Part 1

6 0 0
                                    

"Ting ting"

Notification dari telefon pintar milik Fahrin berbunyi beberapa kali menandakan ada mesej masuk.Fahrin hanya membiarkan dia dan masih leka bermain PSP miliknya.Keadaan bilik yang sejuk dan lagu-lagu yang berentak perlahan dipasang agar dia berasa lebih tenang.Semasa sedang leka menatap PSP nya,bunyi ketukan di pintu bergema beberapa kali dan kemudian orang gaji Fahrin masuk sambil membawa dulang makanan yang berisi makanan untuk sarapan pagi.Fahrin hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih dan menyambung bermain bersama PSP nya.

"Haishhh,sikit lagi kot nak sampai tahap tertinggi!"Fahrin mengeluh dan PSP itu dicampak ke atas katil bersaiz Queennya.Dia lalu mencapai phone miliknya dan berjalan menuju ke meja belajarnya untuk mengambil sarapan yang telah disediakan.Mesej dari whatsapp dan akaun wechat miliknya masuk tidak henti-henti.Fahrin hanya membaca dan menutup phonenya kembali sebelum menghidupkan Televisyen bersaiz 40 inci untuk ditonton sambil bersarapan.

Itulah rutin harian Muhd Fahrin Khairuddin jika cuti sekolah bermula.Ibubapanya sentiasa sibuk dengan hal-hal kerja sehingga mempunyai sedikit masa sahaja bersama dia.Hidup Fahrin hanya dipenuhi kekayaan dan kemewahan tanpa kasih sayang.Habis sahaja bersarapan,dia mencapai dulang itu dan membawanya turun ke dapur."Ehh tuan,kenapa tidak panggil saya saja?"orang gaji nya aka Mak Timah mencapai dulang itu dan membasuhnya lalu disidaikan di tempat mangkuk."Tidak apalah Mak Timah,saya nak exercise sedikit.Dah gemuk badan ni asyik makan je cuti sekolah ni"kata Fahrin dan menunjukkan jari telunjuk ke pipinya.Mak Timah hanya ketawa dan terus ke taman di belakang rumah sambil membawa penyiram bunga untuk menyiram pokok -pokok di situ.

Fahrin keluar dari kawasan rumahnya dan melihat ke sekeliling kawasan taman perumahannya.Sedang dia melihat ke kawasan sekeliling,tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang wanita yang berjalan dengan lemah dan beberapa saat kemudian dia terus pengsan di tengah jalan.Fahrin yang panik melihat keadaan gadis itu lalu membuka pagar rumahnya dan berlari ke arah gadis itu.Dia lalu mengangkat gadis itu dan membawanya masuk ke dalam rumah dan diletakkan gadis itu di sofa di ruang tamu.Dia memeriksa nadi perempuan itu dan menghela nafas lega apabila dapat mengetahui perempuan itu masih hidup.

"Haih dia ni,nasiblah takde kereta kat tengah jalan tadi,nasib aq nampak dia pengsan"Fahrin mengeluh dan menggeleng kepalanya melihat gadis itu."Mak Timah!!ohh Mak Timah!!sini sekejap"Fahrin memanggil pembantu rumahnya dengan suaranya yang lantang."Ye Tuan,kenapa tuan terjerit-jerit panggil saya ni?"kata Mak Timah dan terkejut melihat seorang gadis sedang terbaring kelemahan di atas sofa."YA AMPUN.Tuan kenapa dengan gadis ini?!"kata Mak Timah cemas dan memeriksa suhu badan gadis itu."Dia lapar or demam maybe.Apa ii pon boleh Mak Timah siapkan bubur ayam untuk gadis ini?Saya kesian dengan dia"kata Fahrin dan melihat muka gadis itu."Baiklah Tuan.Sekejap yer"kata Mak Timah dan berlalu ke dapur untuk memasak bubur yang diminta oleh Fahrin.

'Apalah gadis cantik cam kau ni wat kat luar rumah yang panas gini.Asal baju kau pelik sangat ni.Asal muka kau ni macam familiar bagi aku ehh' Fahrin menatap gadis itu sambil berkata di dalam hatinya.Mak Timah yang sudah habis memasak pergi kembali ke ruang tamu sambil membawa bubur yang diminta itu bersama segelas air putih sejuk.Dia tersenyum melihat Fahrin yang terpegun melihat gadis itu dan lalu berkata "Tuan klau pandang lama-lama nanti jatuh cinta".Fahrin tersedar dari lamunanya dan tersengih malu lalu berkata "Hehe.Dia lawa sangat.Sekarang pon saya rasa macam dah jatuh cinta".Mak Timah menggeleng kepala melihat keletah Fahrin.Dia kenal sangat dengan perangai Fahrin itu.Bukan senang Fahrin hendak jatuh cinta pada gadis kecuali jika dia betul -betul suka.

bersambung~


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE POWER OF ELEMENWhere stories live. Discover now