PART 1

569 5 0
                                    

'Aaaahhhh!'

Sekali lagi mimpi itu hadir. Sekali lagi hati dan jiwanya menjerit. Siapa lelaki yang hadir melalui mimpi itu. Sama seperti pada malam malam yang lain , lelaki itu merayu rayu supaya dia kembali semula. Setiap kali dia cuba mencapai tangan lelaki itu saat itu juga dia tersedar dari tidurnya. Kembali ? bagaimana dia harus kembali sedangkan dia sendiri tidak pernah tahu bagaimana dia tiba di sini . Sebuah pekan dan perkampungan kecil yang dipanggil Slyvannia ini telah menjadi tempat berteduhnya semenjak beberapa minggu yang lalu . Satu satunya perkara yang dia ingat ialah namanya sendiri , Rania.

Kata Kak Anna dia terlihat Rania di tebing sungai sewaktu dia hendak mengambil air. Keadaan Rania pada ketika itu agak parah . Tiada tanda tanda dia akan tersedar semula. Namun satu keajaiban berlaku apabila seminggu selepas itu , Rania tiba-tiba tersedar dari tidur panjangnya. Pada ketika itu seorang wanita telah tiba di situ dan meletakkan sumpahan yang telah menjadikan masa sebagai musuh utama bagi Rania pada ketika ini.

"Dalam masa 100 hari kau harus menemukan cinta sejati di sini yang sanggup berkorban segalanya demi diri kamu , jika tidak kau akan lenyap dari muka bumi ini selamnya"

Pesanan itu sentiasa terngiang-ngiang di bibir dan juga hatinya . kehadiran lelaki dari mimpinya juga membuatkan jiwanya semakin parah. Perlahan butir-butir halus terbit dari matanya, seringkali dia menangis sendirian apabila datangnya mimpi itu.

'Nia , are you crying again ?' terdengar suara lembut menyapa Rania dari belakang. Rania hanya membatu apabila mendengar pertanyaan dari Kak Anna.

'Nia , Nia tahu kan akak selalu ada dengan Nia. jangan macam ni ok. You will find your prince Charming. We will work hard together.' ucap Anna perlahan. 

'Nia rasa macam  mustahil akak. Nia pun tak tahu siapa Nia. macam mana nak cari kekasih ? Semua ni tak masuk akal akak. Apa salah Nia?' Esak Nia perlahan.

Esakan Nia menyebabkan air mata Anna hampir tumpah , namun ditahan .Jika dia tidak kuat bagaimana dengan Nia?

'Boommmm!!'

Letupan yang kuat itu telah mengejutkan mereka berdua . Anna dan Nia berlari ke luar rumah untuk memastikan apa yang sedang terjadi. alangkah terkejutnya mereka apabila melihat penduduk kampung bertepiaran berlari dalam keadaan yang ketakutan.

'Apa yang sedang berlaku?' Tanya Anna kepada salah seorang penduduk kampung.

'Ada seorang ahli sihir yang sedang membakar kampung kita . Badannya dikelilingi oleh asap tebal yang hitam. Setiap orang yang cuba menyerangnya akan menjadi kecut dan terus mati !' terangnya.Anna dan Nia terpaku. Nia melihat keadaan sekeliling semakin teruk. Jeritan dan kebakaran ada di mana-mana sahaja. Nia menjadi takut . Secara tiba terlihat susuk tubuh seorang berjubah hitam . Disekelilingnya dipenuhi asap hitam. Anna dan Nia terkedu. Anna cuba menarik tangan Nia untuk berlari namun badan Nia seakan terkaku. Manusia berjubah hitam itu semakin mendekat. Nafas dan jantung Nia semakin berdegup laju. Dia mahu lari tapi kakinya seakan terkunci. Satu , dua , tiga dan manusia itu berdiri tepat di hadapan Nia. 

' I found you already dear love.' Kata lelaki itu separuh berbisik. Ya, ahli sihir itu seorang lelaki.

Nia hanya mampu diam terpaku....

                                                                    ( bad and handsome witch )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                                    ( bad and handsome witch )

So this is the first episode , i am writing for my own desires , no copyright , no negative talks .. if there is any idea for this story to be better .. write it in positive 'language' . heheheh .. 







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

100 Hari Mencari Cinta ( SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now