PROLOG

15.9K 353 3
                                    

Tahun 2015..

"FUNCTION?"

"Nak buat kau bahagialah, kawan. Aku tengok kau ni kesianlah. Sampai bila kau nak hidup sendiri? Ada laki tapi bukan nak pergi jumpa. Takkanlah sebab dia kau nak terus mcm ni?"

"Haih kau ni. Bukan sebab dialah. Tak ada masa aku nak fikir fasal dia lagi. Buang masa aku saja. The love story between us is over." Qiswany meneruskan suapannya yang tertangguh disebabkan soalan Amirah yang langsung tak dijangka.

Qiswany dan Amirah berjalan keluar dri restoran seafood yang terletak di pusat beli-belah dan berjalan ke kedai lain untuk membeli barang yang diperlukan.

"Jadi. Macam mana, Que?" Terdengar satu keluhan berat dari Qiswany. Takkan masih dalam topik yang sama? Apalah nak jadi dengab kawan aku ni? Qiswany menggeleng-gelengkan kepalanya. Apalah nak jadi dengan Amirah ni..

"Aku taknaklah, wei. Please? Kau tahu kan aku dah bersuami?" Qiswany mengerdip-ngerdipkan matanya didepan Amirah. Amirah hanya memandang dengan muka meluat.

"Eh? Ada suami? Tadi kata 'the love story between us is over'lah. Apalah. Oklah fine. Kau tak nak tak apa. Aku faham." Amirah memegang kedua bahu Qiswany sambil mengusap-usap kepala Qiswany. Ingat Qiswany tu kucing kau ke Amirah? HAHA.

"Ish, kau ni. Selalu sangat usap kepala aku. Ingat aku kucing kau ke? Aku tahulah aku comel. Alamak TERiak lah pulak. Maap. Hihi." Qiswany menutup mulutnya dan berjalan kebahagian belakang kedai untuk melihat baju yang lain. Amirah hanya melihat sahaja Qiswany pergi meninggalkannya. Malas mahu mengikut, Amirah duduk di kerusi yang berada di hadapan kedai.

Amirah duduk di situ sambil memikirkan nasib kawan baiknya. Kalau dia berada di tempat Qiswany sekarang, dah lama lelaki yang bergelar 'suami-kepada-Qiswany' tu tak nampak dunia lagi. Kenapalah kau baik sangat, Que? Keluhan berat dilepaskan. Jam jenama G-Shock di tangan dikerling. Kenapa Qiswany mengambil masa yang lama nk cari baju? Amirah bangun dari duduknya untuk pergi mencari Qiswany.

Baru beberapa langkah Amirah mahu masuk ke kedai baju itu semula, tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang. Secara automatik Amirah berpaling memandang seseorang yang telah menepuk bahunya. Terus matanya membundar.

"Apa kau nak?" Terdengar suara Qiswany yang mendatar dibelakangnya. Amirah terus berlalu ke sebelah Qiswany. Belakang badan Qiswany diusap supaya Qiswany dapat bertenang.

"Wany, don't you know how much I miss you?" Muka pemuda itu terus menjadi sayu.

"Ohh.. You miss me? How sweet. But how did you find me? Dan apa yang kau nak? I don't want to waste my time with a person like you." Tudungnya yang agak sedikit senget dibetulkan.

"Abang nak jumpa Hazwin." Muka pemuda itu berubah serius.

"Macam mana kau kenal Hazwin? Masa Hazwin lahir, kau tak pernah tahu pun. Ni asal tetiba kau boleh tahu?"

"Wany, abang masih ada ibu dan umi untuk tahu maklumat tu."

Qiswany menyilangkan tangannya. "Buat apa kau nak jumpa dia?"

"Hazwin pun anak abang juga." Qiswany tersenyum sinis.

"Anak kau? What? Bukan ke kau tak amik kisah pun kalau kau ada anak?" Qiswany memandang pemuda itu dari atas kebawah dengan pandangan yang meluat. Pemuda itu melepaskan keluhan.

"Sayang...abang.." Dengan cepat percakapannya dipotong Qiswany.

"Ouch. Berdarah telinga aku dengar panggilan tu." Qiswany melihat mata pemuda yang menggelar dirinya 'abang' dihadapannya. Dia melihat pandangan redup pemuda itu. Terdapat kekecewaan dan penyesalan. Dia tak peduli. Hatinya sudah tawar mahu terima pemuda itu semula. Qiswany berpaling mahu meniggalkan pemuda itu. Tiba-tiba tangannya diraih menyebabkan langkah Qiswany terus terhenti.

"Wany.. Sampai bila kita nak macam ni? Abang dah tak sanggup tengok Wany macam ni. Abang rasa terkilan sangat bila tengok wany macam ni. Please, maafkan abang?" Qiswany berpaling semula menghadap pemuda tersebut. Tangannya ditarik kasar dari pegangan pemuda itu.

"Apa? Tak sanggup? Dengan apa yang kau dah buat? Tolonglah. Perbuatan kau lagi hebat dari penjajah. Tak gitu?"

"Maafkan abang, Wany?"

"Maafkan kau bukan senang. Selama ni aku dah cukup bersabar. Orang cakap buruk fasal kau pon aku diamkan je. Aku tahu kau bukan macam yang orang lain cakapkan." Pandangan Qiswany menjadi redup. Suara yang tadi sinis menjadi sayu.

"Masa tu, aku percaya yang kau memang sayangkan aku. Jadi aku bersabar. Perasaan aku cuma Allah je yang tahu. Orang keliling semua mencaci kau cakap kau curang dengan aku. Aku pekakkan telinga aku sebab aku tahu kau takkan buat macam tu. Malam tu, bila kau tak balik, aku masih tunggu kau dan anggap kau buat kerja di pejabat. Jadi aku tunggu sampai aku jatuh sakit masuk hospital. Tapi still, kau tak muncul juga melawat aku. Masa tu, aku masih bersabar dengan semuanya. Sehinggalah aku dapat tahu sendiri yang kau memang curang dengan aku. Hancur hati aku bila nampak kau dengan perempuan lain. Masa tulah aku dah putus asa dengan kau." Qiswany memandang pemuda yang berada dihadapannya. Dilihatnya mata pemuda itu sudah berkaca. Akhirnya, air mata pemuda itu jatuh membasahi pipinya.

"Malam terakhir aku jumpa kau, aku bagitahu kau aku mengandung dan berharap kau akan gembira. Aku mungkin akan menganggap yang kau tak curang. Tapi aku reaksi yang kau bagi? Kau tak peduli pun apa yang aku cakap. Kau tak endah pun semua yang aku bagitahu. Malahan, aku yang dimarahi. Masa tulah aku betul-betul percaya yang kau memang curang dengan aku. Jadi aku ambil keputusan tinggalkan kau, dan besarkan anak dalam kandungan itu sendiri. Berdikari tanpa seorang suami di sisi." Tangan Qiswany diraih oleh pemuda itu. Dibiarkan sahaja tangannya dipegang. Rindu juga dengan pegangan itu.

"Wany.. Maafkan abang sebab tak pernah hargai cinta yang Wany dah beri pada abang. Wany korbankan segalanya untuk abang. Bersabar dengan abang, bersabar dengan caci maki orang pada abang. Wany bersabar sebagai isteri pada suami yang langsung tak endahkan perasaan isterinya. Pengorbanan Wany abang langsung tak nampak masa tu. Tapi lepas Wany tinggalkan abang, hidup abang kosong. Kosong tanpa cinta dari seorang isteri yang sanggup cintakan abang walaupun abang tak pedulikan Wany. Maafkan abang, Wany?" Tangan Qiswany yang berada di tangannya diusap lembut. Pemuda itu hanya tunduk memandang tangan yang sedang diusapnya. Rindunya dia dengan pegangan dari tangan yang kecil ini.

Qiswany tersedar dari lamunan dan menarik tangannya dari pemuda itu kemudian menarik tangan Amirah yang sedang berdiri dibelakangnya pergi dari situ. Dia adalah lelaki yang telah menghancurkan hatinya sehingga memafkannya pun dia tidak mampu.

TBC..
*

*********
Hello,
Saya masih baru dalam menulis ni, jadi mungkin update akan sedikit lambat. HAHAHA.. Jdi dipersilakan vote untuk saya.. Saya akan usahakan untuk update lebih cepat. HIHI ;)

Unexpected Love [°Complete✔°]Where stories live. Discover now