"Hi nama saya Nikalysha saya baru pindah dari Malaysia,saya harap kamu semua tak keberatan berkawan dengan saya!"
"okay Nika kamu boleh duduk dekat tempat kamu"
Nika menghampiri tempat duduknya.
Seorang perempuan menepuk meja itu.
"tempat ini dah ada orang.."
Dengan renungan tajam.Nika terus bergerak ke belakang,Perempuan itu menyengkang kaki Nika lalu Nika jatuh...semua orang ketawa sepenuh hati.
Tengendumm
Bunyi Nika jatuh dari katilnya.
Sudah pagi bermaksud hari persekolahanya di Comptom high school itu."fuhh...nasib mimpi je"bisik hati Nika.
Nika menuruni anak tangga dengan berpakaian pijamasnya yang dipasangkan dengan selipar bulu gebu berwarna baby blue.
"good morning sweety"-Pn Lia
"hmm" jawab Nika dengan mata bertahinya kuning.
Nika mengambil bijirin marshmallow dengan sekotak susu segar dan dimasukkan ke dalam mangkuk.
Tanganya merayap mencari sudu di atas kaunter.
"sudu dekat singki sayang....bukan dekat atas kaunter dapur ni..." kata Puan Lia.
Nika mengambil sudu yang diberi oleh ibunya dengan lembut,dia pun makan bijirinya itu.
♦♦♦♦
Kasut converse berwarna hitam putih menjejaki sekolah itu.
Agak ramai juga la pelajar di situ.Nika membisu kerana tidak berasa selesa dan rasa dirinya terpinggir .
Nika berjalan masuk ke dalam pejabat dan menekan loceng seperti mahu menempah hotel.
"kamu nak apa..."
Nada nyaring dilontar pada Nika."saya nak tau saya kelas apa dan saya nak jadual"
"owh...kenapa tak cakap,budak baru"sambil tertawa kecil cikgu yang berumur 50-an itu.
Cikgu itu memberi 2 helai kertas dan sehelai untuk ditandatanggani olehnya.
"ini kelas kamu dan ini peta sekolah"
Nika keluar dengan tenang..kelihatan seperti dia seorang sahaja di luar kelas,lagipun dia tidak tahu di mana kelasnya berada.
Nika melihat jauh kedalam petanya sambil berjalan,secara tidak sengaja dia terlangar
Seseorang yang tinggi orangnya."OH! maaf-maaf...saya.."kata nika
"Owh tak apa..."sambil memegang lengan Nika dengan lembut,ya la seperti drama yang tidak mahu orang terjatuh.
Nika terbisu lagi dan masih melihat dalam peta itu.lelaki itu pula masuk kedalam tandas.Nika mengaru kepala kenapa dia tidak bertanya di mana kelasnya berada.
"HEI...KAMU BUAT APA DI SANA!" Jerit seorang pengetua yang berbadan besar.
"sa...saya tengah cari kelas saya cikgu..."
"owh maaf kalau cikgu terkasar,sejak kebelakangan ni pelajar makin ramai yang lepak di luar kelas"
Nika mengangguk tanda faham
"nama cikgu? Mr?...dan boleh tolong tunjukkan di mana kelas saya...?""panggil saya Mr.G dan dengan senang hati saya boleh tunjukkan kelas kamu...lagi pun memang saya nak ronda kelas kelas ini"
♦♦♦♦
Sudah 3 minit berjalan dengan Mr.G akhirnya sampai juga di kelas yang menanti dirinya itu.
Mr. G mengetuk pintu itu dan dibuka oleh guru kelas itu.Mereka berbincang apa entah.
"Mari kita masuk.."panggil cikgu itu dengan senyuman manis.
Semasa masuk di dalam kelas,terus kelas itu senyap.
"okay kelas kita ada pelajar baru hari ni...sila kenalkan diri kamu"
"umm...Hi? Saya Nikalysha Marchel dan saya baru berpindah kesini dari Malaysia"
Beberapa orang bertanyakan soalan kepada Nika.
"Malaysia satu tempat dari Canada ke?"
"um...tak,Malaysia ialah salah satu negara dia Asia tenggara.."
"Owh!kat Thailand ye?"
Seorang lagi melontarkan suaranya kepada Nika."tak..Tetapi ia berjiranan dengan Thailand.."
"Okay cukup dengan soalan...okay Nika kamu boleh duduk kat tempat kamu"
Nika mengangguk dan terus ke tempat duduk yang kosong dihadapan.
Meja dihentap oleh seorang perempuan berambut api(thats mean merah la)
“maaf tempat duduk depan untuk geng pandai sahaja"
Nika beredar dan kakinya di sadung oleh perempuan itu...memang tidak waras perempuan itu.
“sialan..."kata Nika dalam bahasa melayu.Namun Nika tidak didengari kerana nenek kebayan dan gengnya itu ketawa kuat,lagipun guru-guru pergi ke mesyuarat(itu yang Mr.G bincang tadi pasal mesyuarat)
Semasa Nika mengangkat buku yang berselerak di atas lantai itu...seseorang menghulurkan tangan untuk menolong dirinya.
“thanks....."
Nika mendongak ke atas,kelihatan seperti lelaki yang melangarnya di koridor berdekatan tandas tadi.“HAH! Baru datang sekolah ni dah ada bf Yang loser"kata perempuan itu.
Lelaki itu menjeling tajam dan mengangkat Nika sekali lagi.
“Jom duduk dengan saya...sebelah tempat saya kosong"
Nika hanya mampu menganguk lagi.
Nika melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang diperbuat dari besi dan kayu itu.
Dia melihat kakinya berdarah disebabkan tergeser di atas lantai apabila di sadung.
Lelaki itu nampak dan dia mendekatkan diri kepada Nika dan melutut seperti mahu melamar orang.
“awak okay tak? Owh lupa nama saya Cristhoper Andrew dan awak?"
“saya Nikalysa Marchel..."
Cristhoper mengeluarkan botol air dan sapu tangannya untuk mencuci darah yang semakin banyak pada kaki Nika lalu dia meletakkan plaster.
“aku dah jumpa calon puteraku..."
Sini jer..
Next bab 13
Korang ship sapa?
Nikalos?
Nikajosh?
Nikathoper?
Author akan sambung next
Bab secepat mungkin
Bye nachosss
YOU ARE READING
Kasut Balet Abang Gangster[completed]
RomanceWarning!Cliche Nika seorang wanita separuh remaja berumur 19.Ibunya,Puan Lia seorang pakar bedah,kadangkala tiada masa untuk meluangkan masa dengan Nika manakala bapanya,Encik Mark berkerja di luar negara,Jadi Nika hanya meluahkan perasaannya dengan...