CHAPTER 38

6.8K 39 0
                                    

Jejak sahaja kaki di dusun Haji Nazri, mata Firdaus sibuk meliar ke sana ke sini. Rambang matanya melihat buah-buahan pelbagai jenis lebat membuah. Kecur air luirnya.

"Haaa... Abang nak makan buah apa habaq mai? Kat sini macam-macam jenis buah boleh dapat." Tasha yang berjalan di hadapan Firdaus tidak lepas bercelotoh. Ada sahaja modal untuk dia bersuara.

Firdaus yang mendengar pun sudah penat. Dia hanya mengeleng kepala melihat Tasha terlebih gembira apabila dapat merasai suasana kampung. Firdaus memperbesarkan langkah menyaingi langkah Tasha.

"Durian ada?" Firdaus menyoal.

Tasha memandang Firdaus dengan wajah teruja.

"Ada! Sini," Tasha melangkah menuju ke dusun durian.

Firdaus hanya mengikut langkah isterinya. Kalau tak ikut mau sesat dalam dusun ni. Dah lah dusun ni luas. Sesat? Macam lawak ja.

Dalam beberapa minit berjalan mereka sampai di dusun durian.

"We're here!" Tasha mendepakan tangan. Acah-acah surprise.

Firdaus memandang sekeliling. Luas gila. Firdaus kalih menatap Tasha.

"Ada buah ke?"

"Ish! Mestilah ada. Jom, kita jalan. Mana tau ada durian yang jatuh. Kalau ada, rezeki tu." Tasha mula melangkah.

Baru beberapa langkah mereka telah mendapat dua biji durian. Setelah mendapat empat biji durian mereka kembali ke pondok yang terletak di tengah dusun. Kelihatan Haji Nazri dan Hajah Seri sedang duduk  di pondok sambil berbual-bual. Apa yang dibualkan pun tak tahu la.

"Uish! Dah ada buah lain la!"

Tasha melihat pelbagai buah di atas pankin pondok itu. TokAbah dengan MakTok kutip kot.

"Meh, duduk sini! Kami dah kutip dah buah yang len,"

Tasha dan Firdaus melabuhkan duduk di situ.

"Meh, durian tu! TokAbah nak buka,"

Firdaus menghulurkan durian kepada Haji Nazri. Matanya ralit melihat tangan Haji Nazri mengopek buah durian sambil mulut menyumbat buah  rambutan.

Tasha tersenyum melihat tingkah Firdaus. Tengok durian tu macam tak pernah makan.

"Nah," Durian yang telah dikopek diletakan di tengah-tengah.

"Nyum-nyum!" Tasha telan liur melihat isi durian itu. Kuning.

Diambil seulas. Baru saja ingin dimasukkan ke dalam mulut matanya terlihat wajah Firdaus. Firdaus kusyuk menikmati buah rambutan. Seperti tidak tergugat langsung dengan bau durian ini. Padahal tadi tengok TokAbah kupas macam nak telan sekali dengan kulit durian itu.

Tiba-tiba idea muncul dibenaknya. Dia menyuakan buah durian yang ada ditangan di hadapan mulut Firdaus. Senyuman manis diberikan.

Terkebil-kebil mata Firdaus memandang Tasha. Sebelah kening dijungkit.

Tasha membuat muka bosan. Buat-buat tak faham pulak. Buah durian itu dihulurkan lagi dekat pada mulut Firdaus.

"Makan," arah Tasha tanpa mengeluarkan suara.

Firdaus yang sudah dapat menangkap tersenyum. Mulut dibuka. Suapan Tasha diterima. Mau tercekik dia apabila Tasha menyumbatnya seulas besar buah durian. Nasib baik tak tertelan.

Tasha ketawa melihat wajah Firdaus. Serius lawak.

Hajah Seri mengelengkan kepala melihat telatah cucu menantunya. Macam-macam.

"Sayang!" Firdaus memandang Tasha geram. Nak bunuh orang ke apa?

Tasha tersengih.

"Sorry~" Muka seposen ditayangkan.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now