#Isteri Untuk Papa
#StacyEmely
#Bab1Puan Ann tersenyum melihat teletah cucunya begitu gembira mendapat surat surat mendiang mamanya hinggakan tidak sedar akan kehadirannya.
Dan entah mengapa hatinya sebak melihat akan keadaan cucu dan juga anak lelaki tunggalnya ,hidup tanpa belaian kasih seorang isteri dan mama.Puas dia berusaha memujuk richard agar memberikan melissa seorang ibu namun usahanya dan pujukannya sedikitpun tidak membuahkan hasil.Niatnya hanya ingin keluarga anaknya seperti orang lain ,lengkap sebagai sebuah keluarga.
Tapi richard tetap dengan jawapan dan pendiriannya.Tiada siapa dapat mengambil tempat mendiang isterinya.
Ada saja jawapan tersedia dibibir anak lelakinya ,acapkali dia cuba membincangkan hal yang sama."Keluarga kita sudah lengkap,ma dan percayalah melissa dan saya sedikitpun tidak berasa kekurangan kasih sayang .Lagipun mama kan ada untuk menyayangi dan menjaga kami??.
Inilah jawapan anaknya.Dan menjadikan dia tidak dapat berkata apa apa.Didepan matanya,anak lelakinya mengurus akan bayinya ,dialah mama..dia jugalah papa untuk si permata hati.Dan bagaikan tidak percaya bayi kecil itu membesar menjadi seorang kanak kanak yang comel,pintar dan penyayang.
Dilihatnya lagi akan teletah cucunya, menonton video yang dirakam oleh mendiang menantunya semasa dia sedang sarat mengandung.Hatinya sebak melihat kan semua itu apatahlagi akan keadaan cucunya yang tidak seperti kanak kanak lain yang mempunyai seorang wanita dipanggil mama menyayangi,memeluk dan menyusuinya.
Kemudiannya cucunya membuka akan sampul surat dan membaca isi isinya.Entah apalah kandungannya hingga anak kecil itu begitu asyik membaca surat surat mendiang mamanya.
Puan Ann lantas beredar dari situ,membiarkan saja cucu perempuannya menghabiskan masanya membaca surat peninggalan mendiang mamanya.
Wanita itu terus meluru ke arah dapur melihat akan sarapan yang disediakan oleh pembantu rumahnya dan dari pembantu rumah,dia mendapat tahu anaknya masih belum pulang dari aktiviti kebiasaan nya ,keluar berjoging seperti selalunya.
************************************************
Richard termenung di depan kubur isterinya.Airmata lelakinya menitis membasahi pipi.Lapan tahun,ya..lapan tahun isteri kesayangannya bersemadi tenang disitu dan dia begitu merindui setiap kenangan indah dikongsi bersama dulu.
Dan didalam lapan tahun itu jugalah dia menutup pintu hatinya dari menerima wanita lain mengantikan mendiang isterinya.Baginya tiada yang dapat mengantikan isterinya,Maya didalam hidupnya dan mengambil tempat didalam hatinya.
Richard menghela nafas panjang pabila bayangan waktu mengingatkan dia akan kenangan semalam.Terasa baru semalam ,dia menyorong katil isterinya ke dewan pembedahan ,mengucup kening isterinya dan bersama sama di dalam dewan melihat sendiri kelahiran puteri mereka,permata cinta nya.Dan dia juga tidak menyangka isterinya pergi sebaik saja melahirkan dan meninggalkan dia bersama bayi yang tidak sempat merasa belaian kasih mama yang melahirkan nya.
Dan sebelum isterinya menghembus kan nafas terakhir,isterinya memberikan nama untuk puteri mereka dan meminta agar dia menjaga anak mereka.Dan Melissa itulah nama yang diberikannya.
Airmatanya berderai lagi.Kehilangan seseorang yang paling rapat dan amat disayangi begitu menyakitkan hatinya.Ditambah dengan rasa rindu yang tiada berpenghujung.Richard duduk dan mencabut rumbut yang tumbuh di atas kubur isterinya.
"Syg..hari ini,genap si melissa lapan tahun.Dia anak yang cukup pintar dan cantik seperti mu,syg.."
Menitis lagi airmatanya.Pasti sekarang melissa sedang berseronok membaca surat surat mamanya.Dan sekejap lagi pasti dia menjadi mangsa ciuman dari bibir mongel kecil itu.
"Syg,abang balik dulu,ya...melissa pasti sedang menuñggu abang..esok,abang datang lagi ya..."
Richard bangun dan dengan langkah yang berat,dia menghayunkan kaki meninggalkan tanah perkuburan isterinya menuju ke arah keretanya.Belum beberapa langkah ,dia memaling ke belakang.Menatap kubur tempat isterinya bersemadi dan kemudiannya membetulkan cermin mata hitamnya dan meneruskan langkahnya menuju dimana keretanya diletak pagi tadi.
Belum pun sempat dia membuka pintu kereta,telefon bimbitnya berbunyi di saku seluarnya.Segera dia mencapainya dan melihat pada skrin telefon bimbitnya ,siapa yang menelefoni .
Joyce?..
Dia adalah anak tunggal kepada rakan kongsi arwah papanya ,pakcik Anthony baru balik dari luar negara .Dan sejak joyce mengikut papanya datang ke pejabatnya,wanita ini sering menghubungi dia mengajak nya menemani bershopping dan makan malam bersama. Tapi richard menolak baik pelawaannya .
Dibiarnya telefon itu berdering tanpa dijawab olehnya.Dimindanya kini hanya puteri kesayangannya,mungkin sedang menanti akan kepulangannya untuk menyambut bersama ulangtahun nya hari ini.
***********************************************
Melissa*
Dipeluk dan diciumnya lapan pucuk surat yang disusun neneknya dibawah timbunan hadiah .Dan inilah hadiah yang ditunggunya sekian lama dan yang lebih mengembirakan dia dari hadiah lain ialah dapat membaca surat peninggalan mendiang mamanya dan hari itu telah tiba dan surat itu kini berada di tangannya.
Sebaik saja dia mendapat surat surat itu,dia berlari kembali masuk ke dalam biliknya dan menghumban tubuhnya di atas tilam empuk miliknya.Disetiap depan setiap pucuk surat,tertulis SELAMAT HARIJADI MELISSA .Dan sampul surat yang dibuat dengan kertas berwarna warni bertanda dari no 1 hingga 8.Melissa membuka sampul pertama dan membuka helaian yang dilipat cantik dan kemas oleh mendiang mamanya.Membacanya dengan tekun tanpa dia menyedari airmata kerinduan mengalir membasahi pipinya.
Goodmorning sweetheart...
Happy birthday🎂🎂🎂🎂Melissa ketawa kecil dan tersenyum,seolah mendiang mamanya berada didepannya dan berbual dengannya.
Syg,Mama yakin kau pasti comel seperti papamu kan...punya hidung dan mata yang sama.
Wajah melissa mencuka.Dan mengelengkan kepalanya.
"Melissa cantik seperti mama!!"bentaknya.
Syg,papa masih seperti dulu kah?,balik lewat dan tidur membawa sekali kasut hitamnya?..
Melissa mengangguk kepala.
Bilalah papamu akan berubah....
"Entahlah ,ma"
Melissa mengeluh panjang.Dia sendiri tak tahu bagaimana untuk mengubah papanya .Surat mamanya dibaca dengan sepenuh penghayatannya.
Hinggalah di satu helaian bersampul biru,melissa berhenti sekejap dan terpingga.Marissa??
Siapa marissa??
Apa hubungannya dengan papa dan mama??...
YOU ARE READING
Isteri Untuk Papa
Non-Fiction#Sinopsis... Dihari jadinya yang ke 8 tahun.Hadiah yang sememang dinantikannya adalah surat surat dari mendiang mamanya.Lapan pucuk surat yang diamanahkan mendiang mamanya kepada neneknya agar diberikan pada melissa sebaik saja dia menyambut harija...