"Tok! Tok! Tok!"
"Come in.." jawabku seraya mendongak kepalaku melihat gerangan yang masuk ke dalam bilikku.
"Emilia!! What is the time now?? Why are you not packing and leaving from office now??" kedengaran jeritan kecil dan soalan-soalan yang bertalun-talun daripada Rissa padaku.
"Nape ni, Rissa.. Menjerit-jerit sebaik saje jumpa I.. Now is 6.15 pm. So?? Anything??" jawabku dengan selamba saje.
"Ya Allah.. Kan hari ni ada majlis doa selamat kat rumah Tan Sri.. Kan Mama you dah pesan that you mesti hadir jugak.. Buat-buat lupa ke atau betul-betul lupa ni??"
"Oh... Pasal majlis tu I tau.. Kejap lagi I balik lah ni.. You pergilah dahulu ye.. Nanti jumpa you kat sana, Rissa. I ada sikit keje ni untuk siapkan sebelum nak hantar bagi Bos kesayangan you tu.. Nanti tak pasal-pasal I kena bidas dengannya. Dahlah sakit hati I ni belum sembuh sejak tadi jumpa dengan dia. Lagi nak hadap si dia tu lepas waktu kerja ni.. Macam..."
Rissa terus memotong percakapanku kerana dia sememangnya jelas akan sikapku yang selalu mengelakkan diri daripada menghadiri majlis-majlis kenalan rapat Papa dan Mamaku. Keluargaku dan keluarga Rissa boleh dikatakan sangat rapat sehingga kadang-kadang aku terfikir adakah berkemungkinan yang Rissa adalah bakal kakak iparku. Hubungan Rissa dengan Angah sangat rapat sehingga menimbulkan perasaan curiga dalam hatiku. Ini kerana, sehingga kini, mereka tidak mempunyai teman istimewa dan hanyalah mereka berdua saje yang akan keluar bersama- sama pada waktu minggu. Pernahku bertanya apakah hubungan yang ada pada mereka berdua tetapi jawapan yang diberikan padaku adalah teman rapat saje. Biar betul ni.
"Emilia... You jangan nak bagi I alasan-alasan you ye.. It doesn't work this time.. Your Mum already called and informed me. So I kena make sure you akan pergi jugak.. No excuses, Emilia!!" kedengaran tegas dan serius dalam suara Rissa.
'Gulp. Garangnya Rissa hari ni. Alah.. Ingatkan nak sampai sana pukul 9 pm. Kalau macam ni, I kenalah pergi awal ni. Ish... Mama ni... Macam tau je anak dara dia akan buat kerenahnya. Ish..'
"Baiklah Cik Rissa. I kemas barang- barang I sekarang. Lepas I mandi dan bersiap, I akan terus pergi ke sana. Okey tak macam ni, Cik Rissa kesayangannku??" sindirku terhadap Rissa.
"Boleh percaya ke ni?? I think is better to follow you until your house then baru I pergi ke sana. Mana taulah nanti you merayau- rayau ke tempat lain pulak. Macam mana I nak inform kat Mama you nanti." luah Rissa yang berwas-was dengan kerenahku.
"Alah.. Tak payahlah you follow I sampai ke rumah I. I dah dewasa lah.. Bukan lagi kanak- kanak. I promise will meet you there as fast as I can.. Okey??" pujuk aku dengan suara manjaku. Rissa selalu tidak betah dengan suara manjaku ini terus mengangguk kepalanya menandakan bersetuju denganku.
"Baiklah.. I trust you then. Don't make me disappointed, Emilia.. Bye.. I pergi dulu.. Meet you there later" Rissa terus mengangkat kakinya dari bilik pejabatku. Dia juga ingin pulang ke rumahnya untuk bersiap sedia.
"Hmmm..Okey.. See you there later.. Bye.." aku hanya mengeluh perlahan sebaik sahaja Rissa mengangkat kakinya.
**************************************************
Sampainya di rumah, aku ternampak kereta along dan angah terpakir di garaj. Nampaknya semua sudah pun pulang lebih awal daripadaku. Berat hati untuk keluar dari kereta kali ini. Macam-macam perasaan melanda dalam hatiku sekarang. Gelisah, rimas, menyampah, sedih dan sakit hati ada dalam hatiku sekarang. Tidak ku faham kenapa mama sangat tegas untuk kali ini. Biasanya kalau aku tak nak pergi ke mana-mana kenduri dan majlis, mama tak akan paksa aku seperti sekarang. Sedang aku sedang mengelamun di dalam kereta, tiba-tiba terdengar ketukan di tingkap keretaku. Terkejutku pada masa tu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Milikku Akhirnya
RomansaEmilia... Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang.. Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia. Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...