disebalik barang-barang lama yang berselerak di sekitar kawasan itu. Telinga masing-masing dipasang, cuba mendengar secara teliti bibit bicara yang mungkin hyung kami ini akan tuturkan walaupun pada hakikatnya, kami bahawa Mark dalam keadaan yang nazak dan tidak sedar. Otak dan hati kami tertanya-tanya, apa motif Jin hyung berkelakuan sedemikian?

Shriekk!

Tombol pintu tandas dipulas oleh orang di dalam tandas. Oh god! Aku dan adik-beradikku yang lain lantas beras panik. Keadaan sekeliling kami perhati.

Tap! Tap!

" Ehh? " Jin hyung bersuara." Kayu besbol ni tak sepatutnya ada di sini. Haha! Good bye,aku hanya perlukan khidmat kau sekali sahaja. Mmuah! "

Fuh, lega bahawa kami sempat menyembunyikan diri. Keadaan sempit di dalam almari sebesar almari baju bersaiz medium bersama-sama lima orang sahabat yang lain aku tidak hiraukan. Cuma, kami semakin berasa musykil akan tindakan Jin hyung yang sudah pun beredar pergi tanpa menjejaki kehadiran kami sejak awal lagi.

Beberapa minit kemudian, kami membuat keputusan untuk keluar dan memeriksa keadaan sekeliling. Kami menghembuskan nafas lega setelah memastikan Jin hyung sudah betul-betul pergi dari kawasan tersebut.

Hoseok tiba-tiba bersuara, " Korang... Korang rasa, betul ke apa yang kita nampak tadi? Jin hyung... Tak pernah pukul sesiapa sampai macam tu sekali. Mesti ada benda yang tak kena ni. " Kami semua hanya sekadar menganggukkan kepala sahaja. Kami semua masih terkejut dengan apa yang baru dilihat beberapa minit yang lalu.

Jin hyung... Orang yang sangat penyayang, bijak dan kelakar, berkelakuan tidak seperti dirinya yang sebenar. Kami mesti cari apakah puncanya sehingga Jin hyung berkelakuan sebegitu.








Author's Note
So..... How's the first chapter? 😂😂 It's kinda bad right? T-T I'm still practicing to make a good stories 😂😂💕 Give me your opinion about this chapter in the comments below 😆❤ Don't forget to follow me and vote for this chapter ❤❤❤ Thank you so much for you guys supports 😆💕 Oh and I just changed one character, from Mingyu from Seventeen to Mark from NCT 😂💕

BTS Psycho StoriesWhere stories live. Discover now