PROLOGUE:

116 2 1
                                    

KEMBAR KONFLIK!
BY: LXDYHXTLINK
START: 24.10.2017
END:?

TITLE: PROLOGUE: HARI 1 (AHAD)
WARNING: FREQUENT HIATUS. IGNORE ANY GRAMMATICAL ERROR

NOTE: JANGANLAH COPY PASTE CARILAH IDEA SENDIRI. "DIMANAKAH LETAKNYA AKAL YG DIBERIKAN ALLAH S.W.T?"- NUR SAJAT.

********

Aku melihat ke luar tingkap bilik tidurku dan aku mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan kemungkinan yang terburuk.

Sebuah van mini terpakir tepat dihadapan halaman rumahku dan dalam beberapa saat lagi 'abang-abangku' akan keluar dari van tersebut dan menyapa kedua ibu bapaku yang awal-awal lagi sudah tercegat dihadapan pintu.

Jangan salah faham, aku ni sebenarnya anak tunggal dan aku takde pun abang. Abang yang aku maksudkan kat sini ialah dua orang kembar lelaki sepupuku yang setahun lebih tua dariku yang terbang jauh dari US ke Malaysia untuk menjalani proses pemulihan akhlak.

Dan dalam masa beberapa tahun, aku, Alya Safya akan tinggal dengan dua orang kembar delinquent dari US ni dan aku akan pastikan bahawa semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang ibu bapa aku mahukan.

'Harap-haraplah...' Fikirku sebelum menutup tingkap dan keluar dari pintu bilikku menuju ke tingkat bawah.

********

"Aly! gembira kamu datang turun untuk sambut kedatangan abang-abang kamu ni."

Aku hanya tersenyum kelat mendengar perkataan ayah. Sebenarnya bukan aku datang turun bawah untuk sapa diorang pun, cuma aku nak tengok jugak macam mana rupanya abang-abang aku tu. Ye la duduk pun US, mak saudara aku tu pun jarang balik, last balik pun time arwah nenek dan atuk aku meninggal waktu tu aku empat tahun. So, tak banyaklah yang aku dapat tahu pasal abang-abang sepupu aku ni.

Melihat ke arah pintu masuk rumah banglo dua tingkat milik keluargaku ini, aku dapat melihat dengan jelas dua kelibat manusia yang berwajah serupa masuk ke dalam rumah dengan bagasi mereka.

tapi tentunya bukan wajah mereka yang sangat seiras tu yang buatkan aku terkejut. Tapi ni, pemakaian seluar pendek, baseball cap yang digayakan terbalik dan baju tanpa lengan yang menampakkan otot lengan bertattoonya yang membuatkan aku hampir pitam sekarang. Yang sorang lagi jangan dikata, dengan eyelinernya yang tebal, rambut diperangkan separuh, tindikan di telinga dan pemakaian serba hitam, sumpah! Dari first impression di aku dah tahu aku takkan benarkan mamat-mamat ni tinggal lama dalam rumah aku dan hidup serumah. Not now, not ever!

Namun apakan daya, ayah dan ibu aku yang berhati mulia itu tetap sahaja menjemput mereka berdua masuk dengan ramah.

"Ah, lama tak jumpa kamu berdua. Dah tak kenal dah uncle dengan kamu berdua sekarang ni."

Aku tergelak sinis. "Pfft, kalau Aly pakai macam tu daddy pun tak kenal Aly." Ibu menjeling mendengar perkataan aku. Namun aku endahkan sahaja.

"Zauf, Zafhan mungkin korang tak berapa ingat, ni aunty nak kenalkan balik satu-satunya anak aunty ni, Alya Safya."

Aku mengangguk singkat sebagai tanda sapaan namun lelaki yang bertattoo itu menghulurkan tangannya. "Zafhan Aidil." Katanya sambil mengerdipkan sebelah mata.

Dengan non verbal gesture yang membuatkanku kini menilainya sebagai seorang lelaki yang super miang. Mulutku langsung membalas pedas. "Sorry tapi kat Malaysia ni bukan macam US, kita tak salam tanpa mengira mahram. So just save it."

Aku biarkan tangan lelaki itu tak bersambut. Dan lelaki yang bernama Zafhan Aidil itu langsung tak berasa malu dengan tindakannya malah ia tersengih.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kembar Konflik!Where stories live. Discover now