Cerita seram ni memang terjadi kat diri aku sendiri....
Kisahnya begini, tok aku baru sahaja meninggal dlm 6bulan lepas. So, yg tinggal kat umh tokwan aku tu hanyalah wan aku seorang. Ada la juga makcik aku yg tinggal kt area situ and dia selalu jenguk wan. Anak-anak yg lain tinggal berjauhan.
Dipendekkan cerita, pada satu hari kami sekeluarga plan nk tidoq kt umh tokwan aku dlm 2 mlm. Yg aku pulak ajaklah kwn aku seorang ni nama dia Qis.. Dia ni memang pantang kalau diajak, laju saja mengangguk tapi dia jugak seorang yg x reti jaga mulut tambah-tambah bila dlm hutan. Ada saja benda yg dia nk tegur.
Sebelum mula cerita aku, aku nk describe dulu umh tokwan aku.. Umh tokwan aku ialah sebuah rumah papan dan satu-satunya rumah yg terletak kt tengah2 ladang kelapa sawit.. Amacam scary x?.. Jiran2 yg lain ada je cuma agak berjarak la jugak. Rumah tu kira lama jugaklah sejak mak aku lahir terus dia tinggal kt situ agak2 dlm 60 tahun usianya...
Ceritanya mcm ni, pada hari pertama tu x ada apa2 yg jdi hinggalah tiba waktu mlm yg sememangnya waktu hantu berkeliaran.. Masa tu tepat pukul 11:05 mlm, boleh pulak si qis ni ajak aq teman prgi tandas. Dahlah tandas tokwan aku kat luar.. Oleh itu, dgn terpaksa dan memegang torchlight, aku dan Qis pun pergi keluar umh. Aku pun xtau kenapalah org2 dulu suka buat tandas kat luar lepas tu jaraknya, ya ampun agk jauhlah jugak.
Waktu tu masing2 diam dan hnya ditemani oleh bunyian unggas dan cengkerik yg saling bersahutan. Meremang jugaklah smua bulu roma aku waktu tu. Dahlah dlm ladang kelapa sawit. Tiba-tiba x jauh dari kami, kami terdengar spt bunyi org brjalan dlm hutan lepastu hilang dlm sekelip mata. Aku dgn qis apalagi masing2 tergamam sambil mata memerhatikn sekeliling. Bukan tu saja, kami juga trdengar bunyi deruan nafas seorang lelaki walaupun tiada lelaki disitu. Bunyi tu seolah-olah berada dekat dgn kami.. Apalgi terus kami berlari masuk dlm tandas sekali.. ingat nk patah balik tpi x trfikir waktu tu..
Lepas selamat masuk tandas, kami dpt dengar bunyi hilaian tawa yg sayup2 kedengaran. Yg si qis ni pun dh xjdi nk buang air sebab terlalu takut sangat. Aku pun xpasti sama ada dia dh membuang waktu kami lari tadi, waallahualam...
Agak2 dlm 10 minit mcm tu, kami berkira-kira nk kluar memandang gangguan tu terhenti mcm tu saja..
Aku pun intai kat luar disebalik lubang-lubang kecil yg trdpt dlm tandas tu.. Suasana sunyi dan gelap mengamit permandangan aku. Setelah yakin, aku pun keluar. Berjalan dan berjalan, akhirnya kami tiba di sebatang pokok tua. Tibanya kami kt situ, tiba-tiba pokok tu bergoncang kuat dan secara x sengaja aku ternampak juntaian kain putih di ats pokok tu.. Aku dh nk mnjerit waktu tu tpi dh lumrah aku asal takut je mulut aku terus terkunci. Yg si qis ni pun mula baca ayat2 suci walaupun berterabur dek usikan 'manja' makhluk tu.. Perlahan-perlahan pokok tu mula berhenti bergoyang. qis pun terus capai tangan aku dan beredar dari situ. Alhamdullilah, tiada apa yg berlaku selepas itu..Tapi satu saja yg aku xpasti hingga kini, sewaktu aku dan qis berlari pulang ke umh tokwan aku, aku yakin aku ada ternampak susuk wanita dgn sepersalinan lama yg lusuh memandang tajam ke arah kami dan wanita itu memegang sebuah objek berbentuk bulat.. Tpi aku yakin tu kepala manusia sebab aku nampak spt ada sepasang mata berwarna merah dri objek ituu.....
Sebelum tidur pastikan anda membaca doa kerana 'dia' sentiasa mendampingi kita...
Bukan ni saja cerita yg aku nk kongsikan tpi ada bnyak lagi so nantikan update terbaru dari faznurNH..
YOU ARE READING
Alam Lain
HorrorDisini aku nk kongsikan beberapa cerita seram yg nyata sama ada aku yg alami ataupun cerita yg disampaikn dari org lain... Btw klau ada yg percaya dgn cerita ni, aku yakin kau juga pernah alaminya tapi bgi yg x percaya dgn cerita aku ni, aku minta...