BAB 41

1K 63 0
                                    

BAB 41

Hari 11

Evan POV

Pukul 2 pagi, lepas Luna dan GS rehat seharian semalam, mereka teruskan rancangan mereka untuk bongkarkan rahsia Eclipse dan Luna.

Nazrul, Amanda dan Izz masih tak boleh bergerak. Luka mereka belum sembuh jadi mereka duduk di rumah. Lucy bawa Sarah sekali untuk buat misi ini dengan Shah. Mereka berlapan bergerak ke kawasan masing-masing.

Kiara dan Evan bergerak ke Neon Arcade. Kiara pegang tin cat warna merah. Dia sembur warna itu pada dinding bangunan arcade itu.

Sejak aku bagitahu Kiara yang aku suka dia, dia tak ungkit pun. Aku tersalah cakap ke?

Ughh, aku ni pun satu. Aku tak ada niat pun. Benda tu terlepas dari mulut aku. Argh, kau dah kenapa Evan?

Lepas perjanjian aku dengan dia dah habis, mesti kita tak ada apa-apa. Kenapa aku bagitahu dia?

Evan pandang Kiara. Mata kelabu Kiara bersinar kerana cahaya lampu jalan. Muka gadis itu serius semasa lukis simbol Eclipse.

Simbol bulatan dan tiga garisan melintang dilukis guna cat merah. Lambang Eclipse itu dilukis besar-besar.

Ishh, berhentilah Evan.

Mereka bau seperti bahan kimia dari tin cat itu. Nasib baik dia memakai topeng. Evan memegang tin cat warna biru. Dia lukis lambang Luna. Mereka berdua pakai sarung tangan supaya cat tak kena tangan mereka.

Nasib baik hari tak hujan. Lepas puas hati dengan kerja mereka, mereka bergerak ke kawasan seterusnya. Mereka bergerak Stargaze Tower. Mereka conteng pada dinding menara itu.

"Apa kata kita pergi bumbung menara tu?" ajak Kiara.

"Buat apa?"

Kiara hanya panjat menara tinggi.

Dia ni gila ke? Nak panjat menara tinggi-tinggi tu?

Evan tak ada pilihan tapi ikut jejak Kiara. Dia tak pandai sangat memanjat macam Kiara.

Tiba dia atas bumbung, Kiara sembur cat. Sarung tangannya menjadi merah terkena cat. Evan lukis lambang bulan. Evan ingat yang di tempat ni, dia dan Kiara buat perjanjian. Tempat yang Kiara dedahkan identitinya.

"Hati-hati dekat hujung bumbung" kata Kiara. Evan yang dengar terus pandang bawah.

Oh sheesh, tingginya.

Dia tiba-tiba rasa gayat. Lepas siap, Kiara menutup tin itu guna penutup.

"Ok, jom gerak" ajak Evan.

"Jom" Kiara berdiri di hujung bumbung, sedia untuk melompat.

"Kau nak bunuh diri ke apa?"

"Luna selalu bergerak macam ni. Cara ni lagi cepat" kata Kiara.

"Biar lambat asal selamat"

"Kau nak turun tangga ke? Daripada kena tertangkap masuk bangunan baik terjun"

"Terjun? Kau gila ke?"

Kiara tolak Evan jatuh dari menara itu tanpa berkata apa-apa. Dengar jeritan Evan, Kiara hanya senyum sebelum terjun juga.

Angin kencang meniup rambut Evan. Tangannya terkapai-kapai.

Arghh, siap kau Kiara! Aku tak nak mati hari ini!

Kiara berada di sebelah Evan, dia tunjuk thumbs up. Evan jeling Kiara dengan tajam.

Tak guna, kenapa dia thumbs up kat aku?!

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now